Ahad, 28 Mac 2010

Jumaat, 26 Mac 2010

Khamis, 11 Mac 2010

Syarat Pertandingan Kawad

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

PAKAIAN UNIFORM
1.    Uniform Kadet Polis yang dibekalkan kepada kadet yang dibenarkan (Beret. Lencana PDRM, Kasut Kawad, Angklet Putih, Tali Pinggang Putih dan Selempang Putih).
2.    Lencana kolar
3.    Tanda nama warna hitam berukuran 2 cm x 7 cm
4.    Tanda pangkat mengikut ukuran yang ditetapkan dan dipakai di kanan dan kiri lidah bahu baju.
5.    Butang plastik sahaja.
6.    Rantai dan wisel.
7.    Lencana bahu kain warna biru tua ”Kadet Polis”.

KEKEMASAN DIRI (Ketrampilan)
1.    Rambut hendaklah dipotong slope (lelaki) bagi wanita rambut yang panjang hendaklah disanggul dengan jaring hitam atau bertudung warna pakaian kadet.
2.    Misai dan janggut tidak dibenarkan.
Sekiranya platun gagal mematuhi syarat di atas potongan satu markah akan dikenakan kepada setiap kesalahan.

SISTEM PEMARKAHAN
1.    Gaya Rupa (Turn Out)                                            -    20%
2.    Menegur / Mengawal Squad(untuk platun sarjan)    -    20%
3.    Kata-kata Perintah                                                 -    20%
4.    Pergerakan/Gaya Rupa Berjalan                             -    20%
5.    Displin Pasukan / Individu                                       -    20%
Jumlah Keseluruhan                                                       -    100%

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KAWAD INDIVIDU
1.    Setiap platun lelaki/wanita dikehendaki menghantar 2 peserta terbaik sahaja.
2.    Semasa ujian, berpakaian uniform lengkap.
3.    Masa tiada terhad. (lebih kurang 15 minit)

SILIBUS KAWAD (KAWAD BARU)

MASA MELAPUR
Sebelum melapur platun sarjan menentukan atau membariskan platun seperti berikut:
1.    Buka Barisan
2.    Kekanan Lurus / Pandang Depan
3.    Dari kanan Nombor
4.    Lapur

CARA MELAPUR
Jika pegawai berpangkat Inspektor ke atas hendaklah beri tabik hormat.

Assalamualaikum Encik
Saya sarjan kadet (nama) ................ dari  sekolah (nama sekolah) .................... melapurkan seramai 34 orang anggota kadet siap sedia untuk diperiksa Encik/Tuan.

KAWAD STATIK
1.    Sedia / senang Diri
2.    Ke Kanan Lurus / Pandang Depan
3.    Buka Barisan / Tutup Barisan
4.    Hadapan / Belakanag Gerak
5.    Kanan / Kiri Gerak
6.    Hentak Kaki Perlahan / Cepat Masa Dan Berhenti
7.    Belakang / Kanan / Kiri Pusing

KAWAD HORMAT
1.    Hormat ke hadapan Hormat
2.    Hormat ke kanan / ke Kiri
3.    Selaku Terima Sijil

KAWAD TANGAN / KIRI (CEPAT/PERLAHAN JALAN)
1.    Berjalan dengan cepat/perlahan jalan dan berhenti.
2.    Belakang pusing dari skuad menghadap ke belakang/hadapan dan bergerak ke kanan/ kiri dalam masa cepat dan perlahan masa (perlahan jalan)
3.    Tukar langkah semasa berjalan cepat/perlahan masa
4.    Hentak kaki dan maju (berjalan cepat/perlahan masa)
5.    Bergerak ke kanan / ke kiri semasa berjalan cepat dan perlahan masa.
6.    Tukar langkah cepat ke perlahan jalan/perlahan ke cepat jalan.

PARASKAN SKUAD
Jadikan satu barisan paras yang tinggi ke kanan rendah ke kiri dalam satu barisan paras.
1.    Paras
2.    Nombor
3.    Gerak
4.    Pusing
5.    Berjalan
6.    Kemaskan baris skuad/platun
7.    Perkenalkan skuad/platun

AKHIR UJIAN
Lapur dan selesai ujian.
Platun hendaklah di dalam:
1.    Sedia/senang diri/sedia.
2.    Tutup barisan gerak
3.    Luruskan barisan

CARA MELAPUR
Assalamualaikum Encik.
Saya sarjan kadet (nama).................telah selesai ujian kawad mohon untuk menjalankan tugas lain Encik.

Terima kasih Encik.

Bawa platun keluar.

Sabtu, 6 Mac 2010

Pakaian Seragam dan Lencana-Lencana Pasukan Kadet Polis

Masih terdapat pertanyaan tentang tatcara pemakaian pakaian seragam dan lencana-lencana Pasukan Kadet Polis di peringkat daerah dan juga Pegawai-pegawai Kanan Kadet Polis sendiri. Masih terdapat pegawai dan anggota Kadet Polis yang tidak mematuhi kehendak-kehendak pemaian pakaian seragam yang telah ditetapkan terutama bagai pegawai kanan Kadet Polis yang enggan memakai lencana bahu seperti ditetapkan dan juga anggota-anggota kadet yang masih memakai lencana bahu yang diperbuat daripada logam.


Sehubungan dengan itu di sini saya akan menjelaskan tentang tatacara pemakaian uniform dan lencana-lencana pasukan kadet polis.

BAJU
Baju kemeja potongan polis biasa berlengan pendek. Pegaai berpangkat Sarjan Mejar ke atas boleh memakai 'bush jacket' sebagai pilihan. Bagi anggota Kadet Wanita memakai 'bush jacket' berlengan panjang.

SELUAR
Seluar panjang

BERET POLIS
Semua ahli pasukan kadet dikehendaki memakai beret sebagai penutup kepala.

KAIN TUDUNG
Kadet wanita dibenarkan memakai tudung kepala berwarna baju sebagai pilihan. Pemakaiannya mestilah kemas dan bahagian bawah tudung hendaklah dimasukan ke dalam baju.

LENCANA POLIS
Lencana Polis Diraja Malaysia hendaklah dipakai pada beret dengan dilapik dengan pelapik biru muda (turquoise)

LENCANA BAHU
Lencana bahu kain berwarna biru muda yang bertulis warna putih 'KADET POLIS' hendaklah dipakai 3 cm di bawah lidah bahu baju kanan dan kiri bagi semua Pegawai Kanan dan anggota kadet.

TALI PINGGANG
Tali pinggang nilon berwarna biru gelap. Kepala tali pinggang berlambang Polis Diraja Malaysia.

BUTANG BAJU
Butang plastik warna baju berukuran sedang bagi APR/anggota dan butang logam bagi pegaai kanan.

KASUT
Kasut Potong kulit bertali berwarna hitam.

WISEL
Sama seperti bentuk wisel polis

SARUNG KAKI
Sarung kaki nilon berwarna hitam

APULET
Pegawai Kanan memakai apulet berwarna biru/hitam

LENCANA KOLAR
Dipakai dihujung kolar baju nan dan kiri bagi semua Pegawai Kanan dan angggota kadet.

LENCANA PANGKAT
Struktur dan bentuk pangkat bagi Pegawai Kanan Kadet sama dengan Pegawai Kanan Polis biasa. Bagai Pegawai Pangkat Rendah mengikut ukuran yang telah ditetapkan dan dipakai di kanan dan kiri lidah bahu baju.

LENCANA SEKOLAH
Lencana sekolah hendaklah dipakai di tengah-tengah poket sebelah kiri baju.

TANDA NAMA
Tanda nama berwarna hitam berukuran 2 cm x 7 cm hendaklah dipakai di atas poket sebelah kanan baju.

MAFLAR
Penutup leher (maflar) berwarna muda hendaklah dipakai semasa perbarisan rasmi dan perbarisan perkhemahan tahunan.

WARNA PAKAIAN
Warna biru gelap sama seperti pakaian Polis Biasa.

REBEN
Pegawai dan anggota kadet dibenarkan memakai reben mengikut warna tahap kelulusan ujian yang telah ditetapkan di atas poket baju sebelah kiri.



Sumber
Polsi Diraja M'sia Bukit Aman