Khamis, 27 Jun 2013

Perkhemahan Tmn Negara

IMG_20130528_124736IMG_20130528_124726IMG_20130528_124723IMG_20130528_121355IMG_20130528_121354IMG_20130528_121353
IMG_20130528_121351IMG_20130528_121350IMG_20130528_114922IMG_20130528_114920IMG_20130528_114553IMG_20130528_114542
IMG_20130528_114541IMG_20130528_114534IMG_20130528_114053IMG_20130528_114052IMG_20130528_114043IMG_20130528_091029
IMG_20130528_091023IMG_20130528_084940IMG_20130527_212816IMG_20130527_152729IMG_20130527_152723IMG_20130527_152714

Perkhemahan Tmn Negara, a set on Flickr.

Gambar sekitar perkhemahan kadet di tmn negara endau rompin peta.

Rabu, 26 Jun 2013

T-Shirt Perkhemahan Kadet Polis Endau Rompin Peta

Kepada sesiapa ingin membeli t-shirt perkhemahan di Tmn Negara Endau Rompin yang lepas sila SMS Nama, Sek, Saiz baju dan Kuantiti atau berhubung terus dengan guru kadet masing-masing. Saya boleh dihubungi ditalian 0183144060.
Hanya tinggal saiz XXL, L dan M sahaja.
Sehelai t-shirt berharga RM15 sahaja.....harga runtuh. Cepat!!!!! sblm kehabisan stok. 


Pengambilan Kain Uniform Kadet Polis IPDJBS

Pengambilan kain uniform kadet polis untuk sekolah-sekolah menengah di bawah IPDJBS adalah seperti berikut:

Tarikh: 27 JUN 2013
Masa: 2.00 ptg. - 5.00 ptg.
Tempat: Dewan Perumahan Polis Bukit Cagar.

Sila hadir pada masa yang ditetapkan.
Surat PPD boleh di download di SINI

Sabtu, 22 Jun 2013

Pertandingan Kawad Kaki IPDJBS

Makluman..


Berdasarkan kepada keputusan mesyuarat yang dijalankan pada Jumaat 21/6.2013 yang lalu di SMK Tun Syed Nasir, Pertandingan kawad kaki IPDJBS akan dilansgungkan pada tarikh berikut:
3 Julai 2013, Rabu dari jam 7.30 pagi hingga 2.00 ptg.
Tempat: Pusat Kokurikulum JPNJ

Sekiranya terdapat sebarang masalah pada tarikh tsb. Pertandingan tsb akan dilangsungkan pada 24 Ogos 2013, Sabtu dari jam 7.30 pagi hingga 2.00 ptg.
Tempat: Taman Daya 3 atau SMK Permas Jaya 2.

Mana-mana sekolah yang ingin menyertai pertandingan tersebut sila sms kepada saya penyertaan sekolah tuan puan.
 
Sekian untuk makluman.

Selasa, 18 Jun 2013

Khamis, 23 Mei 2013

BERITA TERKINI!!!!!

Makluman kepada semua guru dan anggota kadet yg terlibat dalam perkhemahan sabtu ini....pergerakan konvoi akan bermula pada jam 6.00 pagi. Sehubungan dengan itu pastikan setiap perserta mesti berada di tempat-tempat yang ditetapkan selewat-lewatnya jam 5.30 pg. Semua perserta akan bersolat subuh di masjid yang berhampiran. Masalah ini disebabakan jalan masuk ke Taman Negara akan ditutup dari jam 11 pg hingga 5.00 ptg. bagi kerja-kerja penurupan jalan.

Sekian.

Isnin, 20 Mei 2013

Surat Kebenaran dari JPNJ

Ahad, 19 Mei 2013

Borang Akaun Kesihatan dan Surat Kebenaran Ibu Bapa

Mohon kepada semua guru penasihat yg terlibat dengan perkhemahan kadet, sila pastikan semua anggota kadet mempunyai surat kebenaran ibu bapa dan borang akaun kesihatan. Mohon diurusakan hal tersebut. Contoh borang dan surat yang berkaitan boleh di muat-turun di bawah.


Khamis, 16 Mei 2013

Sumbangan Penyertaan Perkhemahan Tahunan Kor Kadet IPDJBS


Salam...kepada semua pegawai kanan kadet yg terlibat dalam perkhemahan tahunan Kor Kadet IPDJBS.
Sumbangan penyertaan sebanyak RM80 hendaklah dijelaskan pada atau sebelum 22 May 2013, Rabu jam 4.00 ptg

Sumbangan boleh dibuat secara TUNAI atau bank-in ke dalam akaun Bendahari SARONI BIN MADAR 01143-29-00004839-5, Bank Simpanan Nasional (BSN). Sila sms butiran pembayaran ditalian 019-7205737.

Sumbangan sebelum atau pada tarikh tsb amatlah diperlukan bagi menyelesaikan sebarang urusan kewangan sebelum ke tapak perkhemahan.

Sekian.

Rabu, 15 Mei 2013

Kertas Kerja Perkhemahan dan Minit Mesyuarat


Salam...
Kepada semua pegawai kanan kadet yang terlibat dengan perkhemahan kor kadet pada tahun ini, sila download Kertas Kerja dan Minit Mesyuarat di bawah untuk memohon peruntukan tambahan daripada pihak sekolah.
Sekian

Isnin, 13 Mei 2013

Taklimat Perkhemahan Tahunan Kor Kadet Polis IPDJBS

Berhubung dengan perkhemahan tahunan kor kadet ipdjbs, satu taklimat akan diadakan seperti ketetapan berikut:

TARIKH: 14 MEI 2013 (SELASA)
TEMPAT: KOLEJ VOKASIONAL TANJUNG PUTERI
MASA: 2.30 ptg.
Sek-sek yang terlibat adalah seeperti berikut:

SMK SULTAN ISMAIL
SMK PUTERI WANGSA
SMK TMN DAYA
KOLEJ VOK. PERDAGANGAN
SMK MOUNT AUSTIN
SETA
KOLEJ V. TANJUNG PUTERI
SEK TUN FATIMAH
CONVENT
SMK TASEK UTARA 2
SMK TAMAN DAYA 3
SMK MOUNT ASUTIN
SMK DATO JAFFAR
SMK TUN SYED NASIR ISMAIL
SMK TMN DAYA 2

Surat Panggilan

Ahad, 12 Mei 2013

Senarai Nama Guru dan Pelajar


Berikut dipamerkan senarai nama guru dan pelajar yg mengikuti perkhemahan di Taman Negra Endau Rompin Peta. Mohon semua guru menyemak senarai nama tsb. dan buat pembetulan sekiranya ada. Pastikan pelajar dan guru tsb. hadir dalam perkhemahan. Mohon emailkan segera saiz baju guru dan pelajar SEGERA!!!! Bayaran perkhemahan masih blm diputuskan tapi yg pastinya bawah RM100.

Rabu, 1 Mei 2013

Perkhemahan Tahunan Kor Kadet Polis

Untuk makluman semua perkhemahan kor kadet polis akan diadakan pada 25 hingga 28 Mei 2013

di Taman Negara Endau Rompin Peta. Sehubungan itu mana-mana sekolah yang telah mengesahkan penyertaan sila emailkan nama guru dan pelajar yang terlibat dalam perkhemahan tersebut sebelum 8 May 2013. Ikut format berikut;
Guru
Nama Guru, No. KP, Alamat, No Tel Guru, No. Tel Waris, Sekolah

Pelajar
Nama Penuh, No. KP, Alamat, No. Tel Penjaga, Sekolah 

Sila emailkan ke supkpipdjbs@gmail.com sebelum atau pada 8 Mei 2913 (Rabu).

Sekian.

Borang Pendaftaran dan Penubuhan Kadet Polis

Kepada sesiapa yang inginkan borang pendaftaran dan penubuhan kor kadet boleh muat-turun di pautan di bawah:

Sekian.

Selasa, 30 April 2013

Minit Mesyuarat Kor Kadet Polis IPDJBS Kali Pertama

Sila muat-turun minit mesyuarat kor kadet kali-1 di SINI

Kertas Kerja Sambutan Kor Kadet Polis IPDJBS

Sila download Kertas Kerja Sambutan di SINI

Jumaat, 8 Februari 2013

J/KUASA INDUK KOR KADET POLIS DAERAH JOHOR BAHRU

KOMANDER DAERAH
:
ADNAN BIN SHAMSUDIN
(SMK SULTAN ISMAIL)

TIMBALAN KOMANDER 1
:
MOHD ZASNI BIN MOHD AHAD
(SMK TAMAN DAYA 3)

TIMBALAN KOMANDER 2
:
YAP HENG KUE
(SMV PERDAGANGAN)

SETIAUSAHA
:
NORLIZA BINTI  ADRIS
(SMK ENGKU TUN AMINAH)

PEN. SETIAUSAHA
:
NORHASLINA BINTI SELAMAT
(SMK PERMAS JAYA 2)

BENDAHARI
:
MARZIAH BINTI KAMIS
(SMK TAMAN TUN AMINAH)

PEN. BENDAHARI
:
ERVINA AZWANEE BINTI KAMALUDDIN
(SMK PERMAS JAYA 1)

PEGAWAI TADBIR IPDJBS
:
SARONI BIN MADAR
(SMV TANJONG PUTERI)

PEGAWAI TADBIR IPDJBU
:
REYNULLAH  BIN MOHD SAUKI
(SMK TAMAN U)

PEGAWAI TADBIR IPD NUSAJAYA
:
LIM SIANG HUAN
(SMK NUSAJAYA)

PEMAKAIAN UNIFORM KADET


PANDUAN PEMAKAIAN UNIFORM KADET POLIS

PAKAIAN SERAGAM DAN LENCANA – LENCANA
KOR KADET POLIS DIRAJA MALAYSIA

1.BAJU RASMI.
  Anggota Kadet Lelaki :   Baju kemeja potongan polis berlengan pendek.
  Anggota Kadet Perempuan :  Baju “ bush jacket ” berlengan panjang.
  Sarjan Mejar ke atas boleh memilih untuk memakai “ bush jacket ”.
  Pegawai Kanan Lelaki : Baju “ bush jacket ” berlengan pendek.
  Pegawai Kanan Perempuan : Baju “ bush jacket ” berlengan panjang.
  Warna :  Biru gelap ( Blueblack ).

2.BAJU OPERASI.
  Semua anggota kadet tidak dibenarkan memakai baju operasi kecuali Pegawai Kanan KKP
  sahaja.
  Potongan baju mengikut potongan PDRM ( Semua lencana dan pangkat mestilah bersulam ).
  Tanda nama bersulam di sebelah kanan dan perkataan “ KKPDRM” di sebelah kiri.

3.SELUAR.
  Seluar  panjang  berpotongan lurus ( Straight Cut ) tanpa plet di bahagian hadapan.
  Warna :  Biru gelap ( Blueblack ).

4.BERET.
  Bewarna biru gelap ( Blue black ).

5.LENCANA BERET.
  Lencana besi berlogo Polis dan berpelapik biru muda ( turquoise ) bagi semua anggota kadet.
  Lencana sulam berlogo Polis dan berpelapik biru muda ( turquoise ) bagi semua Pegawai Kadet.

6.LENCANA BAHU ( Shoulder Title ).
  Lencana bahu kain bersulam “ KADET POLIS ” hendaklah dipakai 3cm di bawah lidah bahu di kanan dan kiri .
  Lencana besi TIDAK dibenarkan sama sekali.

7.TALI PINGGANG
  Tali pinggang nilon lebar 3cm bewarna biru gelap. Kepala tali pinggang berlogo PDRM.
  Tali pinggang putih ( detachment ) hanya dibenarkan untuk pertandingan kawat dan kawalan sahaja.

8.BUTANG BAJU
  Butang plastik sedang bewarna sama dengan baju bagi APR / anggota kadet.
  Butang besi TIDAK dibenarkan sama sekali.
  Butang logam hanya dipakai oleh Pegawai  Kanan Kadet sahaja.

9.LENCANA KOLAR ( Collar Badges ).
  Dipakai di hujung kolar baju di kanan dan kiri bagi semua pegawai dan anggota kadet.

10.WISEL & RANTAI
   Rantai logam sepanjang  7 inci bersambung  wisel  logam berbentuk sama dengan wisel polis.
   Dipakai oleh semua pegawai dan anggota kadet.

11.TANDA NAMA
   Tanda nama latar bewarna hitam dengan tulisan bewarna putih berukuran 2 cm X 7 cm hendaklah dipakai di atas poket sebelah kanan baju. 

12.LENCANA INTEGRITI
   Hanya Pegawai Kanan Kadet sahaja dibenarkan memakainya.
   APR / anggota kadet TIDAK dibenarkan memakainya sama sekali.

13.REBEN
   Hanya Pegawai Kanan Kadet sahaja dibenarkan memakai  reben PPA kecuali  APR / anggota kadet yang telah dianugerahkan reben apabila lulus ujian tahap I , II , III dan VI .
   Dipakai di atas poket sebelah kiri baju.

14.LENCANA POKET  KHIDMAT MESRA
   Hanya Pegawai Kanan Kadet sahaja dibenarkan memakainya.
   APR / anggota kadet TIDAK dibenarkan memakainya sama sekali.

15.LENCANA SEKOLAH
   Hendaklah dipakai di tengah-tengah poket sebelah kiri baju menggantikan lencana poket khidmat mesra.


16.APULET
   Hanya dipakai oleh Pegawai Kanan berpangkat S.I dan  ke atas bewarna biru / hitam.

17.SARUNG KAKI
   Sarung kaki nilon berwarna hitam sepenuhnya.

18.KASUT
   Kasut potong kulit / PVC  bertali bewarna hitam dan bertumit.
   Boots berladam hanya dipakai untuk aktiviti kawat sahaja.
  
19.TALI LEHER
   Tali leher PDRM hendaklah dipakai dalam majlis rasmi oleh Pegawai Kanan Kadet sahaja.
   Pemakaiannya sebagaimana yang telah ditetapkan.

Khamis, 7 Februari 2013

PENUBUHAN PASUKAN KOR KADET POLIS

A. DASAR PENUBUHAN

Pengetua sekolah perlulah membuat satu permohonan bagi menubuhkan Kor Kadet Polis (KKP) dengan mengisi borang Jadual Pertama (Kaedah 5) seperti dilampirkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri untuk mendapatkan sokongannya, dan seterusnya memanjangkan permohonan tersebut ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk mendapatkan kelulusan Menteri Dalam Negeri.

B. ORGANISASI
Setiap platun KKP dianggotai seramai 35 orang iaitu seorang inspektor Kadet sebagai Komander Platun, seorang sarjan kadet sebagai Sarjan Platun, tiga orang koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 30 orang sebagai anggota kadet. Setiap empat platun atau lebih akan dijadikan satu kompeni dengan berjawatan seorang ASP Kadet sebagai Komander Kompeni, seorang inspektor kadet sebagai Komander Platun, seorang sun inspektor kadet sebagai Sab-Inspektor Kompeni, seorang sarjan mejars sebagai Sarjan Mejar Kompeni, empat orang sarjan kadet sebagai Sarjan Platun, dua belas orang koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 120 Anggota Kadet.

C. PERMOHONAN MENJADI AHLI
Permohonan bagi menjadi Pegawai Kanan KKP hendaklah dibuat mengikut borang dalam Jadual Ketiga (Kaedah 7) seperti di lampirankan dan hendaklah dihantar kepada Ketua Polis Negara untuk mendaptkan kelulusan.*Untuk tujuan itu borang yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada HEA IPD masing-masing dan seterusnya IPD akan menyerahkan borang tsb ke IPK.

Permohonan bagi pendaftaran ahli Kor Kadet Polis hendaklah dibuat mengikut borang dalam Jadual Ketiga (Kaedah 6) seperti di lampirkan. Di isi dalam 4 salinan dan diserahkan kepada HEA IPD masing-masing.

D. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
1. Pelajar-pelajar sekolah menengah yang berumur tidak melebihi 21 tahun dan tidak kurang daripada 14 tahun.
2. Guru-guru dan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 50 tahun.
3. Anggota-anggota daripada Pasukan-pasukan Kadet Tentera, Kadet Bomba, St. John Ambulans dan unit-unit beruniform yang lain tidak boleh menjadi anggota KKP.
4. Semua pelajar lelaki hendaklah mempunyai ketinggian 125 cm atau lebih dan semua guru atau pegawai pendidikan lelaki hendaklah mempunyai ketinggian 150 cm atau lebih.
5. Semua pelaja wanita hendaklah mempunyai ketinggian 120 cm atau lebih dan semua guru atau pegawai pendidikan wanita hendaklah mempunyai ketinggian 150 cm atau lebih.
6. Setiap permohonan mempunyai tubuh badan yang sihat dan diakui oleh Pegawai Perubatan.
7. Setiap permohonan hendaklah diperakui dan disokong oleh Pengetua Sekolah.

KOR KADET POLIS 2013

Salam kepada semua pegawai kadet dan anggota kadet IPDJBS, IPDJBU dan IPD Nusajaya.
Disebabkan pilihanraya semakin hampir semua aktiviti kadet akan bermula pada April 2013. Ada diantara aktiviti kadet untuk tahun ini akan bergabung dengan ketiga-tiga IPD.
Berikut disenaraikan beberapa aktiviti yang bakalan dijalankan sepajang tahun 2013.

1. Kursus Kepimpinan untuk Pegawai Kanan Kor Kadet Polis dan Anggota
    Kadet Polis (1 Sarjan dan 3 Kopral) bertempat di Pusat Kokurikulum JPNJ yang
    mengambungkan ketiga-tiga IPD iaitu IPDJBS, IPDJBU dan IPD Nusa Jaya.
2. Kursus Kepegawaian untuk Pegawai Kanan Kor Kadet Polis Daerah Johor Bahru.
3. Sambutan Hari Kor Kadet Polis ke-43 mengikut IPD masing-masing atau mengabungkan ketiga-tiga IPD.
4. Latihan Menembak
5. Pertandingan Kawad Kaki
6. Perkhemahan Tahunan Kadet Polis
7. Aktiviti bersama dengan pihak NGO seperti Jabatan Hutan Negeri, Jabatan
   Alam Sekitar dan Majlis Bandaraya Johor Bahru.