Khamis, 28 April 2011

Sambutan Hari Kor Kadet Polis Ke-41

  
Download Kertas Kerja Sambutan - KLIK

Isnin, 25 April 2011

Taklimat Hari Kor Kadet dan Perkhemahan Tahunan

Makluman!!!
Taklimat berkenaan dengan sambutan Hari Kor Kadet dan Perkhemahan Tahunan Kor Kadet Polis IPDJBS akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 27 APRIL 2011
Hari: RABU
Masa: 2.00 ptg. - 4.30 ptg
Tempat: BILIK MESYUARAT SMK PERMAS JAYA 2

Semua sekolah yang terlibat diminta hadir. Surat panggilan mesyuarat telah dimaklumkan kepada PPD masing-masing.

Sekian.

Ins.K Adnan 
s/u PKPIPDJBS

Selasa, 19 April 2011

Keputusan Pertandingan Kawad

Keputusan penuh pertandingan kawad kaki kor kadet polis IPD Johor Bahru Selatan.
 

 

Khamis, 14 April 2011

Urusan Pengangkutan Pertandingan Kawad Kaki

MAKLUMAN!!!
Kepada sekolah-sekolah yang telah memohon pengangkutan PDRM ke Pertandingan Kawad pada Sabtu ini sila berkumpul di sekolah masing-masing seawal jam 6.30 pagi. Ini bagi membolehkan semua platun sampai ke tempat pertandingan sebelum jam 8.00 pagi.

Urusan makan dan minum anggota kadet adalah tanggung jawab sekolah masing-masing.

Kepada sekolah-sekolah yang telah dilantik sebagai jawatankuasa pertandingan sila ambil tindakan yang perlu.

SEMUA GURU PENASIHAT HENDAKLAH BERPAKAIAN UNIFORM LENGKAP SEMASA PERTANDINGAN DIJALANKAN.

Sekian.
Insp.K Adnan

Selasa, 12 April 2011

Sabtu, 9 April 2011

FORMAT TERKINI PERTANDINGAN KAWAD KAKI KADET POLIS IPDJBS

PERHATIAN!!!!
Pertandingan kawad kaki Kadet Polis IPDJBS yang dijadualkan berlangsung di Padang Kawad FRU telah di ubah  ke DANGA BAY (tapak sambutan hari polis).

Sehubungan dengan itu mana-mana sekolah yang memerlukan pengangkutan sila berhubung dengan setiausaha untuk urusan pengangkutan. Sekolah-sekolah yang mempunyai pengangkutan sendiri diminta menggunakan pengangkutan sekolah masing-masing.

Guru-guru kadet diminta menguruskan makan dan minum platun masing-masing semasa hari pertandingan. 

Pihak urusetia telah mengubah format pertandingan berdasarkan format yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh itu format yang sebelum ini adalah TERBATAL.

Sekiranya ada apa-apa masalah berkenaan dengan format pertandingan sila berhubung terus dengan setiausaha.

Sila download Kertas Kerja Pertandingan Kawad DI SINI
Sila download fromat TERKINI 

Selasa, 5 April 2011

Minit Mesyuarat Kali Pertama

 
Sila KLIK imej di atas atau klik DI SINI untuk download minit mesyuarat kali pertama.
Sila maklumkan kepada GPK Koko sekolah  masing-masing berkenan dengan aktiviti sepanjang tahun Pasukan Kadet Polis IPD JBS bagi tahun 2011.
Maklumkan juga kepada GPK KoKo berkenaan dengan wang sumbangan sebanyak RM50 setiap sekolah untuk aktiviti Pasukan Kadet Polis IPDJBS.
Wang sumbangan tersebut hendaklah dibuat atas nama PENGETUA SMK SULTAN ISMAIL. Diharapkan perkara ini dapat disegerakan.

Sekian.
Insp.K Adnan