Jumaat, 8 Februari 2013

J/KUASA INDUK KOR KADET POLIS DAERAH JOHOR BAHRU

KOMANDER DAERAH
:
ADNAN BIN SHAMSUDIN
(SMK SULTAN ISMAIL)

TIMBALAN KOMANDER 1
:
MOHD ZASNI BIN MOHD AHAD
(SMK TAMAN DAYA 3)

TIMBALAN KOMANDER 2
:
YAP HENG KUE
(SMV PERDAGANGAN)

SETIAUSAHA
:
NORLIZA BINTI  ADRIS
(SMK ENGKU TUN AMINAH)

PEN. SETIAUSAHA
:
NORHASLINA BINTI SELAMAT
(SMK PERMAS JAYA 2)

BENDAHARI
:
MARZIAH BINTI KAMIS
(SMK TAMAN TUN AMINAH)

PEN. BENDAHARI
:
ERVINA AZWANEE BINTI KAMALUDDIN
(SMK PERMAS JAYA 1)

PEGAWAI TADBIR IPDJBS
:
SARONI BIN MADAR
(SMV TANJONG PUTERI)

PEGAWAI TADBIR IPDJBU
:
REYNULLAH  BIN MOHD SAUKI
(SMK TAMAN U)

PEGAWAI TADBIR IPD NUSAJAYA
:
LIM SIANG HUAN
(SMK NUSAJAYA)

PEMAKAIAN UNIFORM KADET


PANDUAN PEMAKAIAN UNIFORM KADET POLIS

PAKAIAN SERAGAM DAN LENCANA – LENCANA
KOR KADET POLIS DIRAJA MALAYSIA

1.BAJU RASMI.
  Anggota Kadet Lelaki :   Baju kemeja potongan polis berlengan pendek.
  Anggota Kadet Perempuan :  Baju “ bush jacket ” berlengan panjang.
  Sarjan Mejar ke atas boleh memilih untuk memakai “ bush jacket ”.
  Pegawai Kanan Lelaki : Baju “ bush jacket ” berlengan pendek.
  Pegawai Kanan Perempuan : Baju “ bush jacket ” berlengan panjang.
  Warna :  Biru gelap ( Blueblack ).

2.BAJU OPERASI.
  Semua anggota kadet tidak dibenarkan memakai baju operasi kecuali Pegawai Kanan KKP
  sahaja.
  Potongan baju mengikut potongan PDRM ( Semua lencana dan pangkat mestilah bersulam ).
  Tanda nama bersulam di sebelah kanan dan perkataan “ KKPDRM” di sebelah kiri.

3.SELUAR.
  Seluar  panjang  berpotongan lurus ( Straight Cut ) tanpa plet di bahagian hadapan.
  Warna :  Biru gelap ( Blueblack ).

4.BERET.
  Bewarna biru gelap ( Blue black ).

5.LENCANA BERET.
  Lencana besi berlogo Polis dan berpelapik biru muda ( turquoise ) bagi semua anggota kadet.
  Lencana sulam berlogo Polis dan berpelapik biru muda ( turquoise ) bagi semua Pegawai Kadet.

6.LENCANA BAHU ( Shoulder Title ).
  Lencana bahu kain bersulam “ KADET POLIS ” hendaklah dipakai 3cm di bawah lidah bahu di kanan dan kiri .
  Lencana besi TIDAK dibenarkan sama sekali.

7.TALI PINGGANG
  Tali pinggang nilon lebar 3cm bewarna biru gelap. Kepala tali pinggang berlogo PDRM.
  Tali pinggang putih ( detachment ) hanya dibenarkan untuk pertandingan kawat dan kawalan sahaja.

8.BUTANG BAJU
  Butang plastik sedang bewarna sama dengan baju bagi APR / anggota kadet.
  Butang besi TIDAK dibenarkan sama sekali.
  Butang logam hanya dipakai oleh Pegawai  Kanan Kadet sahaja.

9.LENCANA KOLAR ( Collar Badges ).
  Dipakai di hujung kolar baju di kanan dan kiri bagi semua pegawai dan anggota kadet.

10.WISEL & RANTAI
   Rantai logam sepanjang  7 inci bersambung  wisel  logam berbentuk sama dengan wisel polis.
   Dipakai oleh semua pegawai dan anggota kadet.

11.TANDA NAMA
   Tanda nama latar bewarna hitam dengan tulisan bewarna putih berukuran 2 cm X 7 cm hendaklah dipakai di atas poket sebelah kanan baju. 

12.LENCANA INTEGRITI
   Hanya Pegawai Kanan Kadet sahaja dibenarkan memakainya.
   APR / anggota kadet TIDAK dibenarkan memakainya sama sekali.

13.REBEN
   Hanya Pegawai Kanan Kadet sahaja dibenarkan memakai  reben PPA kecuali  APR / anggota kadet yang telah dianugerahkan reben apabila lulus ujian tahap I , II , III dan VI .
   Dipakai di atas poket sebelah kiri baju.

14.LENCANA POKET  KHIDMAT MESRA
   Hanya Pegawai Kanan Kadet sahaja dibenarkan memakainya.
   APR / anggota kadet TIDAK dibenarkan memakainya sama sekali.

15.LENCANA SEKOLAH
   Hendaklah dipakai di tengah-tengah poket sebelah kiri baju menggantikan lencana poket khidmat mesra.


16.APULET
   Hanya dipakai oleh Pegawai Kanan berpangkat S.I dan  ke atas bewarna biru / hitam.

17.SARUNG KAKI
   Sarung kaki nilon berwarna hitam sepenuhnya.

18.KASUT
   Kasut potong kulit / PVC  bertali bewarna hitam dan bertumit.
   Boots berladam hanya dipakai untuk aktiviti kawat sahaja.
  
19.TALI LEHER
   Tali leher PDRM hendaklah dipakai dalam majlis rasmi oleh Pegawai Kanan Kadet sahaja.
   Pemakaiannya sebagaimana yang telah ditetapkan.

Khamis, 7 Februari 2013

PENUBUHAN PASUKAN KOR KADET POLIS

A. DASAR PENUBUHAN

Pengetua sekolah perlulah membuat satu permohonan bagi menubuhkan Kor Kadet Polis (KKP) dengan mengisi borang Jadual Pertama (Kaedah 5) seperti dilampirkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri untuk mendapatkan sokongannya, dan seterusnya memanjangkan permohonan tersebut ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk mendapatkan kelulusan Menteri Dalam Negeri.

B. ORGANISASI
Setiap platun KKP dianggotai seramai 35 orang iaitu seorang inspektor Kadet sebagai Komander Platun, seorang sarjan kadet sebagai Sarjan Platun, tiga orang koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 30 orang sebagai anggota kadet. Setiap empat platun atau lebih akan dijadikan satu kompeni dengan berjawatan seorang ASP Kadet sebagai Komander Kompeni, seorang inspektor kadet sebagai Komander Platun, seorang sun inspektor kadet sebagai Sab-Inspektor Kompeni, seorang sarjan mejars sebagai Sarjan Mejar Kompeni, empat orang sarjan kadet sebagai Sarjan Platun, dua belas orang koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 120 Anggota Kadet.

C. PERMOHONAN MENJADI AHLI
Permohonan bagi menjadi Pegawai Kanan KKP hendaklah dibuat mengikut borang dalam Jadual Ketiga (Kaedah 7) seperti di lampirankan dan hendaklah dihantar kepada Ketua Polis Negara untuk mendaptkan kelulusan.*Untuk tujuan itu borang yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada HEA IPD masing-masing dan seterusnya IPD akan menyerahkan borang tsb ke IPK.

Permohonan bagi pendaftaran ahli Kor Kadet Polis hendaklah dibuat mengikut borang dalam Jadual Ketiga (Kaedah 6) seperti di lampirkan. Di isi dalam 4 salinan dan diserahkan kepada HEA IPD masing-masing.

D. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
1. Pelajar-pelajar sekolah menengah yang berumur tidak melebihi 21 tahun dan tidak kurang daripada 14 tahun.
2. Guru-guru dan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 50 tahun.
3. Anggota-anggota daripada Pasukan-pasukan Kadet Tentera, Kadet Bomba, St. John Ambulans dan unit-unit beruniform yang lain tidak boleh menjadi anggota KKP.
4. Semua pelajar lelaki hendaklah mempunyai ketinggian 125 cm atau lebih dan semua guru atau pegawai pendidikan lelaki hendaklah mempunyai ketinggian 150 cm atau lebih.
5. Semua pelaja wanita hendaklah mempunyai ketinggian 120 cm atau lebih dan semua guru atau pegawai pendidikan wanita hendaklah mempunyai ketinggian 150 cm atau lebih.
6. Setiap permohonan mempunyai tubuh badan yang sihat dan diakui oleh Pegawai Perubatan.
7. Setiap permohonan hendaklah diperakui dan disokong oleh Pengetua Sekolah.

KOR KADET POLIS 2013

Salam kepada semua pegawai kadet dan anggota kadet IPDJBS, IPDJBU dan IPD Nusajaya.
Disebabkan pilihanraya semakin hampir semua aktiviti kadet akan bermula pada April 2013. Ada diantara aktiviti kadet untuk tahun ini akan bergabung dengan ketiga-tiga IPD.
Berikut disenaraikan beberapa aktiviti yang bakalan dijalankan sepajang tahun 2013.

1. Kursus Kepimpinan untuk Pegawai Kanan Kor Kadet Polis dan Anggota
    Kadet Polis (1 Sarjan dan 3 Kopral) bertempat di Pusat Kokurikulum JPNJ yang
    mengambungkan ketiga-tiga IPD iaitu IPDJBS, IPDJBU dan IPD Nusa Jaya.
2. Kursus Kepegawaian untuk Pegawai Kanan Kor Kadet Polis Daerah Johor Bahru.
3. Sambutan Hari Kor Kadet Polis ke-43 mengikut IPD masing-masing atau mengabungkan ketiga-tiga IPD.
4. Latihan Menembak
5. Pertandingan Kawad Kaki
6. Perkhemahan Tahunan Kadet Polis
7. Aktiviti bersama dengan pihak NGO seperti Jabatan Hutan Negeri, Jabatan
   Alam Sekitar dan Majlis Bandaraya Johor Bahru.