Ahad, 26 Julai 2009

Pengurusan Pasukan Kadet Polis Sekolah

1. Dasar Penubuhan

Polis Diraja Malaysia telah menetapkan penubuhan platun PKP bagi setiap daerah berdasarkan pangkat Ketua Polis Daerah seperti berikut:


Pangkat ACP - Sekurang2nya 5 buah sekolah
Pangkat Supt. - Sekurang2nya 3 buah sekolah

Pangkat DSP/ASP - Sekurrang2nya 2 buah sekolah


Pengertua sekolah perlulah membuat satu permohonan bagi menubuhkan PKP dengan mengisi borang Jadual Pertama (Kaedah 5) seperti dilampirkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan sokonganya, dan seterusnya memanjangkan permohonan tersebut ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk menapatkan kelulusan Menteri Dalam Negeri.



2. Organisasi

Setiap platun PKP dianggotai seramai 35 orang iaitu seorang inspektor kadet sebagai Komander Platun, seorang sarjan kadet sebagai Sarjan Platun, tiga orang koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 30 orang sebagai anggota kadet. Setiap empat platun atau lebih akan dijadikan satu kompeni dengan berjawatan seorang ASP Kadet sebagai Komander kompeni, seorang inspektor kadet sebagai Komander Platun, seorang sub inspektor kadet sebagai Sab-Inspektor Kompeni, seorang sarjan mejar sebagai Sarjan Mejar Kompeni, empat orang sarjan kadet senbagai Sarjan Platun, dua belas koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 120 Anggota Kadet.


3. Permohonan Menjadi Ahli

Permohonan bagi menjadi Peggawai Kanan PKP hendaklah dibuat mengikut borang daloam Jadul Ketiga (Kaedah 7) seperti lampiran dan henaklah dihantar kepada Ketua Polis Negara untuk mendapatkan kelulusan.

Permohonan bagi pendaftaran ahli PKP hendaklah dibuat mengikut borang dalam Jadul Ketiga (Kaedah 6) seperti lampiran dan dikehendaki hadir di hadapan satu jawatankuasa pemilihan yang terdiri daripada tiga orang yang dilantik oleh Ketua Polis Negeri seperti berikut:-
- Ketua Polis Daerah/wakil
- Pegawai Pendidikan Daerah/Wakil
- Pengetua Sekolah/Wakil


4. Kuasa Melantik

Kuasa melanbtik Pegawai Kanan, Pegawai Rendah dan Ahli Kadet adalah seperti berikut:-
- Perlantikan Pegawai Kanan PKP berpangkat Asisten Superitenden ke atas oleh Ketua Polis Negara dengan persetujuan Menteri Dalam Negeri.
- Perlantikan Pegawai Kanan PKP berpangkat inspektor oleh Ketua Polis Negara.
- Perlantikan Pegawai Pangkat Rendah PKP dan Anggota Kadet oleh Ketua Polis Negeri.


5. Syarat-syarat Kelayakan

Pendaftaran masuk ke dalam PKP adlah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
- Pelajar2 sekolah menengah yang berumur tidak melebihi 21 tahun dan tidak kurang daripada 14 tahun.
- Guru2 dan Pegawai-pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 50 tahun.
- Anggota-anggota daripada pasukan Kadet Tentera, Kadet Bomba, St John dan unit-unit beruniform yang lain tidak boleh menjadi anggota PKP.
- Semua pelajar lelaki hendaklah mempunyai ketinggian 125 cm atau lebih dan semua guru/pegawai pendidikan lelaki hendaklah mempunyai ketinggian 150 cm atau lebih.
- Semua pelajar wanita hendaklah mempunyai ketinggian 120 cm atau lebih dan semua guru/pegawai pendidikan wanita hendaklah mempunyai ketinggian 150 cm atau lebih.
- Setiap permohon mempunyai tubuh badan yang sihat dan diakui oleh Pegawai Perubatan.
- Setiap permohonan hendaklah diperakui dan disokong oleh Pengetua Sekolah.



6. Perletakan Jawatan


Seseorang anggota PKP boleh meletakkan jawatan dengan memberi notis bertulis sebulan kepada Pegawai Pemerintah, mengikut Seksyen 71, Akta Polis 1967.


7. Latihan/Aktiviti


Ketua Polis Daerah bertanggungjawab memberi apa-apa latihan kepada ahli-ahli PKP mengikut sukatan dan skim latihan yang ditetapkan oleh Ketua Polis Negara seperti berikut:-

- Pengetahuan Am Kepolisan

Perkara-perkara yang berkaitan dengan pengetahunn am kepolisan meliputi kawat, syarahan undag-undang, latihan menembak, perkhemahan dan sebagainya.


- Bina diri/kreativiti
Semua anggota kadet hendaklah didedahkan dan digalakkan memupuk minat trerhadap hobi masing-masing melalui projek-projek seperti mengumpul setem, menyediakan model-model, cara-cara memask, menggubah bunga dan sebagainya.

- Khidmat masyarakat

Aktiviti2 ini hendaklah dibina ke arah mewujudkan masyarakat penyayang. Latihan-latihan kebombaan dan pertolongan cemas serta lawatan kerumah-rumah kebajikan dan kerja-kerja amal di kalangan masyakarat hendaklah dijalankan berterusan.


- Ketahanan diri

Latihan ini dilakukan dalam bentuk mengembara, ekspedisi, berkayak, berbasikal, merentas halangan, jalan lasak, seni mempertahankan diri, pandu arah dan sebagainya yang boleh dilaksanakan semasa perkhemahan tahunan.


- Kepimpinan
Semua pegawai kanan dan pegawai rendah kadet polis hendaklah dilatih dalam aspek kepimpinan, pengurusan platun dan motivasi agar mereka mempunyai daya kepempinan terhadap anggota bawahan dengan lebih baik.



8. Pakaian Seragam


Anggota2 PKP hendaklah dilengkapkan dengan pakaian seragam sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Polis Negara. Anggota2 PKP hendaklah memakai pakaian seragam yang telah diluluskan oleh Ketua Polis Negara. - Semasa bertugas/latihan dan majlis-majlis lain sebagaimana yang diluluskan oleh Pegawai Pemerintah. - Dalam mesyuarat, perbarisan dan majlis-majlis lain sebagaimana yang diluluskan oleh Pegawai Pemerintah. - Pada bila-bila masa yang dibenarkan oleh Pegawai Pemerintah. Jenis/Peralatan pakaian seragam yang ditetapkan kepada sanggota kadet.
Pakaian Kawat (Drill Order) But kawat, 'angklet', tali pinggang hitam (untuk kawat biasa), selempang butih (utk kawat perbarisan). Tatacra pemakaian pakaian seragam kadet polis lelaki dan perempuan spt di bawah:


Sabtu, 25 Julai 2009

Gambar Kenangan Perkhemahan KP Di Tmn Negara

Syabas!!! dan tahniah kepada semua anggota kadet ipdjbs, guru-guru kadet dan pegawai dan anggota polis yang telah menjayakan perkhemahan tahunan kadet polis pada tahun ini. Insyallah..tahun depan kp ipdjbs akan berkhemah di tempat yang lebih mencabar.

Selasa, 7 Julai 2009

SUART PERKHEMAHAN KADET IPDJBS



Sila copy surat di atas atau download melalui link di bawah dah serahkan kepada pejabat sekolah masing-masing untuk diminitkan.

1. Surat Perkhemahan Tahunan Kor Kadet Polis 2009 (IPDJBS). http://www.ziddu.com/download/5512252/SuratPerkhemahanTmnNegaraSelai.doc.html

2.Surat Kebenaran Perkhemahan Tahunan 2009 (PPDJB). http://www.ziddu.com/download/5512470/SuratPerkhemahanTmnNegaraSelai2.doc.html

Sekian.


Ahad, 5 Julai 2009

PERKHEMAHAN KADET POLIS IPDJBS

MAKLUMAN TERKINI II


Taklimat perkhemahan tahunan kor kadet polis ipdjbs telah diadakan pada pagi ini jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat IPD Johor Bahru Selatan yang telah dipengerusikan oleh Timb. Ketua Polis II, IPDJBS.

Antara intipati taklimat tersebut adalah:
1. Lawatan tapak kali kedua akan dilakukan pada hari selasa 7 julai bagi memastikan tapak perkhemahan tersebut adalah selamat untuk para perserta.
2. Para pelajar yang mengalami penyakit konik seperti asma, jantung dll. dinasihatkan tidak menyertai program perkhemahan ini.
3. Guru penasihat setiap sekolah yang menyertai program ini diminta menyediakan surat kebenaran ibu bapa.
4. Bayaran penyertaan setiap peserta adalah RM30 seorang dan pembayaran hendaklah dibuat semasa pendaftaran di balai polis larkin. Sila sediakan bayaran secukupnya mengikut bilangan peserta.

5. Tempat berkumpul adalah di hadapan stadium larkin. Pastikan semua peserta perkhemahan berada di sana sebelum jam 8.00 pagi.
6. Guru-guru yang membawa kenderaan boleh park kenderan di dalam kawasan balai.
7. Guru penasihat diminta berbincang dengan anggota kadet mengenai bahan makanan yang hendak dibawa semasa perkhemahan 3 hari 2 mlm.
8. Para anggota diminta membawa khemah sendiri. Sila pastikan khemah yang dibawa boleh digunakan.
9. Oleh kerana sistem telekomunikasi terputus sama sekali, maka setiap peserta perkhemahan diminta meningalkan no. tel. yang perlu dihubungi kepada ibubapa atau penjaga. Hal Ehwal Awam IPDJBS 07-2232222.

Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan insp/k adnan.

Sekian.





PERKHEMAHAN KADET POLIS IPDJBS

MAKLUMAN TERKINI

Kepada insp/k yang terlibat dengan Perkhemahan di Tmn Negara Selai, sila semak senarai nama pelajar melalui link berikut

http://www.mediafire.com/?nzyuy3z32kt


Sekiranya terdapat sebarang perubahan sila maklumkan dengan kadar SEGERA kepada setiausaha.

Sila buka link berikut
http://www.mediafire.com/?mnqow5imdut untuk mengetahui keperluan peralatan sepanjang perkemahan.

Sekian untuk makluman.





Selasa, 2 Jun 2009

PERKHEMAHAN TAHUNAN KADET POLIS IPDJBS




Perkhemahan Kor Kadet Polis IPD Johor Bahru Selatan akan diadakan seperti ketetapan berikut:


Tarikh: 9, 10 dan 11 JULAY 2009

Tempat: Taman Negara Selai


Sehubungan dengan itu setiap sekolah dikehendaki memberikan nama penuh 6-8 orang anggota kadet polis berserta dengan no. k/p, alamat dan no. tel. penjaga.
Senarai nama lengkap hendaklah dihantar ke email berikut
supkpipdjbs@gmail.com sebelum hari RABU, 17 June 2009.

Keutaman 6-8 orang angggota kadet setiap platun hanya diberikan kepada sekolah-sekolah yang melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti-aktviti kadet polis sepanjang tahun ini.

Sebarang pertanyaan berkenaan perkhemahan boleh berhubung dengan insp./k Adnan untuk maklumat lanjut.


Sekian untuk makluman.




Rabu, 22 April 2009

SELAMAT HARI JADI..

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KOR KADET YANG KE-39.
DIHARAPAKAN SEMUA PEGAWAI KANAN KADET DAN ANGGOTA KADET AKAN LEBIH KOMITED DALAM USAHA MEMPERKASAKAN KOR KADET POLIS IPDJBS.

Sambutan Ulang Tahun Kor Kadet Polis kali ke-39 IPDJBS akan diadakan di Padang Sekolah SMK Sultan Ismail, Johor Bahru. Pada tahun ini kita telah mengambil keputusan untuk mengembalikan semula sambutan tersebut ke sekolah dengan harapan anggota-anggota kadet lain yang tidak terlibat dalam perbarisan tersebut juga dapat bersama-sama menjayakan sambutan ulang tahun tsb.

Semua pegawai kanan kadet dan anggota kadet dari semua sekolah di Daerah Johor Bahru dan Pasir Gudang dijempuat untuk memeriahkan sambutan tersebut.

Hari: SABTU
Tarikh: 25 april 2009
Tempat: SMK Sultan Ismail, Johor Bahru.




Selasa, 21 April 2009

Surta Penyelarasan Sambutan Hari Kadet Pada 18 April

SENARAI NAMA PENERIMA SIJIL PENGHARGAAN

SENARAI NAMA PENERIMA SIJIL PENGHARGAAN PADA SAMBUTAN HARI KADET KALI KE-39


1. SIJIL KEPADA PEMENANG PERTANDINGAN KAWAD

KATEGORI LELAKI

JOHAN : SMK AMINUDDIN BAKI

N. JOHAN : SMK TEKNIK PERDAGANGAN

KE-TIGA: SMK TAMAN DAYA 3


KATEGORI WANITA

JOHAN: SMK SULTANAH ENGKU TUN AMINAH (SETA)

N. JOHAN : SM TUN FATIMAH

KE-TIGA: SMK TASEK UTARA


2. SIJIL KEPADA PLATUN SARJAN TERBAIK
SARJAN LELAKI:

MOHAMAD YUSRI BIN MOHAMAD YUSOFF

SMK AMINUDDIN BAKI

SARJAN WANITA:

SITI KHADIJAH BINTI ZAINUDDIN

SMK AMINUDDIN BAKI


3. SIJIL KEPADA SEKOLAH YANG MENGAMBIL BAHAGIAN PADA PERTANDINGAN KAWAD KAKI KADET POLIS JBS.

PLATUN LELAKI

1. SMK TAMAN DAYA 3

2. SMK AMINUDDIN BAKI

3. SM TEKNIK TANJUNG PUTERI

4. SMK SAINTJOSEPH (B)

5. SM TEKNIK PERDAGANGAN


PLATUN WANITA

1. SM TEKNIK PERDAGANGAN

2. SMK SULTAN ISMAIL

3. SMK SULTANAH ENGKU TUN AMINAH

4. SMK TASEK UTARA 2

5. SMK AMINUDDIN BAKI

6. SM TUN FATIMAH

7. SM TANJUNG PUTERI

8. SMK PUTERI WANGSA

9. SMK TAMAN DAYA 2

10. SMK PERMAS JAYA

11. SMK TASEK UTARA

12. SMK INFANT JESUS CONVENT

13. SM TEKNIK AZIZAH



4. SIJIL KEPADA HAKIM PERTANDINGAN KAWAD KAKI KADET POLIS

SHAHRAL BIN ABDUL GHAFAR

AZMAN BIN ALWI

TERIAN SHAH

MOHD ZAMRI BIN ABU SAMAH



5. SIJIL KEPADA JURULATIH KURSUS ASAS KAWAD KAKI

AZHAR BIN ARIF

SHAMSUL BIN ABDULLAH

MOHD ZAMRI BIN ABU SAMAH

ZARUDIN BIN MAT AKIB

ALISTINI BIN MOHAMED



6. SIJIL KEPADA PLATUN KOMANDER CEMERLANG TAHUN 2009

INSP/K NUR FIRDAUS BIN MOHAMAD YUSOF

INSP/K YAP HENG KUE

INSP/K SURIATI BINTI SAAD

INSP/K MOHD ZASNI BIN MOHAMAD AHAD



7. SIJIL UNTUK SEKOLAH YANG TERLIBAT DALAM PERBARISAN HARI KADET KALI KE-39

PLATUN LELAKI

1. SMK TUN SYED NASIR ISMAIL

2. SMK AMINUDDIN BAKI

3. SMK MAKTAB SULTAN ABU BAKAR

4. SMK SAINT JOSEPH (B)

5. SMK TAMAN DAYA 3


PLATUN WANITA

1. SMK SULTAN ISMAIL

2. SMK AMINUDDIN BAKI

3. SMK TASEK UTARA

4. SM TUN FATIMAH

5. SMK INFANT JESUS CONVENT

6. SMK SULTANAH ENGKU TUN AMINAH

7. SMK TAMAN DAYA

8. SMK PUTERI WANGSA

9. SMK TAMAN DAYA 2



Disediakan oleh:

Insp/K Adnan Shamsudin

SU PKP IPD JBS

Selasa, 14 April 2009

SAMBUTAN HARI JADI KP


Sambutan Ulang Tahun Kor Kadet Polis Ke-39 Akan Diadakan Pada 25 April 2009 Hari Sabtu Bertempat Di Padang SMK Sultan Ismail Johor Bahru
Berikut adalah senarai nama sekolah yang telah mengesahkan penyertaan sempena sambutan hari kor kadet ke-39.

SMK Tun Syed NAsir Ismail - Platun Lelaki
SMK Sultan Ismail - Platun Wanita
SMK Aminuddin Baki - Platun Lelaki dan Wanita
SM Maktab Sultan Abu Bakar - Platun Lelaki
SM St Joseph - Platun Lelaki
SMK Tasek Utara - Platun Wanita
SM Tek. Perdagangan - Platun Lelaki dan Wanita
SM Tun Fatimah - Platun Wanita
SM IJ Convent - Platun Wanita
SMk Engku Tun Aminah - Platun Wanita
SMK Permas Jaya 1 - Platun Wanita
SMK Puteri Wangsa - Wanita
SMK Taman Daya 2 - Platun Wanita
SMK Taman Daya 3 - Platun Lelaki

* Penyertaan masih dibuka. Sila berhubung dengan Insp/K Adnan untuk maklumat lanjut.

Ahad, 12 April 2009

Album Pertandingan Kawad Kaki KP IPDJBS

Akhirnya pertandingan kawad kaki kadet polis bagi mencari juara kawad kaki peringkat ipd johor bahru selatan telah dapat dijalankan dengan jayanya. Pertandingan telah bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 2.00 ptg. Walaupun agak lewat namun para anggota kadet kelihatan gembira dan puas. Sekolah-sekolah yang menang saya ucapkan tahniah dan kepada platun kadet sekolah yang tidak menang jangan putus asa. Perbaiki kelemahan dan kekurang. Jadikan lah medan pertandingan itu sebagai menguji tahap pencapai kawad kaki platun kamu. Tahun hadapan kita jumpa lagi.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN
PLATUN LELAKI
JOHAN - SMK AMINUDDIN BAKI
N.JOHAN - SM TEKNIK PERDAGANGAN
KETIGA - SMK TAMAN DAYA 3

Platun Sarjan Terbaik (L) - SMK Aminuddin Baki

PLATUN WANITA
JOHAN - SMK ENGKU TUN AMINAH
N.JOHAN - SM TUN FATIMAH
KETIGA - SMK TASEK UTARA

Platun Sarjan Terbaik (W) - SMK Aminuddin Baki


SM TUN FATIMAH

SMK TAMAN DAYA 3

SM TEKNIK PERDAGANGAN

SMK AMINUDDIN BAKI

Khamis, 9 April 2009

SURAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI KP

Untuk edaran segera.

Makluman kepada guru-guru kadet polis IPD Johor Bahru Selatan, sila download surat pertandingan kawad + senarai nama sekolah yang terlibat yang telah ditandatangani oleh PPD. Sila pastikan anda menyerahkan surat tsb ke pejabat untuk diminitkan terlebih dahulu dan juga untuk makluman pengetua sekolah tuan/puan.

Sekian.







Jumaat, 3 April 2009

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI KP

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN


PAKAIAN UNIFORM

Uniform Kadet Polis yang dibekalkan kepada kadet yang dibenarkan (Beret, Lencana PDRM, Kasut Kawad, Angklet Putih, Tali Pinggang Putih dan Selempang Putih).

Lencana kolar

Tanda nama warna hitam berukuran 2 cm x 7 cm.

Tanda pangkat mengikut ukuran yang ditetapkan dan dipakai di kanan dan kiri lidah bahu baju.

Butang plastik sahaja.

Rantai dan wesel.

Lencana bahu kain warna biru tua ”kadet polis”.



KEKEMASAN DIRI (KETRAMPILAN)

Rambut hendaklah dipotong slope, bagi wanita rambut yang panjang hendaklah disanggul dengan jaring hitam atau bertudung warna pakaian kadet.

Misai dan janggut tidak dibenarkan.

*Sekiranya platun gagal mematuhi syarat di atas poongan satu markah akan dikenakan kepada setiap kesalahan.



SISTEM PEMARKAHAN

Gaya Rupa (Turn Out) - 20%

Menegur / Mengawal Squad - 20% *Sarjan

Kata Kata Perintah - 20%

Pergerakan / Gaya Rupa Berjalan - 20%

Displin Pasukan / Individu - 20%

Jumlah Keseluruhan - 100%



SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KAWAD INDIVIDU

Setiap platun lelaki/wanita dikehendaki menghantar 2 peserta terbaik sahaja.

Semasa ujian berpakaian uniform lengkap.

Masa tiada had



SILIBUS KAWAD (KAWAD BARU)

Masa melapur

Sebelum melapur platun sarjan menentukan atau membariskan platun seperti berikut:

Buka barisan

Kekanan lurus/pandang depan

Dari kanan nombor

Lapur



CARA MELAPUR

Jika pegawai berpangkat inspektor ke atas hendaklah diberi tabik hormat.

”Assalamualaikum Encik”

Saya sarjan kadet (nama)...................................... dari platun sekolah menengah daerah johor bahru selatan selaku platun leader melapurkan anggota kadet dalam baris terdiri seramai 34 orang siap sedia untuk diperiksa dan ujian kawad encik.



KAWAD STATIK

Sedia/senang diri

Ke Kanan Lurus/Pandang Depan

Buka Barisan/Tutup Barisan

Hadapan/Belakang Gerak

Kanan/Kiri Gerak

Hentak Kaki Perlahan/Cepat Masa dan Berhenti

Belakang/Kanan/Kiri Pusing



KAWAD HORMAT

Hormat Ke Hadapan Hormat

Hormat Ke Kanan / Ke Kiri

Selaku Terima Sijil



KAWAD TANGAN/KAKI (CEPAT/PERLAHAN JALAN)

Berjalan dengan cepqat/perlahan jalan dan berhenti.

Belakang pusing dari skuad menghadap ke belakang/hadapan dan bergerak ke kanan/kiri dalam masa cepat dan perlahan masa.

Tukar langkah semasa berjalan cepat/perlahan masa

Hentak kaki dan maju (Berjalan cepat/perlahan masa)

Bergerak ke kanan/ke kiri semasa berjalan cepat dan perlahan masa.

Tukar langkah cepat ke perlahan jalan/perlahan ke cepat jalan.



PARASKAN SKUAD

Jadikan satu barisan paras yang tinggi ke kanan rendah ke kiri dalam satu barisan gerak.

Paras

Nombor

Gerak

Pusing

Berjalan

Kemaskan barisan skuad/platun

Perkenalkan skuad/platun



AKHIR UJIAN

Lapur Selepas Ujian

Platun hendaklah di dalam:

Sedia/senang diri/sedia

Tutp barisan gerak

Luruskan barisan



CARA MELAPUR

Assalamualaikum Encik...

Saya sarjan kadet (nama)...............selesai ujian kawad mohon untuk menjalankan tugas lain encik.

Terima kasih encik.



BAWA PLATUN KELUAR

Khamis, 2 April 2009

MESYUARAT KOR KADET POLIS IPDJBS

Satu mesyuarat kor kadet polis bagi membincangkan pertandingan kawad kaki dan sambutan hari kadet akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

TARIKH: 7 APRIL 2009
HARI: SELASA
MASA: 2.00 ptg.
TEMPAT: SMK SULTAN ISMAIL

Surat panggilan mesyuarat telah diedarkan kesekolah-sekolah. Harap Maklum.


Rabu, 25 Mac 2009