Isnin, 20 Februari 2012

Kelas Pengenalan Senjata

Perhatian kepada semua pegawai kanan kor kadet IPDJBS.


Terdapat perubahan tempat untuk kelas pengenalan senjata yang dijadualkan pada 22/2/2012, Rabu ini.
Tempat baru masih belum dimuktamadkan. Sila layari blog ini dari semasa ke semasa untuk mendapatkan info terkini.

Sila buat semakan senarai nama pegawai dan anggota yang terlibat dengan kurusu tersebut DI SINI

Untuk makluman...pihak HEA IPDJBS telah menghantar fax ke PPD masing-masing berkenaan dengan program menembak pada 22 dan 25 Feb ini. Sila layari laman web PPD masing-masing atau berhubung dengan pegawai PPD yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan.  Surat tsb boleh diperolehi DI SINI

Khamis, 16 Februari 2012

Latihan Menembak Kadet Polis IPDJBS


Latihan menembak kor kadet polis akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh 1: 22.2.2012 (Kelas Latihan Menembak)
Hari: Rabu
Masa: 2.30 ptg. - 4.30 ptg.
Tempat: SM Teknik Perdagangan
Pakaian: Half Uniform

Tarikh 2: 25.2.2012 (Latihan Menembak)
Hari: Sabtu
Masa: 5.00 pg. - 5.00 ptg.
Tempat: Lapang Sasar Bukit Kangkar, Muar.
Pakaian: Full Uniform

Sasaran: 12 orang anggota kadet + 1 orang guru 
Bayaran Penyertaan: RM 10 seorang.
Pengangkutan untuk ke tempat menembak pada hari sabtu 25 Feb disediakan oleh PDRM.
Sehubungan dengan itu sila emailkan senarai nama guru dan anggota yang terlibat ke supkpipdjbs@gmail.com sebelum JUMAAT 17 Feb 2012.

Zon P.Gudang 1
Tempat menunggu - SMK Taman Daya 1
Sekolah-sekolah yang terlibat SMK Tmn Daya 1, SMK Tmn Daya 2, SMK Taman Daya 3, SMK Mount Austin, SMK Puteri Wangsa

Zon P.Gudang 2
Tempat menunggu - SMK Permas Jaya 2
Sekolah-sekolah yang terlibat SMK Permas Jaya, SMK Permas Jaya 2, SMK Permas Jaya 3

Zon Bandar
Tempat menunggu - Pusat Kokurikulum JPNJ Tasek Utara

Kategori yang dipertandingkan:
Individu Lelaki dan Perempuan
Johan, N.Johan dan Ke-3

Platun Lelaki dan Perempuan
Johan, N.Johan dan Ke-3

Pegawai Kadet
Johan, N.Johan dan Ke-3


Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan s/u Insp.K Adnan di talian 0178877247

Rabu, 1 Februari 2012

Mesyuarat 1 Kor Kadet Polis IPDJBS

Mesyuarat tsb. akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 15 FEB 2012
Hari: Rabu
Masa: 2.30 ptg.
Tempat: Bilik Mesyuarat PPD JB (lama)

Semua pegawai kanan kadet dikehendaki memakai uniform lengkap semasa mesyuarat tersebut.
Pastikan guru utama kor kadet sekolah masing-masing hadir.
Sila bawa bersama maklumat pasukan kor kadet sekolah masing-masing dgn melengkapkan borang yg telah disediakan di SINI.

Sekian utk makluman.
Sebarang pertanyaan sila berhubung dgn s/u Insp.K Adnan di talian 017-8877247

Surat Panggilan Mesyuarat KLIK DI SINI

Sabtu, 21 Januari 2012

CNY


Kami daripada Kor Kadet Polis IPD Johor Bahru Selatan mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh pegawai dan anggota kadet polis yang meraikannya. Selamat bercuti dan berhati-hati semasa memandu.

AKTIVITI KADET POLIS IPDJBS 2012

Salam kepada semua pegawai kadet dan anggota kadet.
Aktiviti tahunan kor kadet polis ipdjbs akan bermula seawal bulan FEB.
Selepas cuti sambutan Tahun Baru Cina satu mesyuarat penyelarasan akan diadakan dan latihan dan pertandingan menembak akan dijalankan pada bulan itu juga.
Senarai penuh aktiviti tahunan 2012 akan diuplodkan kemudian.
Sekian.
 

Isnin, 11 Julai 2011

LATIHAN MENEMBAK KADET POLIS

Dukacita dimaklumkan bahawa Program Latihan Menembak Pasukan Kor Kadet Polis IPDJBS pada Sabtu, 16 JULAI ini adalah  DIBATALKAN disebabkan masalah transport tidak mencukupi. Namun begitu pihak urusetia dan PDRM tetap berusaha untuk mencari tarikh lain yang sesuai.

Sekian untuk makluman.

Rabu, 15 Jun 2011

LATIHAN MENEMBAK KADET POLIS

Program Menembak Kadet Polis IPDJBS akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Kelas Latihan Menembak (Wajib Hadir)
Tarikh: 6 JULAI 2011, Rabu
Masa: 2.30 ptg. - 5.00 ptg.
Tempat: SM TEKNIK PERDAGANGAN
*Surat kebenaran PPDJB boleh dilihat di SINI


Latihan Menembak
Tarikh: 16 JULAI 2011, Sabtu
Masa: 7.30 pg. - 5.00 ptg.
Tempat: Lapang Sasar, Bukit Kangkar Muar.

Kepada sekolah-sekolah yg berminat sila emailkan senarai nama 2 guru + 10 pelajar kepada saya.
Sekian.

Selasa, 14 Jun 2011

SIJIL PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS

Mohon kerjasama guru-guru kadet yang terlibat dgn perkhemahan kadet yg lalu untuk menyemak senarai nama pelajar spt yg dilampirkan untuk urusan sijil.
Sila emailkan kpd saya senarai nama yg telah disemak selewat-lewatnya hari Khamis ini.
Lampiran - senarai nama

Rabu, 1 Jun 2011

Rabu, 25 Mei 2011

Makluman TERKINI

1. Pergerakan ke tapak perkhemahan di Tmn Negeri Endau Rompin adalah pada jam 8.00 pagi. Sehubungan itu semua peserta dan guru yang terlibat diminta berada di station-station yang telah ditetapkan seawal jam 7.00 pagi. Trak polis akan berada di station-station tsb. Sila patuhi arah yang ditetapakan oleh anggota polis yg bertugas.

PERUBAHAN TEMPAT MENUNGGU...SEMUA SEKOLAH ZON BANDAR DI MINTA BERKUMPUL DI SMK SULTAN ISMAIL (SSI). KENDERAAN GURU BOLEH DILETAKKAN DI SEK. TSB.
STATION 1 ..................
SMK SULTAN ISMAIL   
SMK AMINUDDIN BAKI   
SMK ENGKU TUN AMINAH   
SMK DATO JAFAAR   
SMK (P) IBRAHIM   
SM CONVENT   
SMK TUN SYED NASIR   
SMV AZIZAH   
SMT PERDAGANGAN   
SMT TANJUNG PUTERI   
SM TUN FATIMAH   
SMK TASEK UTARA 2

STATION 2-SMK TMN DAYA 1
SMK TAMAN DAYA   
SMK TAMAN DAYA 2
SMK TAMAN DAYA 3

STATION 3-SMK PERMAS JAYA
SMK PERMAS JAYA 2

STATION 3-PETRONAS PUTERI WANGSA
SMK PUTERI WANGSA

2. Semua anggota kadet dan guru hendaklah berpakaian UNIFORM LENGKAP kadet polis semasa bergerak ke tapak perkhemahan.

3. Diingatkan bahawa pelajar dikehendaki membawa khemah, peralatan memasak dan makanan basah/kering sendiri. Guru dinasihatkan membantu pelajar merancang keperluan-keperluan yang hendak di bawa. Sebagai panduan sila rujuk lampiran senarai keperluan perkhemahan.Pastikan juga pakaian yang di bawa adalah mencukupi untuk 4 hari 3 malam.

4. Yuran penyertan perkhemahan hendaklah diserahkan kepada bendahari samada semasa hari pendaftaran atau melalui akaun bank yang telah dimaklumkan sebelum ini.

5.Sila pastikan surat kebenaran ibu bapa telah diperolehi sebelum pelajar menyertai program ini.

6. Kepada guru yang membawa kenderaan sendiri sila dapatkan stiker kenderaan DI SINI yg ditetapkan dan hendaklah sentiasa bersama konvoi disepanjang perjalan ke tapak perkhemahan.

7. GURU DAN PELAJAR DINASIHATKAN UNTUK MEMBAWA BEKALAN MAKANAN DAN MINUMAN SENDIRI SEMASA PERGERAKAN KE TAPAK PERKHEMAHAN KERANA KONVOI TIDAK AKAN BERHENTI UTK MAKAN DAN MINUM.

Sekian utk makluman. Sebarang kemuskilan sila berhubung dengan Insp.k Adnan ditalian 017-8877247.