Khamis, 26 Februari 2009

PAKAIAN SERAGAM PASUKAN KADET POLIS

1. BAJU

Baju kemeja potongan polis biasa berlengan pendek. Pegawai berpangkat Sarjan Mejar ke atas boleh memakai 'bush jacket' sebagai pilihan. Bagi anggota Kadet Wanita memakai 'bush jacket' berlengan panjang.


2. SELUAR

Seluar panjang


3. BERET POLIS

Semua ahli Pasukan Kadet dikehendaki memakai beret sebagai penutup kepala.


4. LENCANA POLIS

Lencana Polis Diraja Malaysia hendaklah dipakai pada beret, dengan dilapik dengan pelapik biru (turquoise).


5. LENCANA BAHU

Lencana bahu kain yang bertulis 'KADET POLIS' hendaklah dipakai 3 cm di bawah lidah bahu di kanan dan kiri.


6. TALI PINGGANG

Tali pinggang nilon berwarna biru. Kepala tali pinggang berlambangkan Polis Diraja Malaysia.


7. BUTANG BAJU

Butang plastik berukuran sedang berwarna baju bagi APR (Anggota Pangkat Rendah)/anggota dan butang logam bagi pegawai kanan.


8. KASUT

Kasut Potong kulit bertali berwarna hitam.


9. WISEL

Sama seperti bentuk wisel polis


10. SARUNG KAKI

Sarung kaki nilon berwarna hitam.


11. APULET

Pegawai Kanan memakai apulet berwarna biru/hitam


12. LENCANA KOLAR

Dipakai di hujung kolar baju kanan dan kiri bagi semua pegawai dan anggota kadet.


13. LENCANA PANGKAT

Bagi Pegawai Kanan, struktur dan bentuk adalah sama dengan Pegawai Kanan Polis biasa. Bagi Pegawai Pangkat Rendah mengikut ukuran yang telah ditetapkan dan dipakai di kanan dan di kiri lidah bahu baju.


14. LENCANA SEKOLAH

Lencana sekolah hendaklah dipakai di tengah-tengah poket sebelah kiri baju.


15. TANDA NAMA

Tanda nama berwarna hitam berukuran 2 cm x 7 cm hendaklah dipakai di atas poket sebelah kanan baju.


16. TALI LEHER

Tali leher PDRM berjalur berwarna biru tua hendaklah dipakai semasa perbarisan rasmi dan perbarisan perkhemahan tahunan. Permakaiannya sebagaimana yang telah ditetapkan.


17. WARNA PAKAIAN SERAGAM

Baju - biru gelap

Seluar - panjang biru gelap

Isnin, 23 Februari 2009

Mesyuarat Kor Kadet Polis

MESYUARAT KOR KADET POLIS IPD JOHOR BAHRU SELATAN 2009

Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 24 Februari 2009 (ISNIN)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan, PPD Johor Bahru

SEKOLAH ZON BANDAR

SMK TUN SYED NASIR ISMAIL

SMK SULTAN ISMAIL

SMK SERI TEBRAU

SMK DATO JAAFAR

SMK AMINUDIN BAKI

SMK TEKNIK TANJUNG PUTERI

SM (P) SULTAN IBRAHIM

SM MAKTAB SULTAN ABU BAKAR

SM ST JOSEPH

SM TASEK UTARA

SM TASEK UTARA 2

SM TEKNIK PERDAGANGAN

SM VOKASIONAL AZIZAH

SM TUN FATIMAH

SM IJ CONVENT

SM ENGKLU TUN AMINAH

SMK MOHD KHALID

SMK PELANGI INDAH

SMK TEKNIK

SMK TAMAN PELANGI

S SENI J/BAHRU

SEKOLAH ZON PASIR GUDANG

SMK PERMAS JAYA 1

SMK PERMAS JAYA 2

SMK PERMAS JAYA 3

SM AGAMA MAHAD

SM FELDA ULU TEBERAU

SM TAMAN DAYA

SM PUTERI WANGSA

SMK PELANGI INDAH

SMK TAMAN DAYA 2

SMK TAMAN DAYA 3

SMK TAMAN DESA TEBERAU

SM MOUNT AUSTIN


Harap Maklum.


Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web ppd

Jumaat, 6 Februari 2009

KATA PERINTAH KAWAT TANGAN TANPA SENJATA.


SEDIA

Kata perintah - “Skuad, skuad…..sdia”

Kata perintah dengan nombor - “Skuad sedia dengan nombor , Skuad……up”

more...