Sabtu, 3 April 2010

Pertandingan Kawad Kaki Kor Kadet Polis IPDJBS 2010


Pertandingan Kawad Kaki Peringkat IPD JBS yang akan berlangsung pada 10 April 2010 akan ditunda ke 17 April 2010 (Sabtu).
Sehubungan dengan itu satu mesyuarat penyelarasan akan diadakan pada 7 April 2010 (Rabu), bertempat di SMK Sultan ISmail, Johor Bahru. Sekolah-sekolah yang telah mengesahkan penyertaan diminta hadir dalam mesyuarat tersebut. Disamping itu juga mesyuarat tsb. juga akan membincangkan berkenaan dengan persiapan Sambutan Hari Kadet Polis ke-40.

Harapan maklum.
Insp.K Adnan
s/u Kor Kadet Polis IPDJBS


Ahad, 28 Mac 2010

Jumaat, 26 Mac 2010

Khamis, 11 Mac 2010

Syarat Pertandingan Kawad

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

PAKAIAN UNIFORM
1.    Uniform Kadet Polis yang dibekalkan kepada kadet yang dibenarkan (Beret. Lencana PDRM, Kasut Kawad, Angklet Putih, Tali Pinggang Putih dan Selempang Putih).
2.    Lencana kolar
3.    Tanda nama warna hitam berukuran 2 cm x 7 cm
4.    Tanda pangkat mengikut ukuran yang ditetapkan dan dipakai di kanan dan kiri lidah bahu baju.
5.    Butang plastik sahaja.
6.    Rantai dan wisel.
7.    Lencana bahu kain warna biru tua ”Kadet Polis”.

KEKEMASAN DIRI (Ketrampilan)
1.    Rambut hendaklah dipotong slope (lelaki) bagi wanita rambut yang panjang hendaklah disanggul dengan jaring hitam atau bertudung warna pakaian kadet.
2.    Misai dan janggut tidak dibenarkan.
Sekiranya platun gagal mematuhi syarat di atas potongan satu markah akan dikenakan kepada setiap kesalahan.

SISTEM PEMARKAHAN
1.    Gaya Rupa (Turn Out)                                            -    20%
2.    Menegur / Mengawal Squad(untuk platun sarjan)    -    20%
3.    Kata-kata Perintah                                                 -    20%
4.    Pergerakan/Gaya Rupa Berjalan                             -    20%
5.    Displin Pasukan / Individu                                       -    20%
Jumlah Keseluruhan                                                       -    100%

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KAWAD INDIVIDU
1.    Setiap platun lelaki/wanita dikehendaki menghantar 2 peserta terbaik sahaja.
2.    Semasa ujian, berpakaian uniform lengkap.
3.    Masa tiada terhad. (lebih kurang 15 minit)

SILIBUS KAWAD (KAWAD BARU)

MASA MELAPUR
Sebelum melapur platun sarjan menentukan atau membariskan platun seperti berikut:
1.    Buka Barisan
2.    Kekanan Lurus / Pandang Depan
3.    Dari kanan Nombor
4.    Lapur

CARA MELAPUR
Jika pegawai berpangkat Inspektor ke atas hendaklah beri tabik hormat.

Assalamualaikum Encik
Saya sarjan kadet (nama) ................ dari  sekolah (nama sekolah) .................... melapurkan seramai 34 orang anggota kadet siap sedia untuk diperiksa Encik/Tuan.

KAWAD STATIK
1.    Sedia / senang Diri
2.    Ke Kanan Lurus / Pandang Depan
3.    Buka Barisan / Tutup Barisan
4.    Hadapan / Belakanag Gerak
5.    Kanan / Kiri Gerak
6.    Hentak Kaki Perlahan / Cepat Masa Dan Berhenti
7.    Belakang / Kanan / Kiri Pusing

KAWAD HORMAT
1.    Hormat ke hadapan Hormat
2.    Hormat ke kanan / ke Kiri
3.    Selaku Terima Sijil

KAWAD TANGAN / KIRI (CEPAT/PERLAHAN JALAN)
1.    Berjalan dengan cepat/perlahan jalan dan berhenti.
2.    Belakang pusing dari skuad menghadap ke belakang/hadapan dan bergerak ke kanan/ kiri dalam masa cepat dan perlahan masa (perlahan jalan)
3.    Tukar langkah semasa berjalan cepat/perlahan masa
4.    Hentak kaki dan maju (berjalan cepat/perlahan masa)
5.    Bergerak ke kanan / ke kiri semasa berjalan cepat dan perlahan masa.
6.    Tukar langkah cepat ke perlahan jalan/perlahan ke cepat jalan.

PARASKAN SKUAD
Jadikan satu barisan paras yang tinggi ke kanan rendah ke kiri dalam satu barisan paras.
1.    Paras
2.    Nombor
3.    Gerak
4.    Pusing
5.    Berjalan
6.    Kemaskan baris skuad/platun
7.    Perkenalkan skuad/platun

AKHIR UJIAN
Lapur dan selesai ujian.
Platun hendaklah di dalam:
1.    Sedia/senang diri/sedia.
2.    Tutup barisan gerak
3.    Luruskan barisan

CARA MELAPUR
Assalamualaikum Encik.
Saya sarjan kadet (nama).................telah selesai ujian kawad mohon untuk menjalankan tugas lain Encik.

Terima kasih Encik.

Bawa platun keluar.

Sabtu, 6 Mac 2010

Pakaian Seragam dan Lencana-Lencana Pasukan Kadet Polis

Masih terdapat pertanyaan tentang tatcara pemakaian pakaian seragam dan lencana-lencana Pasukan Kadet Polis di peringkat daerah dan juga Pegawai-pegawai Kanan Kadet Polis sendiri. Masih terdapat pegawai dan anggota Kadet Polis yang tidak mematuhi kehendak-kehendak pemaian pakaian seragam yang telah ditetapkan terutama bagai pegawai kanan Kadet Polis yang enggan memakai lencana bahu seperti ditetapkan dan juga anggota-anggota kadet yang masih memakai lencana bahu yang diperbuat daripada logam.


Sehubungan dengan itu di sini saya akan menjelaskan tentang tatacara pemakaian uniform dan lencana-lencana pasukan kadet polis.

BAJU
Baju kemeja potongan polis biasa berlengan pendek. Pegaai berpangkat Sarjan Mejar ke atas boleh memakai 'bush jacket' sebagai pilihan. Bagi anggota Kadet Wanita memakai 'bush jacket' berlengan panjang.

SELUAR
Seluar panjang

BERET POLIS
Semua ahli pasukan kadet dikehendaki memakai beret sebagai penutup kepala.

KAIN TUDUNG
Kadet wanita dibenarkan memakai tudung kepala berwarna baju sebagai pilihan. Pemakaiannya mestilah kemas dan bahagian bawah tudung hendaklah dimasukan ke dalam baju.

LENCANA POLIS
Lencana Polis Diraja Malaysia hendaklah dipakai pada beret dengan dilapik dengan pelapik biru muda (turquoise)

LENCANA BAHU
Lencana bahu kain berwarna biru muda yang bertulis warna putih 'KADET POLIS' hendaklah dipakai 3 cm di bawah lidah bahu baju kanan dan kiri bagi semua Pegawai Kanan dan anggota kadet.

TALI PINGGANG
Tali pinggang nilon berwarna biru gelap. Kepala tali pinggang berlambang Polis Diraja Malaysia.

BUTANG BAJU
Butang plastik warna baju berukuran sedang bagi APR/anggota dan butang logam bagi pegaai kanan.

KASUT
Kasut Potong kulit bertali berwarna hitam.

WISEL
Sama seperti bentuk wisel polis

SARUNG KAKI
Sarung kaki nilon berwarna hitam

APULET
Pegawai Kanan memakai apulet berwarna biru/hitam

LENCANA KOLAR
Dipakai dihujung kolar baju nan dan kiri bagi semua Pegawai Kanan dan angggota kadet.

LENCANA PANGKAT
Struktur dan bentuk pangkat bagi Pegawai Kanan Kadet sama dengan Pegawai Kanan Polis biasa. Bagai Pegawai Pangkat Rendah mengikut ukuran yang telah ditetapkan dan dipakai di kanan dan kiri lidah bahu baju.

LENCANA SEKOLAH
Lencana sekolah hendaklah dipakai di tengah-tengah poket sebelah kiri baju.

TANDA NAMA
Tanda nama berwarna hitam berukuran 2 cm x 7 cm hendaklah dipakai di atas poket sebelah kanan baju.

MAFLAR
Penutup leher (maflar) berwarna muda hendaklah dipakai semasa perbarisan rasmi dan perbarisan perkhemahan tahunan.

WARNA PAKAIAN
Warna biru gelap sama seperti pakaian Polis Biasa.

REBEN
Pegawai dan anggota kadet dibenarkan memakai reben mengikut warna tahap kelulusan ujian yang telah ditetapkan di atas poket baju sebelah kiri.



Sumber
Polsi Diraja M'sia Bukit Aman




Ahad, 26 Julai 2009

Pengurusan Pasukan Kadet Polis Sekolah

1. Dasar Penubuhan

Polis Diraja Malaysia telah menetapkan penubuhan platun PKP bagi setiap daerah berdasarkan pangkat Ketua Polis Daerah seperti berikut:


Pangkat ACP - Sekurang2nya 5 buah sekolah
Pangkat Supt. - Sekurang2nya 3 buah sekolah

Pangkat DSP/ASP - Sekurrang2nya 2 buah sekolah


Pengertua sekolah perlulah membuat satu permohonan bagi menubuhkan PKP dengan mengisi borang Jadual Pertama (Kaedah 5) seperti dilampirkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan sokonganya, dan seterusnya memanjangkan permohonan tersebut ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk menapatkan kelulusan Menteri Dalam Negeri.



2. Organisasi

Setiap platun PKP dianggotai seramai 35 orang iaitu seorang inspektor kadet sebagai Komander Platun, seorang sarjan kadet sebagai Sarjan Platun, tiga orang koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 30 orang sebagai anggota kadet. Setiap empat platun atau lebih akan dijadikan satu kompeni dengan berjawatan seorang ASP Kadet sebagai Komander kompeni, seorang inspektor kadet sebagai Komander Platun, seorang sub inspektor kadet sebagai Sab-Inspektor Kompeni, seorang sarjan mejar sebagai Sarjan Mejar Kompeni, empat orang sarjan kadet senbagai Sarjan Platun, dua belas koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 120 Anggota Kadet.


3. Permohonan Menjadi Ahli

Permohonan bagi menjadi Peggawai Kanan PKP hendaklah dibuat mengikut borang daloam Jadul Ketiga (Kaedah 7) seperti lampiran dan henaklah dihantar kepada Ketua Polis Negara untuk mendapatkan kelulusan.

Permohonan bagi pendaftaran ahli PKP hendaklah dibuat mengikut borang dalam Jadul Ketiga (Kaedah 6) seperti lampiran dan dikehendaki hadir di hadapan satu jawatankuasa pemilihan yang terdiri daripada tiga orang yang dilantik oleh Ketua Polis Negeri seperti berikut:-
- Ketua Polis Daerah/wakil
- Pegawai Pendidikan Daerah/Wakil
- Pengetua Sekolah/Wakil


4. Kuasa Melantik

Kuasa melanbtik Pegawai Kanan, Pegawai Rendah dan Ahli Kadet adalah seperti berikut:-
- Perlantikan Pegawai Kanan PKP berpangkat Asisten Superitenden ke atas oleh Ketua Polis Negara dengan persetujuan Menteri Dalam Negeri.
- Perlantikan Pegawai Kanan PKP berpangkat inspektor oleh Ketua Polis Negara.
- Perlantikan Pegawai Pangkat Rendah PKP dan Anggota Kadet oleh Ketua Polis Negeri.


5. Syarat-syarat Kelayakan

Pendaftaran masuk ke dalam PKP adlah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
- Pelajar2 sekolah menengah yang berumur tidak melebihi 21 tahun dan tidak kurang daripada 14 tahun.
- Guru2 dan Pegawai-pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 50 tahun.
- Anggota-anggota daripada pasukan Kadet Tentera, Kadet Bomba, St John dan unit-unit beruniform yang lain tidak boleh menjadi anggota PKP.
- Semua pelajar lelaki hendaklah mempunyai ketinggian 125 cm atau lebih dan semua guru/pegawai pendidikan lelaki hendaklah mempunyai ketinggian 150 cm atau lebih.
- Semua pelajar wanita hendaklah mempunyai ketinggian 120 cm atau lebih dan semua guru/pegawai pendidikan wanita hendaklah mempunyai ketinggian 150 cm atau lebih.
- Setiap permohon mempunyai tubuh badan yang sihat dan diakui oleh Pegawai Perubatan.
- Setiap permohonan hendaklah diperakui dan disokong oleh Pengetua Sekolah.



6. Perletakan Jawatan


Seseorang anggota PKP boleh meletakkan jawatan dengan memberi notis bertulis sebulan kepada Pegawai Pemerintah, mengikut Seksyen 71, Akta Polis 1967.


7. Latihan/Aktiviti


Ketua Polis Daerah bertanggungjawab memberi apa-apa latihan kepada ahli-ahli PKP mengikut sukatan dan skim latihan yang ditetapkan oleh Ketua Polis Negara seperti berikut:-

- Pengetahuan Am Kepolisan

Perkara-perkara yang berkaitan dengan pengetahunn am kepolisan meliputi kawat, syarahan undag-undang, latihan menembak, perkhemahan dan sebagainya.


- Bina diri/kreativiti
Semua anggota kadet hendaklah didedahkan dan digalakkan memupuk minat trerhadap hobi masing-masing melalui projek-projek seperti mengumpul setem, menyediakan model-model, cara-cara memask, menggubah bunga dan sebagainya.

- Khidmat masyarakat

Aktiviti2 ini hendaklah dibina ke arah mewujudkan masyarakat penyayang. Latihan-latihan kebombaan dan pertolongan cemas serta lawatan kerumah-rumah kebajikan dan kerja-kerja amal di kalangan masyakarat hendaklah dijalankan berterusan.


- Ketahanan diri

Latihan ini dilakukan dalam bentuk mengembara, ekspedisi, berkayak, berbasikal, merentas halangan, jalan lasak, seni mempertahankan diri, pandu arah dan sebagainya yang boleh dilaksanakan semasa perkhemahan tahunan.


- Kepimpinan
Semua pegawai kanan dan pegawai rendah kadet polis hendaklah dilatih dalam aspek kepimpinan, pengurusan platun dan motivasi agar mereka mempunyai daya kepempinan terhadap anggota bawahan dengan lebih baik.



8. Pakaian Seragam


Anggota2 PKP hendaklah dilengkapkan dengan pakaian seragam sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Polis Negara. Anggota2 PKP hendaklah memakai pakaian seragam yang telah diluluskan oleh Ketua Polis Negara. - Semasa bertugas/latihan dan majlis-majlis lain sebagaimana yang diluluskan oleh Pegawai Pemerintah. - Dalam mesyuarat, perbarisan dan majlis-majlis lain sebagaimana yang diluluskan oleh Pegawai Pemerintah. - Pada bila-bila masa yang dibenarkan oleh Pegawai Pemerintah. Jenis/Peralatan pakaian seragam yang ditetapkan kepada sanggota kadet.
Pakaian Kawat (Drill Order) But kawat, 'angklet', tali pinggang hitam (untuk kawat biasa), selempang butih (utk kawat perbarisan). Tatacra pemakaian pakaian seragam kadet polis lelaki dan perempuan spt di bawah:


Sabtu, 25 Julai 2009

Gambar Kenangan Perkhemahan KP Di Tmn Negara

Syabas!!! dan tahniah kepada semua anggota kadet ipdjbs, guru-guru kadet dan pegawai dan anggota polis yang telah menjayakan perkhemahan tahunan kadet polis pada tahun ini. Insyallah..tahun depan kp ipdjbs akan berkhemah di tempat yang lebih mencabar.

Selasa, 7 Julai 2009

SUART PERKHEMAHAN KADET IPDJBS



Sila copy surat di atas atau download melalui link di bawah dah serahkan kepada pejabat sekolah masing-masing untuk diminitkan.

1. Surat Perkhemahan Tahunan Kor Kadet Polis 2009 (IPDJBS). http://www.ziddu.com/download/5512252/SuratPerkhemahanTmnNegaraSelai.doc.html

2.Surat Kebenaran Perkhemahan Tahunan 2009 (PPDJB). http://www.ziddu.com/download/5512470/SuratPerkhemahanTmnNegaraSelai2.doc.html

Sekian.


Ahad, 5 Julai 2009

PERKHEMAHAN KADET POLIS IPDJBS

MAKLUMAN TERKINI II


Taklimat perkhemahan tahunan kor kadet polis ipdjbs telah diadakan pada pagi ini jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat IPD Johor Bahru Selatan yang telah dipengerusikan oleh Timb. Ketua Polis II, IPDJBS.

Antara intipati taklimat tersebut adalah:
1. Lawatan tapak kali kedua akan dilakukan pada hari selasa 7 julai bagi memastikan tapak perkhemahan tersebut adalah selamat untuk para perserta.
2. Para pelajar yang mengalami penyakit konik seperti asma, jantung dll. dinasihatkan tidak menyertai program perkhemahan ini.
3. Guru penasihat setiap sekolah yang menyertai program ini diminta menyediakan surat kebenaran ibu bapa.
4. Bayaran penyertaan setiap peserta adalah RM30 seorang dan pembayaran hendaklah dibuat semasa pendaftaran di balai polis larkin. Sila sediakan bayaran secukupnya mengikut bilangan peserta.

5. Tempat berkumpul adalah di hadapan stadium larkin. Pastikan semua peserta perkhemahan berada di sana sebelum jam 8.00 pagi.
6. Guru-guru yang membawa kenderaan boleh park kenderan di dalam kawasan balai.
7. Guru penasihat diminta berbincang dengan anggota kadet mengenai bahan makanan yang hendak dibawa semasa perkhemahan 3 hari 2 mlm.
8. Para anggota diminta membawa khemah sendiri. Sila pastikan khemah yang dibawa boleh digunakan.
9. Oleh kerana sistem telekomunikasi terputus sama sekali, maka setiap peserta perkhemahan diminta meningalkan no. tel. yang perlu dihubungi kepada ibubapa atau penjaga. Hal Ehwal Awam IPDJBS 07-2232222.

Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan insp/k adnan.

Sekian.





PERKHEMAHAN KADET POLIS IPDJBS

MAKLUMAN TERKINI

Kepada insp/k yang terlibat dengan Perkhemahan di Tmn Negara Selai, sila semak senarai nama pelajar melalui link berikut

http://www.mediafire.com/?nzyuy3z32kt


Sekiranya terdapat sebarang perubahan sila maklumkan dengan kadar SEGERA kepada setiausaha.

Sila buka link berikut
http://www.mediafire.com/?mnqow5imdut untuk mengetahui keperluan peralatan sepanjang perkemahan.

Sekian untuk makluman.