Jumaat, 8 Februari 2013

PANDUAN PEMAKAIAN UNIFORM KADET POLIS

PAKAIAN SERAGAM DAN LENCANA – LENCANA
KOR KADET POLIS DIRAJA MALAYSIA

1.BAJU RASMI.
  Anggota Kadet Lelaki :   Baju kemeja potongan polis berlengan pendek.
  Anggota Kadet Perempuan :  Baju “ bush jacket ” berlengan panjang.
  Sarjan Mejar ke atas boleh memilih untuk memakai “ bush jacket ”.
  Pegawai Kanan Lelaki : Baju “ bush jacket ” berlengan pendek.
  Pegawai Kanan Perempuan : Baju “ bush jacket ” berlengan panjang.
  Warna :  Biru gelap ( Blueblack ).

2.BAJU OPERASI.
  Semua anggota kadet tidak dibenarkan memakai baju operasi kecuali Pegawai Kanan KKP
  sahaja.
  Potongan baju mengikut potongan PDRM ( Semua lencana dan pangkat mestilah bersulam ).
  Tanda nama bersulam di sebelah kanan dan perkataan “ KKPDRM” di sebelah kiri.

3.SELUAR.
  Seluar  panjang  berpotongan lurus ( Straight Cut ) tanpa plet di bahagian hadapan.
  Warna :  Biru gelap ( Blueblack ).

4.BERET.
  Bewarna biru gelap ( Blue black ).

5.LENCANA BERET.
  Lencana besi berlogo Polis dan berpelapik biru muda ( turquoise ) bagi semua anggota kadet.
  Lencana sulam berlogo Polis dan berpelapik biru muda ( turquoise ) bagi semua Pegawai Kadet.

6.LENCANA BAHU ( Shoulder Title ).
  Lencana bahu kain bersulam “ KADET POLIS ” hendaklah dipakai 3cm di bawah lidah bahu di kanan dan kiri .
  Lencana besi TIDAK dibenarkan sama sekali.

7.TALI PINGGANG
  Tali pinggang nilon lebar 3cm bewarna biru gelap. Kepala tali pinggang berlogo PDRM.
  Tali pinggang putih ( detachment ) hanya dibenarkan untuk pertandingan kawat dan kawalan sahaja.

8.BUTANG BAJU
  Butang plastik sedang bewarna sama dengan baju bagi APR / anggota kadet.
  Butang besi TIDAK dibenarkan sama sekali.
  Butang logam hanya dipakai oleh Pegawai  Kanan Kadet sahaja.

9.LENCANA KOLAR ( Collar Badges ).
  Dipakai di hujung kolar baju di kanan dan kiri bagi semua pegawai dan anggota kadet.

10.WISEL & RANTAI
   Rantai logam sepanjang  7 inci bersambung  wisel  logam berbentuk sama dengan wisel polis.
   Dipakai oleh semua pegawai dan anggota kadet.

11.TANDA NAMA
   Tanda nama latar bewarna hitam dengan tulisan bewarna putih berukuran 2 cm X 7 cm hendaklah dipakai di atas poket sebelah kanan baju. 

12.LENCANA INTEGRITI
   Hanya Pegawai Kanan Kadet sahaja dibenarkan memakainya.
   APR / anggota kadet TIDAK dibenarkan memakainya sama sekali.

13.REBEN
   Hanya Pegawai Kanan Kadet sahaja dibenarkan memakai  reben PPA kecuali  APR / anggota kadet yang telah dianugerahkan reben apabila lulus ujian tahap I , II , III dan VI .
   Dipakai di atas poket sebelah kiri baju.

14.LENCANA POKET  KHIDMAT MESRA
   Hanya Pegawai Kanan Kadet sahaja dibenarkan memakainya.
   APR / anggota kadet TIDAK dibenarkan memakainya sama sekali.

15.LENCANA SEKOLAH
   Hendaklah dipakai di tengah-tengah poket sebelah kiri baju menggantikan lencana poket khidmat mesra.


16.APULET
   Hanya dipakai oleh Pegawai Kanan berpangkat S.I dan  ke atas bewarna biru / hitam.

17.SARUNG KAKI
   Sarung kaki nilon berwarna hitam sepenuhnya.

18.KASUT
   Kasut potong kulit / PVC  bertali bewarna hitam dan bertumit.
   Boots berladam hanya dipakai untuk aktiviti kawat sahaja.
  
19.TALI LEHER
   Tali leher PDRM hendaklah dipakai dalam majlis rasmi oleh Pegawai Kanan Kadet sahaja.
   Pemakaiannya sebagaimana yang telah ditetapkan.