Isnin, 11 Julai 2011

LATIHAN MENEMBAK KADET POLIS

Dukacita dimaklumkan bahawa Program Latihan Menembak Pasukan Kor Kadet Polis IPDJBS pada Sabtu, 16 JULAI ini adalah  DIBATALKAN disebabkan masalah transport tidak mencukupi. Namun begitu pihak urusetia dan PDRM tetap berusaha untuk mencari tarikh lain yang sesuai.

Sekian untuk makluman.

Rabu, 15 Jun 2011

LATIHAN MENEMBAK KADET POLIS

Program Menembak Kadet Polis IPDJBS akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Kelas Latihan Menembak (Wajib Hadir)
Tarikh: 6 JULAI 2011, Rabu
Masa: 2.30 ptg. - 5.00 ptg.
Tempat: SM TEKNIK PERDAGANGAN
*Surat kebenaran PPDJB boleh dilihat di SINI


Latihan Menembak
Tarikh: 16 JULAI 2011, Sabtu
Masa: 7.30 pg. - 5.00 ptg.
Tempat: Lapang Sasar, Bukit Kangkar Muar.

Kepada sekolah-sekolah yg berminat sila emailkan senarai nama 2 guru + 10 pelajar kepada saya.
Sekian.

Selasa, 14 Jun 2011

SIJIL PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS

Mohon kerjasama guru-guru kadet yang terlibat dgn perkhemahan kadet yg lalu untuk menyemak senarai nama pelajar spt yg dilampirkan untuk urusan sijil.
Sila emailkan kpd saya senarai nama yg telah disemak selewat-lewatnya hari Khamis ini.
Lampiran - senarai nama

Rabu, 25 Mei 2011

Makluman TERKINI

1. Pergerakan ke tapak perkhemahan di Tmn Negeri Endau Rompin adalah pada jam 8.00 pagi. Sehubungan itu semua peserta dan guru yang terlibat diminta berada di station-station yang telah ditetapkan seawal jam 7.00 pagi. Trak polis akan berada di station-station tsb. Sila patuhi arah yang ditetapakan oleh anggota polis yg bertugas.

PERUBAHAN TEMPAT MENUNGGU...SEMUA SEKOLAH ZON BANDAR DI MINTA BERKUMPUL DI SMK SULTAN ISMAIL (SSI). KENDERAAN GURU BOLEH DILETAKKAN DI SEK. TSB.
STATION 1 ..................
SMK SULTAN ISMAIL   
SMK AMINUDDIN BAKI   
SMK ENGKU TUN AMINAH   
SMK DATO JAFAAR   
SMK (P) IBRAHIM   
SM CONVENT   
SMK TUN SYED NASIR   
SMV AZIZAH   
SMT PERDAGANGAN   
SMT TANJUNG PUTERI   
SM TUN FATIMAH   
SMK TASEK UTARA 2

STATION 2-SMK TMN DAYA 1
SMK TAMAN DAYA   
SMK TAMAN DAYA 2
SMK TAMAN DAYA 3

STATION 3-SMK PERMAS JAYA
SMK PERMAS JAYA 2

STATION 3-PETRONAS PUTERI WANGSA
SMK PUTERI WANGSA

2. Semua anggota kadet dan guru hendaklah berpakaian UNIFORM LENGKAP kadet polis semasa bergerak ke tapak perkhemahan.

3. Diingatkan bahawa pelajar dikehendaki membawa khemah, peralatan memasak dan makanan basah/kering sendiri. Guru dinasihatkan membantu pelajar merancang keperluan-keperluan yang hendak di bawa. Sebagai panduan sila rujuk lampiran senarai keperluan perkhemahan.Pastikan juga pakaian yang di bawa adalah mencukupi untuk 4 hari 3 malam.

4. Yuran penyertan perkhemahan hendaklah diserahkan kepada bendahari samada semasa hari pendaftaran atau melalui akaun bank yang telah dimaklumkan sebelum ini.

5.Sila pastikan surat kebenaran ibu bapa telah diperolehi sebelum pelajar menyertai program ini.

6. Kepada guru yang membawa kenderaan sendiri sila dapatkan stiker kenderaan DI SINI yg ditetapkan dan hendaklah sentiasa bersama konvoi disepanjang perjalan ke tapak perkhemahan.

7. GURU DAN PELAJAR DINASIHATKAN UNTUK MEMBAWA BEKALAN MAKANAN DAN MINUMAN SENDIRI SEMASA PERGERAKAN KE TAPAK PERKHEMAHAN KERANA KONVOI TIDAK AKAN BERHENTI UTK MAKAN DAN MINUM.

Sekian utk makluman. Sebarang kemuskilan sila berhubung dengan Insp.k Adnan ditalian 017-8877247.

Sabtu, 21 Mei 2011

Makluman Terkini Perkhemahan Kadet Polis

BAYARAN PERKHEMAHAN RM60 SEORANG HENDAKLAH DIJELASKAN SELEWAT-LEWATNYA PADA HARI KHAMIS INI 26 MEI 2011.
Bayaran tersebut boleh di bank-in kan ke akaun Kadet Polis IPDJBS spt berikut:
Nama Bank - BSN
No. Akaun - 0114329000048395
Nama Pemegang Akaun - Saroni bin Madar

Sila SMSkan butiran pembayaran NAMA SEK, BIL PELAJAR, JUMLAH BAYARAN, MASA, TARIKH kpd  bendahari Insp.K Saroni di talian 019-7205737

Kerjasama dpd semua pihak amatlah diharapkan.
Sila download senarai keperluan perkhemahan DI SINI

Sekian

su pkpipjbs

Jumaat, 20 Mei 2011

Surat Kebenaran JPN

PERHATIAN!!!! kepada semua sekolah-sekolah yg terlibat dgn perkhemahan pada 28 Mei ini...sila download surat kebenaran dari Jabatan Pelajaran Johor dan juga kertas kerja terkini. Sila lihat pada senarai ahli jawatan kuasa perkhemahan dan lampiran bidang tugas masing-masing.
Sila berbincang dengan sekolah-sekolah yang terlibat untuk menyelaraskan tugasan.

Sekian, terima kasih.
Insp.K Adnan

Khamis, 12 Mei 2011

Senarai Nama TERKINI!!!

Sila buat semakan senarai nama terkini perserta perkhemahan DI SINI.
Jika ada sebarang kesilapan sila berhubung dengan setiausaha.
Tq.

Rabu, 11 Mei 2011

Senarai Nama Peserta Perkhemahan

Sila buat semakan senarai nama kadet yg akan ke perkhemahan tahunan kor kadet ipdjbs.
Sila klik DI SINI
Jika terdapat sebarang kesilapan sila berhubung dengan su.
Sekian....

Ahad, 8 Mei 2011

Perkhemahan Kor Kadet IPDJBS

MAKLUMAN TERKINI!!!!

Dimaklumkan bahawa tarikh tutup pendaftaran perkhemahan kor kadet di Taman Negeri Endau Rompain  adalah pada SELASA,10 MEI 2010
Mana-mana sekolah yang ingin menambah bilangan perserta sila berhubung dengan penyelaras program insp.k Adnan. Kuota utk perkhemahan kali ini adalah seramai 250 org anggota kadet. Masih ada lagi beberapa kekosongan..siapa cepat dia dapat.
PASTIKAN senarai nama lengkap, no. kp, alamat rumah, no tel waris dan saiz baju t-shirt henndaklah diserahakan kepada penyelarasan sebelum tarikh yang dinyatakan di atas.

Sekian.
Tq

Khamis, 5 Mei 2011

Sambutan Hari Kor Kadet Ke-41

MAKLUMAN
1. Makanan dan minum pelajar semasa sambutan hari kor kadet ditaja sepenuhnya oleh pihak PDRM.
2. Mana-mana sekolah yg telah mohon pengangkutan diminta bersedia disekolah masing-masing seawal jam 6.30 pg.
3. Sila patuhi tatacara pemakaian yang telah ditetapkan.
4. Semua j.kuasa diminta memastikan semua tugasan telah dilaksanakan.

Khamis, 28 April 2011

Isnin, 25 April 2011

Taklimat Hari Kor Kadet dan Perkhemahan Tahunan

Makluman!!!
Taklimat berkenaan dengan sambutan Hari Kor Kadet dan Perkhemahan Tahunan Kor Kadet Polis IPDJBS akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 27 APRIL 2011
Hari: RABU
Masa: 2.00 ptg. - 4.30 ptg
Tempat: BILIK MESYUARAT SMK PERMAS JAYA 2

Semua sekolah yang terlibat diminta hadir. Surat panggilan mesyuarat telah dimaklumkan kepada PPD masing-masing.

Sekian.

Ins.K Adnan 
s/u PKPIPDJBS

Selasa, 19 April 2011

Keputusan Pertandingan Kawad

Keputusan penuh pertandingan kawad kaki kor kadet polis IPD Johor Bahru Selatan.
 

 

Khamis, 14 April 2011

Urusan Pengangkutan Pertandingan Kawad Kaki

MAKLUMAN!!!
Kepada sekolah-sekolah yang telah memohon pengangkutan PDRM ke Pertandingan Kawad pada Sabtu ini sila berkumpul di sekolah masing-masing seawal jam 6.30 pagi. Ini bagi membolehkan semua platun sampai ke tempat pertandingan sebelum jam 8.00 pagi.

Urusan makan dan minum anggota kadet adalah tanggung jawab sekolah masing-masing.

Kepada sekolah-sekolah yang telah dilantik sebagai jawatankuasa pertandingan sila ambil tindakan yang perlu.

SEMUA GURU PENASIHAT HENDAKLAH BERPAKAIAN UNIFORM LENGKAP SEMASA PERTANDINGAN DIJALANKAN.

Sekian.
Insp.K Adnan

Sabtu, 9 April 2011

FORMAT TERKINI PERTANDINGAN KAWAD KAKI KADET POLIS IPDJBS

PERHATIAN!!!!
Pertandingan kawad kaki Kadet Polis IPDJBS yang dijadualkan berlangsung di Padang Kawad FRU telah di ubah  ke DANGA BAY (tapak sambutan hari polis).

Sehubungan dengan itu mana-mana sekolah yang memerlukan pengangkutan sila berhubung dengan setiausaha untuk urusan pengangkutan. Sekolah-sekolah yang mempunyai pengangkutan sendiri diminta menggunakan pengangkutan sekolah masing-masing.

Guru-guru kadet diminta menguruskan makan dan minum platun masing-masing semasa hari pertandingan. 

Pihak urusetia telah mengubah format pertandingan berdasarkan format yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh itu format yang sebelum ini adalah TERBATAL.

Sekiranya ada apa-apa masalah berkenaan dengan format pertandingan sila berhubung terus dengan setiausaha.

Sila download Kertas Kerja Pertandingan Kawad DI SINI
Sila download fromat TERKINI 

Selasa, 5 April 2011

Minit Mesyuarat Kali Pertama

 
Sila KLIK imej di atas atau klik DI SINI untuk download minit mesyuarat kali pertama.
Sila maklumkan kepada GPK Koko sekolah  masing-masing berkenan dengan aktiviti sepanjang tahun Pasukan Kadet Polis IPD JBS bagi tahun 2011.
Maklumkan juga kepada GPK KoKo berkenaan dengan wang sumbangan sebanyak RM50 setiap sekolah untuk aktiviti Pasukan Kadet Polis IPDJBS.
Wang sumbangan tersebut hendaklah dibuat atas nama PENGETUA SMK SULTAN ISMAIL. Diharapkan perkara ini dapat disegerakan.

Sekian.
Insp.K Adnan




Khamis, 31 Mac 2011

Pertandingan Kawad Kaki KPIPDJBS 2011


SENARAI NAMA SEKOLAH YANG TERLIBAT DENGAN
PERTANDINGAN KAWAD KAKI KADET POLIS IPDJBS 2011

TARIKH: 16 APRIL 2011
MASA: 7.30 PAGI – 12.30 TGH.
TEMPAT: DANGA BAY

NAMA SEKOLAH ZON BANDAR
1. SMK SULTAN ISMAIL [P]
2. SMK AMINUDIN BAKI [P/L]
3. SM TEKNIK TANJUNG PUTERI [P/L]
4. SM ST JOSEPH [L]
5. SM TASEK UTARA [P]
6. SM TASEK UTARA 2 [P]
7. SM TEKNIK PERDAGANGAN [P/L]
8. SM VOKASIONAL AZIZAH [P]
9. SM TUN FATIMAH [P]
10. SM IJ CONVENT [P]
11. SM ENGKLU TUN AMINAH [P]
12. SMK TUN SYED NASIR ISMAIL [P/L]
13. SM TEKNIK JOHOR BAHRU [L]
14. SMK (P) SULTAN IBRAHIM [P]

SEKOLAH ZON PASIR GUDANG
1. SMK PERMAS JAYA 2 [P]
2. SM TAMAN DAYA [P]
3. SM PUTERI WANGSA [P]
4. SMK TAMAN DAYA 2 [P]
5. SMK PERMAS JAYA [P]
6. SMK TAMAN DAYA 3 [P]/[L]


JUMLAH PLATUN LELAKI = 7
JUMLAH PLATUN WANITA = 18

JUMLAH KESELURUHAN = 25

Rabu, 23 Mac 2011

Pertandingan Kawad Kaki IPDJBS 2011

Makluman.
Tarikh pertandingan kawad kaki yang dijadualkan pada 2 APRIL telah ditunda ke 16 APRIL 2011, SABTU.
Ini disebabkan pada tarikh 2/4 itu MSSD sedang berlangsung. 

Sehubungan dengan itu sekolah-sekolah yang masih berminat untuk menyertai pertandingan tsb. sila berikan pengesahan sekali lagi agar surat kebenaran dapat dikeluarkan oleh PPD.

Sila sahkan penyertaan platun sekolah masing-masing melalui SMS ke talian 0178877247 (Insp. K Adnan) dan emailkan senarai nama platun masing-masing kpd urusetia  sebelum 29 MAC 2011, SELASA.

Sekian.
Terima kasih.

Isnin, 7 Mac 2011

Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Kot Kadet Polis

Satu mesyuarat penyelarasan aktiviti Kor Kadet Polis IPDJBS tahun 2011 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 9 MAC 2011
Hari: RABU
Masa: 2.00 ptg - 4.00 ptg.
Tempat: Bilik Mesyuarat, SMK Sultan Ismail

Surat makluman mesyuarat telah dihantar ke PPD masing-masing.

Sekian, untuk makluman.

D/load surat KLIK