Isnin, 13 Oktober 2008
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin
Isnin, 12 Mei 2008
Sabtu, 19 April 2008
Sambutan Ulang Tahun Kor Kadet Polis Ke-38
Utusan Malaysia, Jumaat 18 April 2008
Lebih 700 sertai sambutan ulang tahun Kor Kadet Polis IPDJBS
Seramai 714 peserta Kor Kadet Polis dan 23 pegawai kanan daripada 43 buah Sekolah Menengah di sekitar bandaraya ini terpilih untuk menyertai Majlis Sambutan Ulang Tahun Kor Kadet Polis yang ke-38 di sini hari ini.
Majlis yang dirasmikan Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Supt. Mohd Zainal Bahrom itu berlangsung dalam suasana meriah walaupun hujan renyai-renyai.
Mohd Zainal dalam ucapan alu-aluan dalam buku cendermata berkata, majlis tersebut diadakan bertujuan untuk memperingati penubuhan kor berkenaan yang sudah berusia 38 tahun.
Selain itu, menurutnya ia juga untuk mengeratkan silaturahim antara pihak polis, guru-guru serta semua ahli yang terlibat dalam Kor Kadet Polis.
Majlis yang dihadiri oleh guru-guru dan wakil ibubapa itu bertema 'Integriti Amalan Kita' dengan moto "Tegas, Adil dan Berkhemah'.
Antara sekolah yang mengambil bahagian adalah Sekolah Tun Fatimah (STF), Sekolah Men Keb (P) Sultan Ibrahim, Sek Men Keb Sultan Ismail dan Sek Men Keb Sultanah Engku Tun Aminah.
Majlis turut diserikan dengan beberapa pertunjukkan seperti lakonan aksi ragut dan cara polis bertindak serta persembahan istimewa daripada unit anjing pengesan.
Kawalan Kehormatan mengambil tempat.
Detachment dan Kawalan Kehormatan bersedia menanti kehadiran VVIP.
Ketibaan wakil rasmi PPD Johor Bahru iaitu En Ahmad Taufik.
Ketibaan wakil rasmi Ketua Polis iaitu Supt. Mohd Zainal bin Bahrom, Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan.
Pemeriksaan Kawalan Kehormatan oleh Supt. Mohd Zainal bin Bahrom
Sesi fotografi Pegawai Kanan Kadet bersama-sama Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru dan Pegawai-pegawai Kanan Polis.
Sabtu, 29 Mac 2008
PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN KADET POLIS IPDJBS
GALERI GAMBAR SEKITAR PERTANDINGAN KAWAD
JOHAN PLATUN LELAKI SMK AMINUDDIN BAKI (SAB)
JOHAN WANITA SMK ENGKU TUN AMINAH (SETA)
Senarai Pemenanag Pertandingan Kawad Kaki Piala Pusingan Kadet Polis IPD Johor Bahru Selatan.
Platun Lelaki
JOHAN: SMK AMINUDDIN BAKI
N. JOHAN: SMK TAMAN DAYA 3
KETIGA: SM TEKNIK PERDAGANGAN
Platun Wanita
JOHAN: SMK ENGKU TUN AMINAH
N. JOHAN: SMK TASEK UTARA
KETIGA: SM TUN FATIMAH
Khamis, 20 Mac 2008
PERHIMPUNAN SEMPENA PERINGATAN HARI POLIS KE-201
PULAPOL Kuala Lumpur - 25 Mac 2008. Perhimpunan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-201 Tahun 2008 telah di adakan di Dataran Kawat, PULAPOL Kuala Lumpur.
Tetamu Kehormat yang hadir ialah YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, YB Dato' Seri Syed Hamid Albar bin Tan Sri Syed Jaafar Albar, Menteri Dalam Negeri dan YBhg. Datin Seri Sharifah Aziah binti Syed Zainal Abidin. Hadir sama ialah YB Dato' Chor Chee Heung, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Senator Dato' Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan YBhg. Tan Sri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.
Hadir sama di majlis tersebut ialah YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara dan YBhg. Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan YBhg. Datin Suriati binti Md. Sobri, YDH Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM dan isteri, YDH Ketua-Ketua Polis Negeri, dif-dif jemputan, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan dan swasta serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.
Perhimpunan yang berlangsung pada pagi ini bukan sahaja bagi memperingati dan mengenang kembali tanggal keramat 25 Mac 1807, yang telah melahirkan sebuah Pasukan Polis moden di negara ini, tetapi juga untuk memperbaharui lafaz ikrar oleh seluruh peringkat pegawai dan anggota PDRM, untuk terus setia dan komited berkhidmat kepada masyarakat dan negara ini.
Sempena Sambutan Hari Polis Ke-201, Polis Diraja Malaysia memperkenalkan tema baru iaitu TEGAS, ADIL dan BERHEMAH, seiring dengan perkembangan dan keperluan PDRM pada waktu ini, dalam usaha memastikan PDRM sentiasa memperbaiki dan mempertingkatkan integriti diri.
Pasukan Polis hendaklah tegas dalam menjalankan tugas agar lebih efisien dan dihormati. Tegas di sini tidak semestinya menggunakan kekerasan tetapi teguh dan komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Sebagai pengaman (safe/peace) dan penjaga keselamatan (secure) yang menguatkuasakan (enforce) kedaulatan undang-undang tubuh kerajaan memerintah dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan, setiap pegawai dan anggota pasukan adalah terdedah kepada persekitaran tugas setempat dan kepelbagaian jenis masyarakat yang perlu dilayan, dikawal atau diawasi sepanjang masa.
Mengambil semangat yang terkandung dalam etika perkhidmatan pasukan serta memperakui harapan setiap insan dan lapisan masyarakat baik dalaman dan luar negara untuk mempunyai pasukan polis yang profesional, maka Sikap Tegas adalah sikap yang wajib dimiliki, diperlihatkan dan diamalkan oleh semua. Ia diasaskan kepada pengetahuan yang mendalam akan sumber kanun Perundangan bagi memantapkan keyakinan dalam membuat keputusan setelah menimbangkan keadaan sesuatu peristiwa dan kes. Ia diperkukuhkan dengan pengalaman pasukan dan kepimpinan sepanjang tugasan.
Adil pula menuntut agar pelaksanaan tugas polis mestilah adil kepada semua pihak. Sebagai sebuah institusi yang wujud dari kesepakatan tiga paksi sebuah negara iaitu legislatif, eksekutif dan judisiari yang membentuk sebuah kerajaan, mempunyai sifat adil adalah satu nilai murni yang mewarisi tonggak-tonggak etika dan integriti sejak zaman berzaman. ia menjadi kata kunci kepada semua niat, buah fikiran, perilaku perbuatan dan tindakan berterusan semua pemimpin dan anggota pasukan.
Ia mengambil gerak kerja yang telus kerana setiap tujuan siasatan, pencegahan dan gerakan difokuskan bagi mencapai sabitan kes yang dihakimi secara saksama, mengambilkira segala butiran bukti, perakuan sukarela pihak berkaitan dan kebenarannya.
Sikap Tegas dan bersifat Adil yang difahami benar dan diamalkan sentiasa akan menghasilkan diri peribadi dan susunan struktur institusi pasukan polis yang beradab iaitu yang saling menghormati dan mempercayai, mengambil berat sesuatu perkara dan semua manusia yang mempunyai interaksi atau hadir dalam ruang tugas rasmi.
Tabiat Berhemah para pegawai dan anggota pasukan ini membolehkan persepsi masyarakat dapat dihargai dan diperakui sebagai satu petanda ukuran kecekapan dan keberkesanan setiap tindakan dan keputusan. Ia akan membentuk anggota polis yang jujur dengan realiti semasa dan kemungkinan masa depan yang berubah. Ia juga boleh menjadi sumber rasa bangga berkhidmat sebagai warga PDRM.
YDH Ketua Polis Negara juga menyeru kepada semua warga PDRM untuk menyelami maksud tema tersebut supaya ianya boleh dihayati untuk memperbaiki diri masing-masing sebagai langkah pertama ke arah meningkatkan prestasi, kemantapan dan kewibawaan pasukan polis secara menyeluruh.
Dikesempatan ini juga, YDH Ketua Polis Negara merakamkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia yang sangat prihatin dan mengambil berat terhadap kebajikan dan kemajuan PDRM di mana kerajaan telah menyediakan peruntukkan yang sangat besar kepada PDRM, dengan menyediakan kemudahan fizikal, infastruktur dan kemudahan-kemudahan lain.
Tidak lupa juga, YDH Ketua Polis Negara mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang selama ini telah banyak membantu dan memberikan kerjasama kepada PDRM dalam menangani sebarang ancaman yang boleh menganggu-gugat keselamatan dan kesejahteraan negara.
Di majlis Perhimpunan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-201, selain upacara melafaz ikrar, diadakan juga upacara Penyampaian Anugerah kepada pegawai, anggota dan kakitangan awam yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang serta Balai Polis Contoh. Selain itu juga diadakan upacara Penyampaian Plak 'Friends Of The Police', pemakaian lencana 'Integriti Amalan Kita' yang mengantikan lencana 'Saya Anti Rasuah', memperagakan seragam 'Operasi' baru untuk anggota Tugas Am dan upacara Penyampaian Pensijilan MS ISO 9001:2000
YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia memberi tabik hormat kepada Kawalan Kehormatan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 201 Tahun di Dataran Kawat PULAPOL Kuala Lumpur. Turut hadir YB Dato' Seri Syed Hamid Albar bin Tan Sri Syed Jaafar Albar, Menteri Dalam Negeri dan YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan
Berdiri megah... barisan Kawalan Kehormatan dan Detachmen berdiri megah di Perhimpunan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 201 Tahun. Seramai 1803 orang terlibat didalam perhimpunan ini.
Jumaat, 14 Mac 2008
Pertandingan Kawad Kaki Kadet Polis
Satu surat tentang Pertandingan Kawad Kaki Piala Pusingan Kadet Polis telah dikeluarkan. Semua Pegawai Kanan Kadet Polis diminta merujuk surat tersebut dan ambil tindakan yang sewajarnya. Surat tersebut boleh didownload di bahagian semboyan kadet polis.
Pertandingan tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 19 MAC 2008
Hari : RABU
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Padang Kawad FRU
Transport disediakan hanya kepada sekolah-sekolah yang tidak mempunyai bas untuk ke tempat pertandingan. Kepada sekolah-sekolah yang telah memohon transport sila bersiap sedia seawal jam 7.30 pagi di sekolah masing-masing. Trak akan datang untuk mengambil pasukan kadet sekolah tuan. Sila pastikan setiap anggota yang terlibat dalam pertandingan tersebut telah membuat pendaftaran dengan pihak PDRM. Borang pelepasan penjaga juga hendaklah diisi sebelum kepertandingan kawad tersebut.
Makan dan minum para peserta pertandingan adalah dibawah urusan pihak tuan.
Kepada sekolah-sekolah yang telah memohon pengangkutan (trak) ke tempat pertandingan sila bersiap sedia pada jam 7.30 pagi di sekolah masing-masing.
Harap maklum.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Insp. K Adnan di talian 0178877247
Khamis, 6 Mac 2008
Kursus Asas Kawad Kaki Siri 1
Kursus ini telah diadakan di SMK Sultan Ismail pada 1 MAC 2008 yang lalu. Seramai 31 orang guru dari sekolah di bawah IPD Johor Bahru Selatan telah menyertai kursus tersebut.
Pendaftaran kursus telah bermula seawal jam 7.30 pagi lagi.
Walau pun cuaca tidak mengizinkan (hujan) namun aktivit tersebut tetap dijalankan. Kursus ini telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi yang pertama melibatkan teori asas kawad kaki yang telah disampaikan oleh Sarjan Zainudin dari Polis Merin JB dan sesi yang kedua merupakan latihan praktikal.
Kursus berakhir pada jam 2.00 petang.
Siri kedua kursus ini akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Guru-guru Kadet sedang membuat pendaftaran.
Guru-guru sedang masuk baris sambil mendengar arahan daripada jurulatih.
Latihan asas kawad kaki sedang dijalankan.
Sabtu, 1 Mac 2008
Pemilihan Platun W/L & Kursus Asas Kawad Kaki
Senarai Nama Anggota Kadet Yang Terpilih (Platun Wanita).
1. Tunku Kurshiah Aminah - SMK Convent
2. Nur Fitriliah Hani Mohd Zaid - SMK Convent
3. Faten Amira Rahmat - SMK Convent
4. Nurul Azida Izamri - SETA
5. Nur Liyana Ramlan - SETA
6. Nur Atika Abu Bakar - SETA
7. Nur Fadzillah Ramdzan - SETA
8. Wan Nur Syazulaikha Wan Mohd Ariffin - SETA
9. Bazkina Ali Khan - SETA
10. Shafiqah Elidah Mohamad - SETA
11. Aliatul Huda Azri - SM Tun Fatimah
12. Nathasya A'in Sahar - SM Tun Fatimah
13. Hanis Hazwani Hazmin - SM Tun Fatimah
14. Hayatul Akmal Noor Azman - SM Tun Fatimah
15. Haslini Razali - SMK Sultan Ismail
16. Nur Rabiatul Adawiah Sahibullah - SMK Sultan Ismail
17. Wan Noorfazilah Wan Yusoof - SMK Sultan Ismail
18. Dzu Izzaida M. Zulkifli - SMK Sultan Ismail
19. Raha Hananee Ab Rahman - SMK Sultan Ismail
20. Motoh Haroh Budihariyono - SMK Aminuddin Baki
21. Hasna Abdullah - SMK Aminuddin Baki
22. Nur Azila Abd Kadir - SMK Aminuddin Baki
23. Siti Khadijah Zainuddin - SMK Aminuddin Baki
24. Norafiqah Asilah Rusli - SMK Aminuddin Baki
25. U k hani Rasyidah ABd Ghani - SMK Convent JB
26. Aryati Djamil - SMK Convent JB
Platun Lelaki
1. Muhamad Hazrin Ali - SMK Saint Joseph (B)
2. Muhammad Amirul Selamat - SMK Saint Joseph (B)
3. Muhammad Riduan Abd Latif - SMK Saint Joseph (B)
4. Muhammad Shafiq Mohd Sharif - SMK Saint Joseph (B)
5. Mohamad Shafoq Mohd Drus - SMK Saint Joseph (B)
6. Muhamad Faiz Alias - SMK Aminuddin Baki
7. Muhamad Solihin Fuad - SMK Aminuddin Baki
8. Mohamad Aidil Ahmad - SMK Aminuddin Baki
9. Mohamadd Azhar Aswati - SMK Aminuddin Baki
10.Muhamad Rusydi Asri Johari - SMK Aminuddin Baki
11.Muhd Yusri Mohd Yusoff - SMK Aminuddin Baki
12.Muhamad Nabil Othman - SMK Aminuddin Baki
13.Muhamad Amirul Zulkainiri - SMK Aminuddin Baki
14.Muhamad Faris Safwan Mohd Sar - SMK Aminuddin Baki
15.Mohamad Hafizul Jamil - SMK Aminuddin Baki
16.Muhammad Akmal Abdul Aziz - SMK Dato Ja'afar
17.Mohd Badrul Sham Hasnan - SMK Dato Ja'afar
18.Azwan Abdul Kadir - SMK Dato Ja'afar
19.Mohd Yusuff Awal - SMK Dato' Ja'afar
20.Mohd Ridwan Ibrahim - SMK Dato' Ja'afar
21.Mohd Hafiz Che Aziz - SM Teknik Tanjung Puteri
22.Muhd Syazwan Sukarjo - SM Teknik Tanjung Puteri
23.Khairul Azwan Nordin - SM Teknik Tanjung Puteri
24.Mohd Faiz Jaafar - SM Teknik Tanjung Puteri
25.Mior Mohd Yusri Yusuf - SM Teknik Tanjung Puteri
26.Hariz Izzat Roslan - SM Teknik Tanjung Puteri
27.Mhammad Noor Ariff Basri - SMK Permas Jaya
Tahniah diucapkan kepada yang berjaya.....
Isnin, 25 Februari 2008
SENARAI SEKOLAH DI BAWAH PENTADBIRAN IPD JBS
1. SMK TUN SYED NASIR ISMAIL
2. SMK SULTAN ISMAIL
3. SMK SERI TEBRAU
4. SMK DATO JAAFAR
5. SMK AMINUDDIN BAKI
6. SMK TEKNIK TANJUNG PUTERI
7. SM(P) SULTAN IBRAHIM
8. SM MAKTAB SULTAN ABU BAKAR
9. SM ST JOSEPH
10. SM TASEK UTARA
11. SM TASEK UTARA 2
12. SM TEKNIK PERDAGANGAN
13. SM VOKASIONAL AZIZAH
14. SM TUN FATIMAH
15. SM IJ CONVENT
16. SM ENGKU TUN AMINAH
17. SMK MOHD KHALID
18. SM TEKNIK
19. SMK TAMAN PELANGI
20. SMK FOON YEW
21. S SENI JOHOR BAHRU
SEKOLAH ZON PASIR GUDANG
1. SMK PERMAS JAYA 1
2. SMK PERMAS JAYA 2
3. SMK PERMAS JAYA 3
4. SM AGAMA MAHAD
5. SM FELDA ULU TEBERAU
6. SM TAMAN DAYA
7. SM PUTERI WANGSA
8. SMK PELANGI INDAH
9. SMK TAMAN DAYA 2
10. SMK TAMAN DAYA 3
11. SMK TAMAN DESA TEBERAU
12. SM MOUNT AUSTIN
KURSUS ASAS KAWAD KAKI SIRI 1
Merujuk surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru yang bertarikh 25 FEB 2008. Satu kursus Kepimpinan (Asas Kawad Kaki Siri 1) untuk semua platun komander Pasukan Kadet Polis IPD JBS akan diadakan seperti ketetapan berikut.
Tarikh : 1 MARCH 2008
Hari : SABTU
Masa : 7.30 pagi
Tempat : SMK Sultan Ismail
Pihak sekolah diminta menghantar seorang guru penasihat kadet polis bagi menjalani kursus tersebut. Namun begitu sekolah boleh menghantar lebih dari seorang guru tetapi setiap perserta akan dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 untuk bahan kursus dan modul.
Harus diingatkan bahawa setiap perserta dikehendaki memakai T-shirt Putih Berkolar, Seluar dan Kasut Sukan sepanjang kursus dijalankan.
Sebarang pertanyaan berkenaan kursus sila hubungi Insp/K Adnan di talian 0178877247.
Surat panggilan ke kursus tersebut boleh di download di bahagian semboyan kadet polis ipdjbs.
Harap maklum.
Khamis, 21 Februari 2008
PERKHEMAHAN KADET POLIS PERINGKAT NEGERI
Tarikh: 10-14 MARCH 2008
Tempat: Pusat Kokurikulum Tasek Utara.
Sehubungan dengan itu pemilihan anggota kadet ke Perkhemahan Peringkat Negeri tersebut akan di adakan seperti berikut:
Tarikh: 1 MARCH 2008 (Sabtu)
Masa: 8.00 pg. hingga 12.30 tgh.
Tempat: SMK Sultan Ismail
Sebanyak 10 buah sekolah telah bersetuju untuk menghantar 10 orang anggota kadet ke pemilihan tersebut.
Sekian.
PERTANDINGAN KAWAD KAKI
Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Kadet Polis IPDJBS akan diadakan seperti ketetapan berikut.
Tarikh: 19 MAC 2008
Hari: RABU
Masa: 2.00 ptg. hingga 6.00 ptg.
Tempat: PADANG KAWAD FRU
Berdasarkan mesyuarat Penyelarasan Pertindangan Kawad yang diadakan di SMK Sultan Ismail pada 20 FEB 2008 yang lalu, telah memutuskan bahawa sekolah-sekolah yang telah memberikan persetujuan untuk menyertai pertandingan kawad tersebut akan diberikan bantuan logistik oleh PDRM. Namun begitu pihak sekolah atau guru kanan kadet sekolah tersebut hendaklah memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar terjamin. Sila pastikan setiap anggota kadet yang menyertai pertandingan tersebut mengisi borang kebenaran ibubapa.
Makan dan minum anggota kadet adalah dibawah tanggungjawab pihak sekolah.
Selasa, 19 Februari 2008
LAGU POLIS
UNIFORM KADET POLIS
- Anggota-anggota PKP hendaklah dilengkapkan dengan pakaian seragam sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Polis Negara (KPN 22/1/21 bertarikh 19 Februari 1970.2.
- Anggota-anggota PKP hendaklah memakai pakaian seragam yang telah diluluskan oleh Ketua Polis Negara :- 2.1. Semasa bertugas/latihan atau semasa pergi/balik latihan semasa bertugas/latihan atau semasa pergi/balik latihan. 2.2. Dalam mesyuarat, perbarisan dan majlis-majlis lain sebagaimana yang diluluskan oleh Pegawai Pemerintah. 2.3. Pada bila-bila masa yang dibenarkan oleh Pegawai Pemerintah.
- Jenis/peralatan pakaian seragam yang ditetapkan kepada anggota kadet. 3.1. Pakaian kawad (Drill Order), But kawad, Angklet, Tali Pinggang Hitam (untuk kawad biasa), Selempang Putih (untuk kawad perbarisan). 3.2. Pakaian Hijau (Jungle Green), But 'antispike', Baju Hijau, Seluar Hijau, Tali Pinggang Hijau, Topi hijau.
- Setiap Ahli Kadet Polis yang baru dilantik dikehendaki mempunyai sepasang baju Kadet Polis. Selain itu mereka perlu melengkapkan uniform mereka dengan aksesori berikut : a) Sepasang kasut hitam b) Sepasang sarung kaki hitam c) Beret d) Lencana beret berpelapik biru e) Tali pinggang biru tua f) Rantai kocek (land yard) g) Wisel h) Sepasang lencana bahu i) Sepasang lencana kolar
- Kelengkapan bagi kasut dan beret boleh ditukar pada tiap - tiap selepas lapan belas bulan.
- Lencana Kopral,Sarjan ,Sarjan Mejar dan Sub -Inspektor akan dibekalkan apabila mereka naik pangkat.
- Apabila menerima barang - barang kelengkapan pakaian seragam tiap - tiap Ahli Kadet dikehendaki menandatangani borang akuan penerimaan seperti lampiran "A" dengan disaksikan oleh Komander Platun.
- Adalah menjadi tanggungjawab ahli kadet yang menerima kelengkapan pakian seragam menjaga barang - barang berkenaan dengan baik dan selamat. Barang - barang tersebut hendaklah dikembalikan kepada Komander Platun apabila seseorang ahli kadet berhenti dari menjadi kadet.Komander Platun adalah bertanggungjawab menerima balik barang - barang tersebut dan memeriksa serta menentukan semua barang - barang yang dikeluarkan kepada kadet itu diterima balik dengan sepenuhnya. Barang - barang itu kemudiannya hendaklah dikembalikan oleh Komander Platun kepada stor Polis.Bagi mereka yang berhenti kerana tamat persekolahan barang - barang tersebut hendaklah dikembalikan pada bulan November kepada Komander Platun.
- Sekiranya barang - barang kelengkapan pakaian seragam tersebut dihilangkan atau tidak dipulangkan oleh mana - mana ahli kadet,maka ahli Kadet tersebut dikehendaki membayar balik harga barang - barang yang hilang itu mengikut nilai yang ditetapkan oleh stor Polis.
- Adalah menjadi tanggungjawab Komander Platun untuk memesan semua pakaian seragam dari setor Polis,untuk ahli - ahli Kadetnya pada tiap - tiap tahun bulan Januari.
- Bagi menukar pakaian seragam untuk mengganti pakaian seragam lama,Kadet dikehendaki melaporkan perkara ini kepada Komander Platun. Komander Platun akan berurus dengan penjaga stor gantian tersebut dengan kadar satu sama satu . Penggantian ini akan dibuat dalam bulan Januari. Platun Komander hendaklah berhubung dengan Penjaga stor untuk ukuran pakaian bagi tiap - tiap ahli Kadet.(Semua pemberian gantian pakaian seragam adalah kain yang belum berjahit dan penjaga stor adalah bertanggungjawab untuk menguruskan tender untuk menjahit pakaian tersebut).
- Tatacara pemakaian pakaian seragam kadet polis perempuan dan kadet polis lelaki adalah seperti berikut :
PANGKAT
Isnin, 18 Februari 2008
PANDUAN KURIKULUM
PENGETAHUAN KEPOLISAN DAN KENEGARAAN
A. Pengenalan kepada organisasi polis peringkat pusat,negeri,daerah dan balai
1. Pengenalan kepada Undang-undang .
2. Kanun Keseksaan
3. Kanun acara Jenayah
4. Aktar Dadah Merbahaya
5. Kes Juvana.
6. Akta senjata Api
7. Akta Pengngangkutan Jalan.
8. Akta Orang muda.
9. Undang-undang kecil 3/55
10. Akta Perlindungan kanak-kanak
11. Undang-undang benda melucur/bahan letupan /senjata.
12. Akta rasuah
13. Kesalahan Tatatertib dan hukuman.
B. Kenegaraan
1. Sejarah negara Polis Diraja Malaysia
2. Kepimpinan Dalam PDRM semasa pemerintahan British.
3. Peristiharan Dharurat 1948.
4. Penubuhan Pasukan Polis di Semenanjung Tanah Melayu.
5. Kemerdekaan Tanah Melayu1957
6. Sejarah Penubuhan Malaysia
7. Penglibatan polis mencegah penyeludupan Dadah
8. Penglibatan polis membantu menyelesaikan masalah muda-mudi
9. Tokoh-tokoh yang berjasa pada negara.
10. Mengenali lambang-lambang negeri dan negara,lagu-lagu petriotik.
1. Disiplin /kerohanian .
2. Ceramah agama.
3. Hobi
4. Sembahyang Jemaah (Qiamullail)
5. Projek keceriaan
6. Bacaan Doa
7. Ikrar polis
8. Jimrama berkumpulan
9. Bersukan
10. Kebudayaan Malaysia (piusi,drama,deklamasi pantun sajak atau syair)
11. Pertandingan mengarang.
12. Sudut pameran Kadet polis
13. Reka Cipta
14. Sukanika dan Tradisional
1. Gotong royong melibatkam:kawasan sekolah surau masjid dan lain
2. Lawatan ziarah ke: rumah kebajikan ,anak yatim,orang tua ,hospital
3. Pertolongan cemas
a. Mengenali konsep pertolongan cemas Siapa perlu terlibat Prinsip pertolongan cemas
b. Mengenali dan mengetahui: Tempat kemalangan,jenis kenderaan, sebab berlaku dan cara mengelak kemalagan
c. Mengenali dan mengetahui Alat pertolongan cemas,alat yang perlu ada pada kotak pertolongan cemas
d. Cara pertolongan cemas Pitam,patah ,tarseliuh,kekejangan, gigitan binatang
e. Cara membuat alatan pertolongan cemas:penyusung
f. Kerja amali kepada kes kes yang di rancang: Patah,pitam ,berdarah
g. Lawatan ke unit kecemasan:Hospital,balai polis dan bomba
h. Mengenala CPR/bantu mula
i. Kebombaan: Cara mencegah kebakaran : barang mudah terbakardan alat lawan api
-Kursus pengurusan kepimpinan pegawai kanankadet polis
-Kursus kepimpinan pangkat rendah [ARP]
-Perkhemahan orientasi kadet polis
-Perkhemahan tahunan kadet polis
-Perkhemahan tahunan peringkat kebangsaan
a. Hentak kaki/Berhenti masa derdiri
b. Melangkah ke hadapan/ke belakang
c. Langkah merusuk kiri/kanan
- Buka /tutupbarisan/nombor/terangkan
a. Masuk baris/ terangkan
b. Bersurai keluar baris
- Berpusing ke kiri /kanan/belakang/separuh alam berhanti.
- Berjalan/berhenti dalam cepat/belok kiri/kanan
- Hormat tampa topi/berpakaian awam /pandang kiri/kanan dan lain lain
- Hormat kehadapan selaku terima sijil
- Hormat ke kanan/ kiri semasa jalan
- Berjalan/berheti dalam perlahan masa/belok ke kiri / kanan
- Hentak kaki/maju/berhenti dalam cepatmasa
- Berpusing ke kiri/kanan /belakang/separuh dalam cepet masa
- Hentak kaki maju berhenti dalam perlahan masa
- Berpusing kiri/kanan/belakang/separuh dalam perlahan masa
a.Tukar langkahcepat/perlahan dan sebaliknya
b.Panjangkan/pendekan langkah semasa berjalan cepat perlahan masa
- Buka/tutup barisan semasa berjalan cepat/perlahan
- Paraskan skuad /terangkan
- Tukar haluan dalam berhenti/berjalan cepat/ perlahan masa
- Jadikan skuad masa berhenti /berjalan cepat/perlahan masa
- Dari tiga jadikan satu barisan dan sebaliknya
- Barisan bertiga -tiga jadikan satu barisan
- Sedia/ senang diri/rehatkan diri dan masuk baris
- Julang senjata dari turan
- Julang senjata dari rusuk
- Rusuk senjata dari turun dan sebaliknya
- Hormat dari rusuk /Rusuk dari hormat
- Hormat dari turun/turun dari hormat
- Periksa senjata dari rusuk/lepaskan sping
- Pariksa senjata dari turun/lepaskan spring
- Hormat kehadapan semasa berjalan
- Hormat kekanan/kiri semasa berjalan
- Bimbit dari rusuk/rusuk dari bimbit
- Bimbit dari julang/julang dari bimbit
- Kalih senjata dari rusuk
- Kalih senjata dari bimbit
- Pergerakan bimbit ssenjata semasa berjalan
- Pergerakan kalih senjata semasa berjalan
- Baring angkat senjata dan senjata di tepi
padang gerak
a.sedia senjata dari turun dan sebaliknya
b.sedia senjata dari rusuk dan sebaliknya
c.sedia senjata dari julang dan sebaliknya
- selaku sentri [kawad sentri]
- pasang benet/tangal benet
- songsang senjata dari hormat dan sebaliknya
- peraturan perbarisan kehormatan
- Panjat dan turun
- Titian gantung
- Titian imbangan
- Bergayut
- Merangkak
- Tembok halangan
- Naik dan turun
- Lompat berayun
- Terowong
- Tangga panjat
Ahad, 17 Februari 2008
PERANAN
Ketua Polis Daerah adalah sebagai Pegawai Pemerintah di peringkat daerah berkenaan dan bertanggungjawab atas perkara-perkara berikut:
- Menentukan semua anggota-anggota PKP dilengkapi dengan pakaian seragam mangikut skala yang diluluskan.
- Memberikan latihan secukupnya kepada anggota PKP seperti yang dinyatakan di Para 16.
- Menghadiri aktiviti latihan/perkhemahan peringkat daerahnya.
- Mewujudkan jawatan penyelaras/jururulatih PKP di daerah-daerah atas nisbah 1 platun 1 Anggota Pangkat Rendah (APR).
- Mewujudkan Komander Kompeni yang berpangkat ASP Kadet di kalangan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah/Jabatan Pendidikan Negeri.
TANGGUNGJAWAB PENGETUA SEKOLAH
Pengetua Sekolah bertanggungjawab atas perkara-perkara berikut:
- Memilih guru yang berminat dan mempunyai ketokohan dan kewibawaan sebagai Pegawai Kanan Kadet Polis.
- Menentukan perjawatan/keanggotaan Kadet Polis dipenuhi setiap masa.
- Berhubung dengan KPD bersabit latihan dan aktiviti Kadet Polis.
- Mengadakan tempat/kawasan untuk menjalankan aktiviti dengan sempurna.
- Menyediakan senarai semak peralatan yang dibekalkan oleh PDRM.
- MenghubungiKPD mengenai pertukaran/persaraan/perletakan jawatan Pegawai kanan dan menentukan penggantinya.
PENTADBIRAN
Penaung : Pengetua
Pengerusi : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ( HEM )
Penasihat : Platun Komander Pembantu Platun Komander / Guru pembantu yang dilantik oleh Pengetua.
AJK; Pemilihan AJK dibuat dalam Mesyuarat Tahunan yang diadakan pada awal sesi persekolahan.
- Pengurusi
- Naib Pengerusi
- Setiausaha
- Penolong Setiausaha
- Bendahari
- Ahli Jawatankuasa Kecil Sekurang-kurangnya 5 orang.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AJK
Pengerusi
- Mempengerusikan setiap mesyuarat yang diadakan
- Mengadakan mesyuarat dari masa ke semasa
- Meneliti catatan mesyauarat dan memastikan segala tindakan yang diputuskan dalam mesyuarat telah diambil tindakan.
- Membincang dan merancang aktiviti tahunan dengan Platun Komander
- Memastikan semua aktiviti berjalan dengan lancar dan menepati sasaran.
Naib Pengerusi
- Membantu Pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.
- Menggantikan Pengerusi dalam mengendalikan mana - mana mesyuarat jika Pengerusi tidak hadir.
Setiausaha
• Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkan kepada anggota kadet.
• Menyediakan laporan kepada guru penasihat/Platun Komander.
• Menjemput anggota kadet untuk menghadiri mesyuarat.
• Bertanggungjawab terhadap pengerusi dan Platun Komander.
Penolong Setiausaha
• Membantu setiausaha menjalankan tugas.
Bendahari
- Mengutip yuran dengan pengetahuan dan persetujuan Platun Komander dan pentadbir sekolah.
- Mengutip sebarang kutipan yuran yang dikenakan untuk sebarang aktiviti pasukan dengan persetujuan pihak pentadbiran sekolah.
- Kutipan hendaklah dibuat selepas menerima mandat daripada Platun Komander dan pihak sekolah.
Juru Audit
- Dua orang juruaudit hendaklah dilantik sekiranya ada jawatan Bendahari atau pungutan wang dijalankan.
LATARBELAKANG
- Atas arahan MAGERAN, Akta Polis 1967 telah dipinda bagi membolehkan penubuhan PKP di bawah Seksyen 68 akta tersebut. Sehubungan itu sebanyak 36 platun PKP telah ditubuhkan pada 2 Mac 1970.
- Penubuhan PKP merupakan salah satu kegiatan kokurikulum di sekolah menengah sebagaimana yang ditakrifkan dalan Akta Pelajaran 1961 mengikut Ordinan No. 2
(Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1969,P.K.(A) 487 bertarikh 20 November 1969 yang diselaraskan oleh PDRM. - Memandangkan keberkesanannya, maka PKP telah diperbesarkan kepada 204 platun pada tahun 1992 dan kepada 579 platun pada tahun 1996 di seluruh negara. Ini bertepatan dengan keperluan Kementerian Pendidikan yang berkehendakkan semua pelajar sekolah menjadi ahli unit beruniform. Di negeri Pulau Pinang, sejumlah 30 buah platun telah ditubuhkan sehingga tahun 2000.
PERLEMBAGAAN PASUKAN KADET POLIS
Peratuaran ini hendaklah dibaca bersama dengan:
i . Bahagian XI Akta Polis No. 41/1967.
ii. Lampiran A Akta Polis No. 41/1967 Peraturan - Peraturan Pasukan Kadet Polis Di Raja Malaysia 1969.
TUJUAN
Tujuan Penubuhan Pasukan Kadet Polis ialah untuk memupuk kesedaran sivik di kalangan pelajar-pelajar sekolah terhadap tanggungjawab mereka kepada masyarakat bagi memelihara undang - undang dan menjaga ketenteraman awam dalam membantu untuk mengeratkan hubungan harmoni d iantara Polis dan masyarakat.
AKTA PENUBUHAN
Polis Diraja Malaysia telah menetapkan penubuhan platun PKP bagi setiap daerah berdasarkan pangkat Ketua Polis Daerah seperti berikut:
Pangkat KPD: ACP Sekurang-kurangnya 5 buah sekolah
Pangkat KPD: Supt Sekurang-kurangnya 3 buah sekolah.
Pangkat KPD: DSP/ASP Sekurang-kurangnya 2 buah sekolah.
Pengetua sekolah perlulah membuat satu permohonan bagi menubuhkan PKP dengan mengisi borang jadual pertama (Kaedah 5) seperti di lampiran A kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan sokongannya, dan seterusnya memanjangkan permohonan tersebut ke Ibu Pejabat Polis Kontijen dan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk mendapatkan kelulusan Menteri Dalam Negeri.
ORGANISASI
Setiap platun PKP dianggotai seramai 35 orang iaitu seorang inspektor kadet sebagai Komander Platun, seorang sarjan kadet sebagai Sarjan Platun, tiga orang koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 30 orang sebagai anggota kadet.
Setiap empat platun atau lebih akan dijadikan satu kompeni dengan berjawatan seorang ASP Kadet sebagai Komander Kompeni, seorang inspektor kadet sebagai Penolong Komander Kompeni, empat orang inspektor kadet sebagai Komander Platun, seorang sub inspektor kadet sebagai Sab-Inspektor Kompeni, seorang sarjan mejar sebagai Sarjan Mejar Kompeni, empat orang sarjan kadet sebagai Sarjan Platun, dua belas orang koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 120 orang anggota kadet.
Walau bagaimanapun kelonggaran diberi jika mana-mana pasukan mempunyai jumlah platun yang kurang atau lebih bagi membolehkan penubuhan satu kompeni dan seterusnya.
PENUBUHAN PASUKAN KADET POLIS DIRAJA MALAYSIA
Penubuhan PKP di sekolah-sekolah adalah dirujuk mengikut Ordinan No. 2 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat, 1969 Akta Polis 1967.
Kaedah-kaedah Penubuhan Pasukan Kadet Polis DiRaja 1969 bertarikh 20 November 1969 seperti berikut:
- Permohonan Untuk Penubuhan Pasukan Kadet: Sesuatu permohonan untuk menubuhkan satu PKP di mana-mana sekolah hendaklah dibuat oleh Pengetua Sekolah itu kepada Pegawai Memerintah melalui Jabatan Pendidikan Negeri mengikut Borang Jadual Pertama (Kaedah 5)
- Permohonan Untuk Pendaftaran Anggota PKP: Permohonan untuk pendaftran anggota PKP hendaklah dibuat mengikut Borang Jadual Kedua (Peraturan 6) kepada Pegawai Memerintah/Ibu Pejabat Polis Daerah melalui Komander Kompeni.
- Permohonan Menjadi Pegawai Kanan Kadet Polis: Setiap pemohon untuk menjadi Pegawai Kanan Kadet Polis hendaklah mengisi Borang Jadual Ketiga (Kaedah 7) kepada Ketua Polis Negara melalui Jabatan Pendidikan Negeri dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen.
- Kelayakan Untuk Pendaftaran: Pendaftaran sebagai anggota PKP adalah tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Kelayakan untuk memohon memasuki Pasukan Kadet Polis mengikut Akta Polis 1967 adalah seperti berikut:
a) Pelajar sekolah menengah lelaki dan perempuan yang berumur antara 14 hingga 21 tahun boleh memohon untuk menjadi ahli Kadet;
b) Guru - guru yang berumur di antara umur 21 hingga 50 tahun boleh memohon untuk menjadi Pegawai Kanan Kadet;
c) Mana-mana orang antara umur 21 dan 50 tahun yang telah diluluskan oleh Ketua Polis Negara dengan persetujuan Menteri ,boleh diambil sebagai Pegawai Kanan Kadet;
d) Anggota-anggota daripada Pasukan Bersenjata, Pasukan Kadet yang sedia ada, Pengakap, Pandu Puteri,St.Johns,Bulan Sabit Merah atau sebarang badan - badan lain, atau unit lain, tidak dibenarkan menjadi ahli Pasukan Kadet Polis.
e) Semua ahli lelaki mestilah berukuran 4 kaki 6 inci tinggi atau lebih.
f) Semua ahli wanita mestilah berukuran 4 kaki 3 inci tinggi atau lebih. - Akuan: Semua pelajar yang mendaftar sebagai anggota PKP hendaklah mengisi dan menandatangani Surat Akuan Taat Setia dalam Jadual Keempat (Kaedah 9).
- Mewakilkan Kuasa-kuasa: Pegawai Memerintah boleh mewakilkan kuasa-kuasanya di bawah seksyen 70 Akta Polis, 1967 kepada mana-mana pegawai-pegawai lain dalam Pasukan PDRM untuk menjalankan kewajipan-kewajipannya untuk menubuhkan dan menguruskan PKP.
- Pemeriksaan Doktor/Pegawai Perubatan:
i. Pemohon-pemohon untuk pendaftaran dalam PKP adalah dikehendaki hadir di hadapan satu jawantankuasa yang terdiri daripada tiga pegawai yang dilantik oleh Pegawai Memerintah dan setiap pemohon juga dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan mereka oleh Doktor/Pegawai Perubatan yang bertauliah.
ii. Seseorang pemohon yang layak diterima memasuki PKP setelah diperiksa oleh Doktor/Pegawai Perubatan, boleh didaftarkan dalam PKP dan mana-mana anggota yang tidak menjaga tahap kesihatannya, pada bila-bila masa hendaklah diberhentikan. - Perkhidmatan Dalam Tempoh Percubaan: Apabila didaftarkan, seseorang anggota PKP hendaklah berkhidmat dalam tempoh percubaan selama dua bulan dan pada akhir tempoh itu ia boleh diperiksa apa-apa juga sebagaimana yang ditetapkan oleh Pegawai Memerintahnya. Jika keputusan pemeriksaan itu mendapati ia tidak layak untuk terus menjadi anggota PKP, maka ia hendaklah diberhentikan.
PENDAHULUAN
Bahagian XI Akta Polis 1967 telah membolehkan penubuhan Pasukan Kadet Polis (PKP) di mana-mana sahaja di Malaysia seperti yang diperintah oleh YB Menteri Dalam Negeri.
Pasukan Kadet Polis terdiri daripada:
1. Pegawai Kanan PKP 2. Pegawai Pangkat Rendah PKP 3. Anggota PKP
Penubuhan PKP dilaksanakan di sekolah-sekolah Menengah sahaja dan dibahagikan kepada;
1. PKP Lelaki 2. PKP Wanita
Anggota PKP (Anggota dan Pegawai Pangkat Rendah PKP) akan dipilih di kalangan pelajar sekolah menengah. Pegawai-pegawai Kanan PKP pula adalah guru-guru sekolah tersebut (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan). PKP merupakan satu pertubuhan yang bergabung dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tetapi anggota-anggotanya bukan Pegawai Polis mengikut takrif yang termaktub dalam Akta Polis 1967. Sokongan kerajaan untuk menubuhkan PKP telah diterima dan dilaksanakan sejak awal tahun 1970-an. Penubuhan PKP ini telah menghasilkan perhubungan erat antara PDRM dengan para pelajar, guru, pentadbir, sekolah dan ibu bapa mereka selaras dengan aspirasi PDRM: Mesra, Cepat dan Betul. Pelajar-pelajar didedahkan dengan hal ehwal kepolisian dan justeru itu dapat menyedari tentang tanggungjawab mereka kepada masyarakat untuk menjadi warganegara yang berdisiplin, berguna dan berjasa apabila mereka dewasa kelak.
Bahagian XI Akta Polis 1967 telah membolehkan penubuhan Pasukan Kadet Polis (PKP) di mana-mana sahaja di Malaysia seperti yang diperintah oleh YB Menteri Dalam Negeri.
Pasukan Kadet Polis terdiri daripada: 1. Pegawai Kanan PKP 2. Pegawai Pangkat Rendah PKP 3. Anggota PKP
Penubuhan PKP dilaksanakan di sekolah-sekolah Menengah sahaja dan dibahagikan kepada; 1. PKP Lelaki 2. PKP Wanita
Anggota PKP (Anggota dan Pegawai Pangkat Rendah PKP) akan dipilih di kalangan pelajar sekolah menengah. Pegawai-pegawai Kanan PKP pula adalah guru-guru sekolah tersebut (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan). PKP merupakan satu pertubuhan yang bergabung dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tetapi anggota-anggotanya bukan Pegawai Polis mengikut takrif yang termaktub dalam Akta Polis 1967. Sokongan kerajaan untuk menubuhkan PKP telah diterima dan dilaksanakan sejak awal tahun 1970-an. Penubuhan PKP ini telah menghasilkan perhubungan erat antara PDRM dengan para pelajar, guru, pentadbir, sekolah dan ibu bapa mereka selaras dengan aspirasi PDRM: Mesra, Cepat dan Betul. Pelajar-pelajar didedahkan dengan hal ehwal kepolisian dan justeru itu dapat menyedari tentang tanggungjawab mereka kepada masyarakat untuk menjadi warganegara yang berdisiplin, berguna dan berjasa apabila mereka dewasa kelak.
MATLAMAT
Matlamat penubuhan PKP adalah untuk membentuk masyarakat khususnya para remaja melalui pelbagai aktiviti bagi meningkatkan disiplin diri, membina semangat kerjasama dan patriotik di samping memberi pendedahan dan kefahaman mengenai tugas-tugas kepolisian dan penguatkuasaan undang-undangnya adalah untuk kepentingan masyarakat.
OBJEKTIF
1. Meningkatkan disiplin diri dengan mematuhi peraturan dan undang-undang.
2. Melahirkan insan yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara dalam hal-hal keselamatan.
3. Melahirkan insan yang mantap dalam aspek jasmani,emosi, rohani dan intelek.
4. Membentuk masyarakat yang mempunyai hubungan erat antara PDRM dengan orang ramai yang saling memerlukan.
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita Hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat; memelihara satu cara hidup demokratik;Mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.