Sabtu, 6 Mac 2010

Pakaian Seragam dan Lencana-Lencana Pasukan Kadet Polis

Masih terdapat pertanyaan tentang tatcara pemakaian pakaian seragam dan lencana-lencana Pasukan Kadet Polis di peringkat daerah dan juga Pegawai-pegawai Kanan Kadet Polis sendiri. Masih terdapat pegawai dan anggota Kadet Polis yang tidak mematuhi kehendak-kehendak pemaian pakaian seragam yang telah ditetapkan terutama bagai pegawai kanan Kadet Polis yang enggan memakai lencana bahu seperti ditetapkan dan juga anggota-anggota kadet yang masih memakai lencana bahu yang diperbuat daripada logam.


Sehubungan dengan itu di sini saya akan menjelaskan tentang tatacara pemakaian uniform dan lencana-lencana pasukan kadet polis.

BAJU
Baju kemeja potongan polis biasa berlengan pendek. Pegaai berpangkat Sarjan Mejar ke atas boleh memakai 'bush jacket' sebagai pilihan. Bagi anggota Kadet Wanita memakai 'bush jacket' berlengan panjang.

SELUAR
Seluar panjang

BERET POLIS
Semua ahli pasukan kadet dikehendaki memakai beret sebagai penutup kepala.

KAIN TUDUNG
Kadet wanita dibenarkan memakai tudung kepala berwarna baju sebagai pilihan. Pemakaiannya mestilah kemas dan bahagian bawah tudung hendaklah dimasukan ke dalam baju.

LENCANA POLIS
Lencana Polis Diraja Malaysia hendaklah dipakai pada beret dengan dilapik dengan pelapik biru muda (turquoise)

LENCANA BAHU
Lencana bahu kain berwarna biru muda yang bertulis warna putih 'KADET POLIS' hendaklah dipakai 3 cm di bawah lidah bahu baju kanan dan kiri bagi semua Pegawai Kanan dan anggota kadet.

TALI PINGGANG
Tali pinggang nilon berwarna biru gelap. Kepala tali pinggang berlambang Polis Diraja Malaysia.

BUTANG BAJU
Butang plastik warna baju berukuran sedang bagi APR/anggota dan butang logam bagi pegaai kanan.

KASUT
Kasut Potong kulit bertali berwarna hitam.

WISEL
Sama seperti bentuk wisel polis

SARUNG KAKI
Sarung kaki nilon berwarna hitam

APULET
Pegawai Kanan memakai apulet berwarna biru/hitam

LENCANA KOLAR
Dipakai dihujung kolar baju nan dan kiri bagi semua Pegawai Kanan dan angggota kadet.

LENCANA PANGKAT
Struktur dan bentuk pangkat bagi Pegawai Kanan Kadet sama dengan Pegawai Kanan Polis biasa. Bagai Pegawai Pangkat Rendah mengikut ukuran yang telah ditetapkan dan dipakai di kanan dan kiri lidah bahu baju.

LENCANA SEKOLAH
Lencana sekolah hendaklah dipakai di tengah-tengah poket sebelah kiri baju.

TANDA NAMA
Tanda nama berwarna hitam berukuran 2 cm x 7 cm hendaklah dipakai di atas poket sebelah kanan baju.

MAFLAR
Penutup leher (maflar) berwarna muda hendaklah dipakai semasa perbarisan rasmi dan perbarisan perkhemahan tahunan.

WARNA PAKAIAN
Warna biru gelap sama seperti pakaian Polis Biasa.

REBEN
Pegawai dan anggota kadet dibenarkan memakai reben mengikut warna tahap kelulusan ujian yang telah ditetapkan di atas poket baju sebelah kiri.



Sumber
Polsi Diraja M'sia Bukit Aman