Saya mengucapkan "Selamat tahun baru 1430 H dan 2009 M" khususnya kepada semua pegawai kanan kadet polis dan anggota kadet polis IPDJBS dan semua anggota kadet sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Semoga tahun baru ini menjadi pemulaan yang istimewa, membawa berkah dan ketakwaan bagi kita semua. Amin.
Di sini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan kadet polis di luar sana. Saya juga ingin memohon ampun dan maaf kiranya ada tersilap laku...terlanjur kata sepanjang saya mengurusakan perjalanan pasukan kadet polis daerah jb ini. Semoga kita dapat bersua semula pada tahun hadapan.
Di atas hanyalah sebahagian dpd foto yang diambil semasa sambutan hari kadet polis yang lalu. Untuk tempahan gambar sila berhubung dengan Insp/K Salleh (SMK Syed Nasir) di talian 0197173685
Utusan Malaysia, Jumaat 18 April 2008 Lebih 700 sertai sambutan ulang tahun Kor Kadet Polis IPDJBS Seramai 714 peserta Kor Kadet Polis dan 23 pegawai kanan daripada 43 buah Sekolah Menengah di sekitar bandaraya ini terpilih untuk menyertai Majlis Sambutan Ulang Tahun Kor Kadet Polis yang ke-38 di sini hari ini. Majlis yang dirasmikan Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Supt. Mohd Zainal Bahrom itu berlangsung dalam suasana meriah walaupun hujan renyai-renyai. Mohd Zainal dalam ucapan alu-aluan dalam buku cendermata berkata, majlis tersebut diadakan bertujuan untuk memperingati penubuhan kor berkenaan yang sudah berusia 38 tahun. Selain itu, menurutnya ia juga untuk mengeratkan silaturahim antara pihak polis, guru-guru serta semua ahli yang terlibat dalam Kor Kadet Polis. Majlis yang dihadiri oleh guru-guru dan wakil ibubapa itu bertema 'Integriti Amalan Kita' dengan moto "Tegas, Adil dan Berkhemah'. Antara sekolah yang mengambil bahagian adalah Sekolah Tun Fatimah (STF), Sekolah Men Keb (P) Sultan Ibrahim, Sek Men Keb Sultan Ismail dan Sek Men Keb Sultanah Engku Tun Aminah. Majlis turut diserikan dengan beberapa pertunjukkan seperti lakonan aksi ragut dan cara polis bertindak serta persembahan istimewa daripada unit anjing pengesan.
Kawalan Kehormatan mengambil tempat. Detachment dan Kawalan Kehormatan bersedia menanti kehadiran VVIP.
Ketibaan wakil rasmi PPD Johor Bahru iaitu En Ahmad Taufik.
Ketibaan wakil rasmi Ketua Polis iaitu Supt. Mohd Zainal bin Bahrom, Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan.
Pemeriksaan Kawalan Kehormatan oleh Supt. Mohd Zainal bin Bahrom
Sesi fotografi Pegawai Kanan Kadet bersama-sama Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru dan Pegawai-pegawai Kanan Polis.
GALERI GAMBAR SEKITAR PERTANDINGAN KAWAD
JOHAN PLATUN LELAKI SMK AMINUDDIN BAKI (SAB)
JOHAN WANITA SMK ENGKU TUN AMINAH (SETA)
Senarai Pemenanag Pertandingan Kawad Kaki Piala Pusingan Kadet Polis IPD Johor Bahru Selatan.
Platun Lelaki
JOHAN: SMK AMINUDDIN BAKI
N. JOHAN: SMK TAMAN DAYA 3
KETIGA: SM TEKNIK PERDAGANGAN
Platun Wanita
JOHAN: SMK ENGKU TUN AMINAH
N. JOHAN: SMK TASEK UTARA
KETIGA: SM TUN FATIMAH
Khamis, 20 Mac 2008
PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN KADET POLIS IPDJBS
PERHIMPUNAN SEMPENA PERINGATAN HARI POLIS KE-201 PULAPOL Kuala Lumpur - 25 Mac 2008. Perhimpunan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-201 Tahun 2008 telah di adakan di Dataran Kawat, PULAPOL Kuala Lumpur.
Tetamu Kehormat yang hadir ialah YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, YB Dato' Seri Syed Hamid Albar bin Tan Sri Syed Jaafar Albar, Menteri Dalam Negeri dan YBhg. Datin Seri Sharifah Aziah binti Syed Zainal Abidin. Hadir sama ialah YB Dato' Chor Chee Heung, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Senator Dato' Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan YBhg. Tan Sri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.
Hadir sama di majlis tersebut ialah YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara dan YBhg. Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan YBhg. Datin Suriati binti Md. Sobri, YDH Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM dan isteri, YDH Ketua-Ketua Polis Negeri, dif-dif jemputan, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan dan swasta serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM. Perhimpunan yang berlangsung pada pagi ini bukan sahaja bagi memperingati dan mengenang kembali tanggal keramat 25 Mac 1807, yang telah melahirkan sebuah Pasukan Polis moden di negara ini, tetapi juga untuk memperbaharui lafaz ikrar oleh seluruh peringkat pegawai dan anggota PDRM, untuk terus setia dan komited berkhidmat kepada masyarakat dan negara ini. Sempena Sambutan Hari Polis Ke-201, Polis Diraja Malaysia memperkenalkan tema baru iaitu TEGAS, ADIL dan BERHEMAH, seiring dengan perkembangan dan keperluan PDRM pada waktu ini, dalam usaha memastikan PDRM sentiasa memperbaiki dan mempertingkatkan integriti diri.
Pasukan Polis hendaklah tegas dalam menjalankan tugas agar lebih efisien dan dihormati. Tegas di sini tidak semestinya menggunakan kekerasan tetapi teguh dan komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Sebagai pengaman (safe/peace) dan penjaga keselamatan (secure) yang menguatkuasakan (enforce) kedaulatan undang-undang tubuh kerajaan memerintah dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan, setiap pegawai dan anggota pasukan adalah terdedah kepada persekitaran tugas setempat dan kepelbagaian jenis masyarakat yang perlu dilayan, dikawal atau diawasi sepanjang masa.
Mengambil semangat yang terkandung dalam etika perkhidmatan pasukan serta memperakui harapan setiap insan dan lapisan masyarakat baik dalaman dan luar negara untuk mempunyai pasukan polis yang profesional, maka Sikap Tegas adalah sikap yang wajib dimiliki, diperlihatkan dan diamalkan oleh semua. Ia diasaskan kepada pengetahuan yang mendalam akan sumber kanun Perundangan bagi memantapkan keyakinan dalam membuat keputusan setelah menimbangkan keadaan sesuatu peristiwa dan kes. Ia diperkukuhkan dengan pengalaman pasukan dan kepimpinan sepanjang tugasan.
Adil pula menuntut agar pelaksanaan tugas polis mestilah adil kepada semua pihak. Sebagai sebuah institusi yang wujud dari kesepakatan tiga paksi sebuah negara iaitu legislatif, eksekutif dan judisiari yang membentuk sebuah kerajaan, mempunyai sifat adil adalah satu nilai murni yang mewarisi tonggak-tonggak etika dan integriti sejak zaman berzaman. ia menjadi kata kunci kepada semua niat, buah fikiran, perilaku perbuatan dan tindakan berterusan semua pemimpin dan anggota pasukan.
Ia mengambil gerak kerja yang telus kerana setiap tujuan siasatan, pencegahan dan gerakan difokuskan bagi mencapai sabitan kes yang dihakimi secara saksama, mengambilkira segala butiran bukti, perakuan sukarela pihak berkaitan dan kebenarannya.
Sikap Tegas dan bersifat Adil yang difahami benar dan diamalkan sentiasa akan menghasilkan diri peribadi dan susunan struktur institusi pasukan polis yang beradab iaitu yang saling menghormati dan mempercayai, mengambil berat sesuatu perkara dan semua manusia yang mempunyai interaksi atau hadir dalam ruang tugas rasmi.
Tabiat Berhemah para pegawai dan anggota pasukan ini membolehkan persepsi masyarakat dapat dihargai dan diperakui sebagai satu petanda ukuran kecekapan dan keberkesanan setiap tindakan dan keputusan. Ia akan membentuk anggota polis yang jujur dengan realiti semasa dan kemungkinan masa depan yang berubah. Ia juga boleh menjadi sumber rasa bangga berkhidmat sebagai warga PDRM.
YDH Ketua Polis Negara juga menyeru kepada semua warga PDRM untuk menyelami maksud tema tersebut supaya ianya boleh dihayati untuk memperbaiki diri masing-masing sebagai langkah pertama ke arah meningkatkan prestasi, kemantapan dan kewibawaan pasukan polis secara menyeluruh.
Dikesempatan ini juga, YDH Ketua Polis Negara merakamkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia yang sangat prihatin dan mengambil berat terhadap kebajikan dan kemajuan PDRM di mana kerajaan telah menyediakan peruntukkan yang sangat besar kepada PDRM, dengan menyediakan kemudahan fizikal, infastruktur dan kemudahan-kemudahan lain.
Tidak lupa juga, YDH Ketua Polis Negara mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang selama ini telah banyak membantu dan memberikan kerjasama kepada PDRM dalam menangani sebarang ancaman yang boleh menganggu-gugat keselamatan dan kesejahteraan negara.
Di majlis Perhimpunan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-201, selain upacara melafaz ikrar, diadakan juga upacara Penyampaian Anugerah kepada pegawai, anggota dan kakitangan awam yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang serta Balai Polis Contoh. Selain itu juga diadakan upacara Penyampaian Plak 'Friends Of The Police', pemakaian lencana 'Integriti Amalan Kita' yang mengantikan lencana 'Saya Anti Rasuah', memperagakan seragam 'Operasi' baru untuk anggota Tugas Am dan upacara Penyampaian Pensijilan MS ISO 9001:2000
YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia memberi tabik hormat kepada Kawalan Kehormatan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 201 Tahun di Dataran Kawat PULAPOL Kuala Lumpur. Turut hadir YB Dato' Seri Syed Hamid Albar bin Tan Sri Syed Jaafar Albar, Menteri Dalam Negeri dan YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan
Berdiri megah... barisan Kawalan Kehormatan dan Detachmen berdiri megah di Perhimpunan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 201 Tahun. Seramai 1803 orang terlibat didalam perhimpunan ini.
Satu surat tentang Pertandingan Kawad Kaki Piala Pusingan Kadet Polis telah dikeluarkan. Semua Pegawai Kanan Kadet Polis diminta merujuk surat tersebut dan ambil tindakan yang sewajarnya. Surat tersebut boleh didownload di bahagian semboyan kadet polis.
Pertandingan tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 19 MAC 2008 Hari : RABU Masa : 10.00 pagi Tempat : Padang Kawad FRU
Transport disediakan hanya kepada sekolah-sekolah yang tidak mempunyai bas untuk ke tempat pertandingan. Kepada sekolah-sekolah yang telah memohon transport sila bersiap sedia seawal jam 7.30 pagi di sekolah masing-masing. Trak akan datang untuk mengambil pasukan kadet sekolah tuan. Sila pastikan setiap anggota yang terlibat dalam pertandingan tersebut telah membuat pendaftaran dengan pihak PDRM. Borang pelepasan penjaga juga hendaklah diisi sebelum kepertandingan kawad tersebut. Makan dan minum para peserta pertandingan adalah dibawah urusan pihak tuan.
Kepada sekolah-sekolah yang telah memohon pengangkutan (trak) ke tempat pertandingan sila bersiap sedia pada jam 7.30 pagi di sekolah masing-masing.
Harap maklum.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Insp. K Adnan di talian 0178877247
Kursus ini telah diadakan di SMK Sultan Ismail pada 1 MAC 2008 yang lalu. Seramai 31 orang guru dari sekolah di bawah IPD Johor Bahru Selatan telah menyertai kursus tersebut. Pendaftaran kursus telah bermula seawal jam 7.30 pagi lagi. Walau pun cuaca tidak mengizinkan (hujan) namun aktivit tersebut tetap dijalankan. Kursus ini telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi yang pertama melibatkan teori asas kawad kaki yang telah disampaikan oleh Sarjan Zainudin dari Polis Merin JB dan sesi yang kedua merupakan latihan praktikal. Kursus berakhir pada jam 2.00 petang. Siri kedua kursus ini akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Guru-guru Kadet sedang membuat pendaftaran.
Guru-guru sedang masuk baris sambil mendengar arahan daripada jurulatih.
Senarai Nama Anggota Kadet Yang Terpilih (Platun Wanita). 1. Tunku Kurshiah Aminah - SMK Convent 2. Nur Fitriliah Hani Mohd Zaid - SMK Convent 3. Faten Amira Rahmat - SMK Convent 4. Nurul Azida Izamri - SETA 5. Nur Liyana Ramlan - SETA 6. Nur Atika Abu Bakar - SETA 7. Nur Fadzillah Ramdzan - SETA 8. Wan Nur Syazulaikha Wan Mohd Ariffin - SETA 9. Bazkina Ali Khan - SETA 10. Shafiqah Elidah Mohamad - SETA 11. Aliatul Huda Azri - SM Tun Fatimah 12. Nathasya A'in Sahar - SM Tun Fatimah 13. Hanis Hazwani Hazmin - SM Tun Fatimah 14. Hayatul Akmal Noor Azman - SM Tun Fatimah 15. Haslini Razali - SMK Sultan Ismail 16. Nur Rabiatul Adawiah Sahibullah - SMK Sultan Ismail 17. Wan Noorfazilah Wan Yusoof - SMK Sultan Ismail 18. Dzu Izzaida M. Zulkifli - SMK Sultan Ismail 19. Raha Hananee Ab Rahman - SMK Sultan Ismail 20. Motoh Haroh Budihariyono - SMK Aminuddin Baki 21. Hasna Abdullah - SMK Aminuddin Baki 22. Nur Azila Abd Kadir - SMK Aminuddin Baki 23. Siti Khadijah Zainuddin - SMK Aminuddin Baki 24. Norafiqah Asilah Rusli - SMK Aminuddin Baki 25. U k hani Rasyidah ABd Ghani - SMK Convent JB 26. Aryati Djamil - SMK Convent JB
Platun Lelaki 1. Muhamad Hazrin Ali - SMK Saint Joseph (B) 2. Muhammad Amirul Selamat - SMK Saint Joseph (B) 3. Muhammad Riduan Abd Latif - SMK Saint Joseph (B) 4. Muhammad Shafiq Mohd Sharif - SMK Saint Joseph (B) 5. Mohamad Shafoq Mohd Drus - SMK Saint Joseph (B) 6. Muhamad Faiz Alias - SMK Aminuddin Baki 7. Muhamad Solihin Fuad - SMK Aminuddin Baki 8. Mohamad Aidil Ahmad - SMK Aminuddin Baki 9. Mohamadd Azhar Aswati - SMK Aminuddin Baki 10.Muhamad Rusydi Asri Johari - SMK Aminuddin Baki 11.Muhd Yusri Mohd Yusoff - SMK Aminuddin Baki 12.Muhamad Nabil Othman - SMK Aminuddin Baki 13.Muhamad Amirul Zulkainiri - SMK Aminuddin Baki 14.Muhamad Faris Safwan Mohd Sar - SMK Aminuddin Baki 15.Mohamad Hafizul Jamil - SMK Aminuddin Baki 16.Muhammad Akmal Abdul Aziz - SMK Dato Ja'afar 17.Mohd Badrul Sham Hasnan - SMK Dato Ja'afar 18.Azwan Abdul Kadir - SMK Dato Ja'afar 19.Mohd Yusuff Awal - SMK Dato' Ja'afar 20.Mohd Ridwan Ibrahim - SMK Dato' Ja'afar 21.Mohd Hafiz Che Aziz - SM Teknik Tanjung Puteri 22.Muhd Syazwan Sukarjo - SM Teknik Tanjung Puteri 23.Khairul Azwan Nordin - SM Teknik Tanjung Puteri 24.Mohd Faiz Jaafar - SM Teknik Tanjung Puteri 25.Mior Mohd Yusri Yusuf - SM Teknik Tanjung Puteri 26.Hariz Izzat Roslan - SM Teknik Tanjung Puteri 27.Mhammad Noor Ariff Basri - SMK Permas Jaya