Isnin, 25 Februari 2008

SENARAI SEKOLAH DI BAWAH PENTADBIRAN IPD JBS

SEKOLAH ZON BANDAR
1. SMK TUN SYED NASIR ISMAIL
2. SMK SULTAN ISMAIL
3. SMK SERI TEBRAU
4. SMK DATO JAAFAR
5. SMK AMINUDDIN BAKI
6. SMK TEKNIK TANJUNG PUTERI
7. SM(P) SULTAN IBRAHIM
8. SM MAKTAB SULTAN ABU BAKAR
9. SM ST JOSEPH
10. SM TASEK UTARA
11. SM TASEK UTARA 2
12. SM TEKNIK PERDAGANGAN
13. SM VOKASIONAL AZIZAH
14. SM TUN FATIMAH
15. SM IJ CONVENT
16. SM ENGKU TUN AMINAH
17. SMK MOHD KHALID
18. SM TEKNIK
19. SMK TAMAN PELANGI
20. SMK FOON YEW
21. S SENI JOHOR BAHRU

SEKOLAH ZON PASIR GUDANG

1. SMK PERMAS JAYA 1
2. SMK PERMAS JAYA 2
3. SMK PERMAS JAYA 3
4. SM AGAMA MAHAD
5. SM FELDA ULU TEBERAU
6. SM TAMAN DAYA
7. SM PUTERI WANGSA
8. SMK PELANGI INDAH
9. SMK TAMAN DAYA 2
10. SMK TAMAN DAYA 3
11. SMK TAMAN DESA TEBERAU
12. SM MOUNT AUSTIN

KURSUS ASAS KAWAD KAKI SIRI 1


Merujuk surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru yang bertarikh 25 FEB 2008. Satu kursus Kepimpinan (Asas Kawad Kaki Siri 1) untuk semua platun komander Pasukan Kadet Polis IPD JBS akan diadakan seperti ketetapan berikut.

Tarikh : 1 MARCH 2008
Hari : SABTU
Masa : 7.30 pagi
Tempat : SMK Sultan Ismail


Pihak sekolah diminta menghantar seorang guru penasihat kadet polis bagi menjalani kursus tersebut. Namun begitu sekolah boleh menghantar lebih dari seorang guru tetapi setiap perserta akan dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 untuk bahan kursus dan modul.

Harus diingatkan bahawa setiap perserta dikehendaki memakai T-shirt Putih Berkolar, Seluar dan Kasut Sukan sepanjang kursus dijalankan.

Sebarang pertanyaan berkenaan kursus sila hubungi Insp/K Adnan di talian 0178877247.

Surat panggilan ke kursus tersebut boleh di download di bahagian semboyan kadet polis ipdjbs.

Harap maklum.


Khamis, 21 Februari 2008

PERKHEMAHAN KADET POLIS PERINGKAT NEGERI

Mengikut surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Komunikasi PDRM bertarikh 18 FEB 2008, Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Negeri yang bertujuan untuk memilih anggota kadet yang terbaik bagi mewakili Negeri Johor ke Perkhemahan Kadet Polis Peringkat Kebangsaan akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 10-14 MARCH 2008
Tempat: Pusat Kokurikulum Tasek Utara.


Sehubungan dengan itu pemilihan anggota kadet ke Perkhemahan Peringkat Negeri tersebut akan di adakan seperti berikut:

Tarikh: 1 MARCH 2008 (Sabtu)
Masa: 8.00 pg. hingga 12.30 tgh.
Tempat: SMK Sultan Ismail


Sebanyak 10 buah sekolah telah bersetuju untuk menghantar 10 orang anggota kadet ke pemilihan tersebut.

Sekian.

PERTANDINGAN KAWAD KAKI

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PIALA PUSINGAN PDRM 2008

Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Kadet Polis IPDJBS akan diadakan seperti ketetapan berikut.

Tarikh: 19 MAC 2008
Hari: RABU
Masa: 2.00 ptg. hingga 6.00 ptg.
Tempat: PADANG KAWAD FRU

Berdasarkan mesyuarat Penyelarasan Pertindangan Kawad yang diadakan di SMK Sultan Ismail pada 20 FEB 2008 yang lalu, telah memutuskan bahawa sekolah-sekolah yang telah memberikan persetujuan untuk menyertai pertandingan kawad tersebut akan diberikan bantuan logistik oleh PDRM. Namun begitu pihak sekolah atau guru kanan kadet sekolah tersebut hendaklah memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar terjamin. Sila pastikan setiap anggota kadet yang menyertai pertandingan tersebut mengisi borang kebenaran ibubapa.

Makan dan minum anggota kadet adalah dibawah tanggungjawab pihak sekolah.


Sebarang pertanyaan sila hubungi Insp./K Adnan Shamsudin di talian 0178877247.


Selasa, 19 Februari 2008

LAGU POLIS

Photobucket


SEDIA BERKHIDMAT

Polis sedia berkhidmat
Kepada negeri dan rakyat
Hidup berbahagia
Aman sentosa
Polis sedia berkhidmat (ulang rangkap 1)
Tanda lekat di lengan
Polis dengan periman
Tangan bersalaman
Alamat persahabatan (ulang rangkap 1)
Polis sedia berkhidmat
Kepada negeri dan rakyat
Hidup berbahagia
Aman sentosa
Polis Sedia berkhidmat

UNIFORM KADET POLIS

UNIFORM
  1. Anggota-anggota PKP hendaklah dilengkapkan dengan pakaian seragam sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Polis Negara (KPN 22/1/21 bertarikh 19 Februari 1970.2.
  2. Anggota-anggota PKP hendaklah memakai pakaian seragam yang telah diluluskan oleh Ketua Polis Negara :- 2.1. Semasa bertugas/latihan atau semasa pergi/balik latihan semasa bertugas/latihan atau semasa pergi/balik latihan. 2.2. Dalam mesyuarat, perbarisan dan majlis-majlis lain sebagaimana yang diluluskan oleh Pegawai Pemerintah. 2.3. Pada bila-bila masa yang dibenarkan oleh Pegawai Pemerintah.
  3. Jenis/peralatan pakaian seragam yang ditetapkan kepada anggota kadet. 3.1. Pakaian kawad (Drill Order), But kawad, Angklet, Tali Pinggang Hitam (untuk kawad biasa), Selempang Putih (untuk kawad perbarisan). 3.2. Pakaian Hijau (Jungle Green), But 'antispike', Baju Hijau, Seluar Hijau, Tali Pinggang Hijau, Topi hijau.
  4. Setiap Ahli Kadet Polis yang baru dilantik dikehendaki mempunyai sepasang baju Kadet Polis. Selain itu mereka perlu melengkapkan uniform mereka dengan aksesori berikut : a) Sepasang kasut hitam b) Sepasang sarung kaki hitam c) Beret d) Lencana beret berpelapik biru e) Tali pinggang biru tua f) Rantai kocek (land yard) g) Wisel h) Sepasang lencana bahu i) Sepasang lencana kolar
  5. Kelengkapan bagi kasut dan beret boleh ditukar pada tiap - tiap selepas lapan belas bulan.
  6. Lencana Kopral,Sarjan ,Sarjan Mejar dan Sub -Inspektor akan dibekalkan apabila mereka naik pangkat.
  7. Apabila menerima barang - barang kelengkapan pakaian seragam tiap - tiap Ahli Kadet dikehendaki menandatangani borang akuan penerimaan seperti lampiran "A" dengan disaksikan oleh Komander Platun.
  8. Adalah menjadi tanggungjawab ahli kadet yang menerima kelengkapan pakian seragam menjaga barang - barang berkenaan dengan baik dan selamat. Barang - barang tersebut hendaklah dikembalikan kepada Komander Platun apabila seseorang ahli kadet berhenti dari menjadi kadet.Komander Platun adalah bertanggungjawab menerima balik barang - barang tersebut dan memeriksa serta menentukan semua barang - barang yang dikeluarkan kepada kadet itu diterima balik dengan sepenuhnya. Barang - barang itu kemudiannya hendaklah dikembalikan oleh Komander Platun kepada stor Polis.Bagi mereka yang berhenti kerana tamat persekolahan barang - barang tersebut hendaklah dikembalikan pada bulan November kepada Komander Platun.
  9. Sekiranya barang - barang kelengkapan pakaian seragam tersebut dihilangkan atau tidak dipulangkan oleh mana - mana ahli kadet,maka ahli Kadet tersebut dikehendaki membayar balik harga barang - barang yang hilang itu mengikut nilai yang ditetapkan oleh stor Polis.
  10. Adalah menjadi tanggungjawab Komander Platun untuk memesan semua pakaian seragam dari setor Polis,untuk ahli - ahli Kadetnya pada tiap - tiap tahun bulan Januari.
  11. Bagi menukar pakaian seragam untuk mengganti pakaian seragam lama,Kadet dikehendaki melaporkan perkara ini kepada Komander Platun. Komander Platun akan berurus dengan penjaga stor gantian tersebut dengan kadar satu sama satu . Penggantian ini akan dibuat dalam bulan Januari. Platun Komander hendaklah berhubung dengan Penjaga stor untuk ukuran pakaian bagi tiap - tiap ahli Kadet.(Semua pemberian gantian pakaian seragam adalah kain yang belum berjahit dan penjaga stor adalah bertanggungjawab untuk menguruskan tender untuk menjahit pakaian tersebut).
  12. Tatacara pemakaian pakaian seragam kadet polis perempuan dan kadet polis lelaki adalah seperti berikut :

Photobucket

Photobucket

PANGKAT

SIJIL PENGAKUAN

Ketua Polis Daerah bertanggungjawab memberi satu sijil pengakluan kepada semua pegawai dan anggiota PKP yang berjaya menjadi anggota kadet polis.

PENGURNIAAN REBEN

Sebagai satu langkah insentif, seseorang anggota kadet boleh dikurniakan reben untuk dipakai pada uniform setelah menjalani semua ujian aktiviti yang dijalankan dalam KURIKULUM LATIHAN.

LENCANA PANGKAT

Photobucket

Isnin, 18 Februari 2008

PANDUAN KURIKULUM

Photobucket
PENGETAHUAN KEPOLISAN DAN KENEGARAAN

A. Pengenalan kepada organisasi polis peringkat pusat,negeri,daerah dan balai
1. Pengenalan kepada Undang-undang .
2. Kanun Keseksaan
3. Kanun acara Jenayah
4. Aktar Dadah Merbahaya
5. Kes Juvana.
6. Akta senjata Api
7. Akta Pengngangkutan Jalan.
8. Akta Orang muda.
9. Undang-undang kecil 3/55
10. Akta Perlindungan kanak-kanak
11. Undang-undang benda melucur/bahan letupan /senjata.
12. Akta rasuah
13. Kesalahan Tatatertib dan hukuman.


B. Kenegaraan
1. Sejarah negara Polis Diraja Malaysia
2. Kepimpinan Dalam PDRM semasa pemerintahan British.
3. Peristiharan Dharurat 1948.
4. Penubuhan Pasukan Polis di Semenanjung Tanah Melayu.
5. Kemerdekaan Tanah Melayu1957
6. Sejarah Penubuhan Malaysia
7. Penglibatan polis mencegah penyeludupan Dadah
8. Penglibatan polis membantu menyelesaikan masalah muda-mudi
9. Tokoh-tokoh yang berjasa pada negara.
10. Mengenali lambang-lambang negeri dan negara,lagu-lagu petriotik.

C. Bina Diri Atau Kreativiti
1. Disiplin /kerohanian .
2. Ceramah agama.
3. Hobi
4. Sembahyang Jemaah (Qiamullail)
5. Projek keceriaan
6. Bacaan Doa
7. Ikrar polis
8. Jimrama berkumpulan
9. Bersukan
10. Kebudayaan Malaysia (piusi,drama,deklamasi pantun sajak atau syair)
11. Pertandingan mengarang.
12. Sudut pameran Kadet polis
13. Reka Cipta
14. Sukanika dan Tradisional

D. Khidmat Masyarakat
1. Gotong royong melibatkam:kawasan sekolah surau masjid dan lain
2. Lawatan ziarah ke: rumah kebajikan ,anak yatim,orang tua ,hospital
3. Pertolongan cemas
a. Mengenali konsep pertolongan cemas Siapa perlu terlibat Prinsip pertolongan cemas
b. Mengenali dan mengetahui: Tempat kemalangan,jenis kenderaan, sebab berlaku dan cara mengelak kemalagan
c. Mengenali dan mengetahui Alat pertolongan cemas,alat yang perlu ada pada kotak pertolongan cemas
d. Cara pertolongan cemas Pitam,patah ,tarseliuh,kekejangan, gigitan binatang
e. Cara membuat alatan pertolongan cemas:penyusung
f. Kerja amali kepada kes kes yang di rancang: Patah,pitam ,berdarah
g. Lawatan ke unit kecemasan:Hospital,balai polis dan bomba
h. Mengenala CPR/bantu mula
i. Kebombaan: Cara mencegah kebakaran : barang mudah terbakardan alat lawan api

KETAHANAN DIRI

A. Perkemahan
-Kursus pengurusan kepimpinan pegawai kanankadet polis
-Kursus kepimpinan pangkat rendah [ARP]
-Perkhemahan orientasi kadet polis
-Perkhemahan tahunan kadet polis
-Perkhemahan tahunan peringkat kebangsaan

B. Kawad
- Sedia/ Senang diri/ Rehatkan diri
a. Hentak kaki/Berhenti masa derdiri
b. Melangkah ke hadapan/ke belakang
c. Langkah merusuk kiri/kanan
- Baris dalam tiga barisan /luruskan barisan/ kekanan lurus /kederetan kosong/terangkan
- Buka /tutupbarisan/nombor/terangkan
a. Masuk baris/ terangkan
b. Bersurai keluar baris
- Berpusing ke kiri /kanan/belakang/separuh alam berhanti.
- Berjalan/berhenti dalam cepat/belok kiri/kanan
- Hormat tampa topi/berpakaian awam /pandang kiri/kanan dan lain lain
- Hormat kehadapan selaku terima sijil
- Hormat ke kanan/ kiri semasa jalan
- Berjalan/berheti dalam perlahan masa/belok ke kiri / kanan
- Hentak kaki/maju/berhenti dalam cepatmasa
- Berpusing ke kiri/kanan /belakang/separuh dalam cepet masa
- Hentak kaki maju berhenti dalam perlahan masa
- Berpusing kiri/kanan/belakang/separuh dalam perlahan masa
a.Tukar langkahcepat/perlahan dan sebaliknya
b.Panjangkan/pendekan langkah semasa berjalan cepat perlahan masa
- Buka/tutup barisan semasa berjalan cepat/perlahan
- Paraskan skuad /terangkan
- Tukar haluan dalam berhenti/berjalan cepat/ perlahan masa
- Jadikan skuad masa berhenti /berjalan cepat/perlahan masa
- Dari tiga jadikan satu barisan dan sebaliknya
- Barisan bertiga -tiga jadikan satu barisan

C. Mata pelajaran kawad senjata
- Sedia/ senang diri/rehatkan diri dan masuk baris
- Julang senjata dari turan
- Julang senjata dari rusuk
- Rusuk senjata dari turun dan sebaliknya
- Hormat dari rusuk /Rusuk dari hormat
- Hormat dari turun/turun dari hormat
- Periksa senjata dari rusuk/lepaskan sping
- Pariksa senjata dari turun/lepaskan spring
- Hormat kehadapan semasa berjalan
- Hormat kekanan/kiri semasa berjalan
- Bimbit dari rusuk/rusuk dari bimbit
- Bimbit dari julang/julang dari bimbit
- Kalih senjata dari rusuk
- Kalih senjata dari bimbit
- Pergerakan bimbit ssenjata semasa berjalan
- Pergerakan kalih senjata semasa berjalan
- Baring angkat senjata dan senjata di tepi
padang gerak
a.sedia senjata dari turun dan sebaliknya
b.sedia senjata dari rusuk dan sebaliknya
c.sedia senjata dari julang dan sebaliknya
- selaku sentri [kawad sentri]
- pasang benet/tangal benet
- songsang senjata dari hormat dan sebaliknya
- peraturan perbarisan kehormatan

D. Merantas Halangan
- Panjat dan turun
- Titian gantung
- Titian imbangan
- Bergayut
- Merangkak
- Tembok halangan
- Naik dan turun
- Lompat berayun
- Terowong
- Tangga panjat

Ahad, 17 Februari 2008

PERANAN

TANGGUNGJAWAB KETUA POLIS DAERAH

Ketua Polis Daerah adalah sebagai Pegawai Pemerintah di peringkat daerah berkenaan dan bertanggungjawab atas perkara-perkara berikut:
  1. Menentukan semua anggota-anggota PKP dilengkapi dengan pakaian seragam mangikut skala yang diluluskan.
  2. Memberikan latihan secukupnya kepada anggota PKP seperti yang dinyatakan di Para 16.
  3. Menghadiri aktiviti latihan/perkhemahan peringkat daerahnya.
  4. Mewujudkan jawatan penyelaras/jururulatih PKP di daerah-daerah atas nisbah 1 platun 1 Anggota Pangkat Rendah (APR).
  5. Mewujudkan Komander Kompeni yang berpangkat ASP Kadet di kalangan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah/Jabatan Pendidikan Negeri.

TANGGUNGJAWAB PENGETUA SEKOLAH
Pengetua Sekolah bertanggungjawab atas perkara-perkara berikut:

  1. Memilih guru yang berminat dan mempunyai ketokohan dan kewibawaan sebagai Pegawai Kanan Kadet Polis.
  2. Menentukan perjawatan/keanggotaan Kadet Polis dipenuhi setiap masa.
  3. Berhubung dengan KPD bersabit latihan dan aktiviti Kadet Polis.
  4. Mengadakan tempat/kawasan untuk menjalankan aktiviti dengan sempurna.
  5. Menyediakan senarai semak peralatan yang dibekalkan oleh PDRM.
  6. MenghubungiKPD mengenai pertukaran/persaraan/perletakan jawatan Pegawai kanan dan menentukan penggantinya.

PENTADBIRAN
Penaung : Pengetua
Pengerusi : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ( HEM )
Penasihat : Platun Komander Pembantu Platun Komander / Guru pembantu yang dilantik oleh Pengetua.

AJK; Pemilihan AJK dibuat dalam Mesyuarat Tahunan yang diadakan pada awal sesi persekolahan.

  1. Pengurusi
  2. Naib Pengerusi
  3. Setiausaha
  4. Penolong Setiausaha
  5. Bendahari
  6. Ahli Jawatankuasa Kecil Sekurang-kurangnya 5 orang.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AJK

Pengerusi

  • Mempengerusikan setiap mesyuarat yang diadakan
  • Mengadakan mesyuarat dari masa ke semasa
  • Meneliti catatan mesyauarat dan memastikan segala tindakan yang diputuskan dalam mesyuarat telah diambil tindakan.
  • Membincang dan merancang aktiviti tahunan dengan Platun Komander
  • Memastikan semua aktiviti berjalan dengan lancar dan menepati sasaran.

Naib Pengerusi

  • Membantu Pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.
  • Menggantikan Pengerusi dalam mengendalikan mana - mana mesyuarat jika Pengerusi tidak hadir.

Setiausaha
• Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkan kepada anggota kadet.
• Menyediakan laporan kepada guru penasihat/Platun Komander.
• Menjemput anggota kadet untuk menghadiri mesyuarat.
• Bertanggungjawab terhadap pengerusi dan Platun Komander.

Penolong Setiausaha
• Membantu setiausaha menjalankan tugas.

Bendahari

  • Mengutip yuran dengan pengetahuan dan persetujuan Platun Komander dan pentadbir sekolah.
  • Mengutip sebarang kutipan yuran yang dikenakan untuk sebarang aktiviti pasukan dengan persetujuan pihak pentadbiran sekolah.
  • Kutipan hendaklah dibuat selepas menerima mandat daripada Platun Komander dan pihak sekolah.

Juru Audit

  • Dua orang juruaudit hendaklah dilantik sekiranya ada jawatan Bendahari atau pungutan wang dijalankan.

LATARBELAKANG

  1. Atas arahan MAGERAN, Akta Polis 1967 telah dipinda bagi membolehkan penubuhan PKP di bawah Seksyen 68 akta tersebut. Sehubungan itu sebanyak 36 platun PKP telah ditubuhkan pada 2 Mac 1970.
  2. Penubuhan PKP merupakan salah satu kegiatan kokurikulum di sekolah menengah sebagaimana yang ditakrifkan dalan Akta Pelajaran 1961 mengikut Ordinan No. 2
    (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1969,P.K.(A) 487 bertarikh 20 November 1969 yang diselaraskan oleh PDRM.
  3. Memandangkan keberkesanannya, maka PKP telah diperbesarkan kepada 204 platun pada tahun 1992 dan kepada 579 platun pada tahun 1996 di seluruh negara. Ini bertepatan dengan keperluan Kementerian Pendidikan yang berkehendakkan semua pelajar sekolah menjadi ahli unit beruniform. Di negeri Pulau Pinang, sejumlah 30 buah platun telah ditubuhkan sehingga tahun 2000.

PERLEMBAGAAN PASUKAN KADET POLIS

RUJUKAN
Peratuaran ini hendaklah dibaca bersama dengan:
i . Bahagian XI Akta Polis No. 41/1967.
ii. Lampiran A Akta Polis No. 41/1967 Peraturan - Peraturan Pasukan Kadet Polis Di Raja Malaysia 1969.

TUJUAN
Tujuan Penubuhan Pasukan Kadet Polis ialah untuk memupuk kesedaran sivik di kalangan pelajar-pelajar sekolah terhadap tanggungjawab mereka kepada masyarakat bagi memelihara undang - undang dan menjaga ketenteraman awam dalam membantu untuk mengeratkan hubungan harmoni d iantara Polis dan masyarakat.

AKTA PENUBUHAN
Polis Diraja Malaysia telah menetapkan penubuhan platun PKP bagi setiap daerah berdasarkan pangkat Ketua Polis Daerah seperti berikut:
Pangkat KPD: ACP Sekurang-kurangnya 5 buah sekolah
Pangkat KPD: Supt Sekurang-kurangnya 3 buah sekolah.
Pangkat KPD: DSP/ASP Sekurang-kurangnya 2 buah sekolah.

Pengetua sekolah perlulah membuat satu permohonan bagi menubuhkan PKP dengan mengisi borang jadual pertama (Kaedah 5) seperti di lampiran A kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan sokongannya, dan seterusnya memanjangkan permohonan tersebut ke Ibu Pejabat Polis Kontijen dan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk mendapatkan kelulusan Menteri Dalam Negeri.

ORGANISASI
Setiap platun PKP dianggotai seramai 35 orang iaitu seorang inspektor kadet sebagai Komander Platun, seorang sarjan kadet sebagai Sarjan Platun, tiga orang koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 30 orang sebagai anggota kadet.
Setiap empat platun atau lebih akan dijadikan satu kompeni dengan berjawatan seorang ASP Kadet sebagai Komander Kompeni, seorang inspektor kadet sebagai Penolong Komander Kompeni, empat orang inspektor kadet sebagai Komander Platun, seorang sub inspektor kadet sebagai Sab-Inspektor Kompeni, seorang sarjan mejar sebagai Sarjan Mejar Kompeni, empat orang sarjan kadet sebagai Sarjan Platun, dua belas orang koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 120 orang anggota kadet.
Walau bagaimanapun kelonggaran diberi jika mana-mana pasukan mempunyai jumlah platun yang kurang atau lebih bagi membolehkan penubuhan satu kompeni dan seterusnya.

PENUBUHAN PASUKAN KADET POLIS DIRAJA MALAYSIA
Penubuhan PKP di sekolah-sekolah adalah dirujuk mengikut Ordinan No. 2 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat, 1969 Akta Polis 1967.

Kaedah-kaedah Penubuhan Pasukan Kadet Polis DiRaja 1969 bertarikh 20 November 1969 seperti berikut:

  1. Permohonan Untuk Penubuhan Pasukan Kadet: Sesuatu permohonan untuk menubuhkan satu PKP di mana-mana sekolah hendaklah dibuat oleh Pengetua Sekolah itu kepada Pegawai Memerintah melalui Jabatan Pendidikan Negeri mengikut Borang Jadual Pertama (Kaedah 5)
  2. Permohonan Untuk Pendaftaran Anggota PKP: Permohonan untuk pendaftran anggota PKP hendaklah dibuat mengikut Borang Jadual Kedua (Peraturan 6) kepada Pegawai Memerintah/Ibu Pejabat Polis Daerah melalui Komander Kompeni.
  3. Permohonan Menjadi Pegawai Kanan Kadet Polis: Setiap pemohon untuk menjadi Pegawai Kanan Kadet Polis hendaklah mengisi Borang Jadual Ketiga (Kaedah 7) kepada Ketua Polis Negara melalui Jabatan Pendidikan Negeri dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen.
  4. Kelayakan Untuk Pendaftaran: Pendaftaran sebagai anggota PKP adalah tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Kelayakan untuk memohon memasuki Pasukan Kadet Polis mengikut Akta Polis 1967 adalah seperti berikut:
    a) Pelajar sekolah menengah lelaki dan perempuan yang berumur antara 14 hingga 21 tahun boleh memohon untuk menjadi ahli Kadet;
    b) Guru - guru yang berumur di antara umur 21 hingga 50 tahun boleh memohon untuk menjadi Pegawai Kanan Kadet;
    c) Mana-mana orang antara umur 21 dan 50 tahun yang telah diluluskan oleh Ketua Polis Negara dengan persetujuan Menteri ,boleh diambil sebagai Pegawai Kanan Kadet;
    d) Anggota-anggota daripada Pasukan Bersenjata, Pasukan Kadet yang sedia ada, Pengakap, Pandu Puteri,St.Johns,Bulan Sabit Merah atau sebarang badan - badan lain, atau unit lain, tidak dibenarkan menjadi ahli Pasukan Kadet Polis.
    e) Semua ahli lelaki mestilah berukuran 4 kaki 6 inci tinggi atau lebih.
    f) Semua ahli wanita mestilah berukuran 4 kaki 3 inci tinggi atau lebih.
  5. Akuan: Semua pelajar yang mendaftar sebagai anggota PKP hendaklah mengisi dan menandatangani Surat Akuan Taat Setia dalam Jadual Keempat (Kaedah 9).
  6. Mewakilkan Kuasa-kuasa: Pegawai Memerintah boleh mewakilkan kuasa-kuasanya di bawah seksyen 70 Akta Polis, 1967 kepada mana-mana pegawai-pegawai lain dalam Pasukan PDRM untuk menjalankan kewajipan-kewajipannya untuk menubuhkan dan menguruskan PKP.
  7. Pemeriksaan Doktor/Pegawai Perubatan:
    i. Pemohon-pemohon untuk pendaftaran dalam PKP adalah dikehendaki hadir di hadapan satu jawantankuasa yang terdiri daripada tiga pegawai yang dilantik oleh Pegawai Memerintah dan setiap pemohon juga dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan mereka oleh Doktor/Pegawai Perubatan yang bertauliah.
    ii. Seseorang pemohon yang layak diterima memasuki PKP setelah diperiksa oleh Doktor/Pegawai Perubatan, boleh didaftarkan dalam PKP dan mana-mana anggota yang tidak menjaga tahap kesihatannya, pada bila-bila masa hendaklah diberhentikan.
  8. Perkhidmatan Dalam Tempoh Percubaan: Apabila didaftarkan, seseorang anggota PKP hendaklah berkhidmat dalam tempoh percubaan selama dua bulan dan pada akhir tempoh itu ia boleh diperiksa apa-apa juga sebagaimana yang ditetapkan oleh Pegawai Memerintahnya. Jika keputusan pemeriksaan itu mendapati ia tidak layak untuk terus menjadi anggota PKP, maka ia hendaklah diberhentikan.

PENDAHULUAN

Photobucket

Bahagian XI Akta Polis 1967 telah membolehkan penubuhan Pasukan Kadet Polis (PKP) di mana-mana sahaja di Malaysia seperti yang diperintah oleh YB Menteri Dalam Negeri.

Pasukan Kadet Polis terdiri daripada:

1. Pegawai Kanan PKP 2. Pegawai Pangkat Rendah PKP 3. Anggota PKP

Penubuhan PKP dilaksanakan di sekolah-sekolah Menengah sahaja dan dibahagikan kepada;

1. PKP Lelaki 2. PKP Wanita

Anggota PKP (Anggota dan Pegawai Pangkat Rendah PKP) akan dipilih di kalangan pelajar sekolah menengah. Pegawai-pegawai Kanan PKP pula adalah guru-guru sekolah tersebut (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan). PKP merupakan satu pertubuhan yang bergabung dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tetapi anggota-anggotanya bukan Pegawai Polis mengikut takrif yang termaktub dalam Akta Polis 1967. Sokongan kerajaan untuk menubuhkan PKP telah diterima dan dilaksanakan sejak awal tahun 1970-an. Penubuhan PKP ini telah menghasilkan perhubungan erat antara PDRM dengan para pelajar, guru, pentadbir, sekolah dan ibu bapa mereka selaras dengan aspirasi PDRM: Mesra, Cepat dan Betul. Pelajar-pelajar didedahkan dengan hal ehwal kepolisian dan justeru itu dapat menyedari tentang tanggungjawab mereka kepada masyarakat untuk menjadi warganegara yang berdisiplin, berguna dan berjasa apabila mereka dewasa kelak.


Bahagian XI Akta Polis 1967 telah membolehkan penubuhan Pasukan Kadet Polis (PKP) di mana-mana sahaja di Malaysia seperti yang diperintah oleh YB Menteri Dalam Negeri.

Pasukan Kadet Polis terdiri daripada: 1. Pegawai Kanan PKP 2. Pegawai Pangkat Rendah PKP 3. Anggota PKP

Penubuhan PKP dilaksanakan di sekolah-sekolah Menengah sahaja dan dibahagikan kepada; 1. PKP Lelaki 2. PKP Wanita

Anggota PKP (Anggota dan Pegawai Pangkat Rendah PKP) akan dipilih di kalangan pelajar sekolah menengah. Pegawai-pegawai Kanan PKP pula adalah guru-guru sekolah tersebut (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan). PKP merupakan satu pertubuhan yang bergabung dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tetapi anggota-anggotanya bukan Pegawai Polis mengikut takrif yang termaktub dalam Akta Polis 1967. Sokongan kerajaan untuk menubuhkan PKP telah diterima dan dilaksanakan sejak awal tahun 1970-an. Penubuhan PKP ini telah menghasilkan perhubungan erat antara PDRM dengan para pelajar, guru, pentadbir, sekolah dan ibu bapa mereka selaras dengan aspirasi PDRM: Mesra, Cepat dan Betul. Pelajar-pelajar didedahkan dengan hal ehwal kepolisian dan justeru itu dapat menyedari tentang tanggungjawab mereka kepada masyarakat untuk menjadi warganegara yang berdisiplin, berguna dan berjasa apabila mereka dewasa kelak.

MATLAMAT
Matlamat penubuhan PKP adalah untuk membentuk masyarakat khususnya para remaja melalui pelbagai aktiviti bagi meningkatkan disiplin diri, membina semangat kerjasama dan patriotik di samping memberi pendedahan dan kefahaman mengenai tugas-tugas kepolisian dan penguatkuasaan undang-undangnya adalah untuk kepentingan masyarakat.

OBJEKTIF
1. Meningkatkan disiplin diri dengan mematuhi peraturan dan undang-undang.
2. Melahirkan insan yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara dalam hal-hal keselamatan.
3. Melahirkan insan yang mantap dalam aspek jasmani,emosi, rohani dan intelek.
4. Membentuk masyarakat yang mempunyai hubungan erat antara PDRM dengan orang ramai yang saling memerlukan.

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita Hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat; memelihara satu cara hidup demokratik;Mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.