Untuk makluman semua Pegawai Kanan Kadet dan Anggota Kadet Polis IPDJBS, tarikh latihan menembak yang awalnya pada 23.10.2010 (Sabtu) telah ditunda ke 24.10.2010 (Ahad)
Ini disebabkan lapang sasar Jamaluang masih belum boleh digunakan lagi. Pihak PDRM telah berusaha untuk melaksanakan program ini maka tempat baru yang telah ditetapkan adalah di Lapang Sasar Bukit Kempas, Muar. Hanya tarikh yang dinyatakan di atas sahaja masih ada kekosongan.
Kepada sekolah-sekolah yang masih berminat untuk meneruskan program ini sila berbincang semula dengan anggota-anggota kadet yang terlibat dan juga pihak pengurusan sekolah. Walau bagaimanapun Latihan Menembak M16 tetap akan diteruskan pada tarikh baru iaitu 24.10.2010.
Sebarang pertanyaan sila call saya.
Sekian.
Insp.K Adnan Shamsudin