Khamis, 7 Februari 2013

PENUBUHAN PASUKAN KOR KADET POLIS

A. DASAR PENUBUHAN

Pengetua sekolah perlulah membuat satu permohonan bagi menubuhkan Kor Kadet Polis (KKP) dengan mengisi borang Jadual Pertama (Kaedah 5) seperti dilampirkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri untuk mendapatkan sokongannya, dan seterusnya memanjangkan permohonan tersebut ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk mendapatkan kelulusan Menteri Dalam Negeri.

B. ORGANISASI
Setiap platun KKP dianggotai seramai 35 orang iaitu seorang inspektor Kadet sebagai Komander Platun, seorang sarjan kadet sebagai Sarjan Platun, tiga orang koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 30 orang sebagai anggota kadet. Setiap empat platun atau lebih akan dijadikan satu kompeni dengan berjawatan seorang ASP Kadet sebagai Komander Kompeni, seorang inspektor kadet sebagai Komander Platun, seorang sun inspektor kadet sebagai Sab-Inspektor Kompeni, seorang sarjan mejars sebagai Sarjan Mejar Kompeni, empat orang sarjan kadet sebagai Sarjan Platun, dua belas orang koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 120 Anggota Kadet.

C. PERMOHONAN MENJADI AHLI
Permohonan bagi menjadi Pegawai Kanan KKP hendaklah dibuat mengikut borang dalam Jadual Ketiga (Kaedah 7) seperti di lampirankan dan hendaklah dihantar kepada Ketua Polis Negara untuk mendaptkan kelulusan.*Untuk tujuan itu borang yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada HEA IPD masing-masing dan seterusnya IPD akan menyerahkan borang tsb ke IPK.

Permohonan bagi pendaftaran ahli Kor Kadet Polis hendaklah dibuat mengikut borang dalam Jadual Ketiga (Kaedah 6) seperti di lampirkan. Di isi dalam 4 salinan dan diserahkan kepada HEA IPD masing-masing.

D. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
1. Pelajar-pelajar sekolah menengah yang berumur tidak melebihi 21 tahun dan tidak kurang daripada 14 tahun.
2. Guru-guru dan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 50 tahun.
3. Anggota-anggota daripada Pasukan-pasukan Kadet Tentera, Kadet Bomba, St. John Ambulans dan unit-unit beruniform yang lain tidak boleh menjadi anggota KKP.
4. Semua pelajar lelaki hendaklah mempunyai ketinggian 125 cm atau lebih dan semua guru atau pegawai pendidikan lelaki hendaklah mempunyai ketinggian 150 cm atau lebih.
5. Semua pelaja wanita hendaklah mempunyai ketinggian 120 cm atau lebih dan semua guru atau pegawai pendidikan wanita hendaklah mempunyai ketinggian 150 cm atau lebih.
6. Setiap permohonan mempunyai tubuh badan yang sihat dan diakui oleh Pegawai Perubatan.
7. Setiap permohonan hendaklah diperakui dan disokong oleh Pengetua Sekolah.