Rabu, 2 April 2014

MAKLUMAN DARI HEA IPDJBS

Tuan/Puan,

BORANG PENUBUHAN DAN PELANTIKAN KOR KADET POLIS

Pekara di atas dirujuk.

2.      Untuk makluman pihak tuan/puan, semasa membuat proses semakan untuk kelulusan pelantikan dan penubuhan Kor Kadet Polis, pejabat ini mendapati terdapat beberapa kesalahan pada borang-borang tersebut. Sehubungan itu, ini menyebabkan borang-borang tersebut sukar untuk diproses dan antara kesalahan-kesalahan berikut adalah seperti:-

2.1    Gambar pelantikan baru bagi pegawai kanan Kor Kadet Polis  hendaklah:-
          (a) Lelaki -  Berpakaian Kemeja
          (b) Perempuan - Berpakaian sopan dan kemas (*Baju t-shirt tidak dibenarkan)

2.2    Gambar pelantikan bagi pegawai kanan Kor Kadet Polis ke pangkat ASP mestilah berpakaian uniform penuh dengan pemakaian pangkat Insp tanpa beret.

2.3    Borang Penubuhan Jadual Pertama (Kaedah 5) dan borang Pelantikan Jadual Ketiga (Kaedah 7) hendaklah dihantar secara original. Borang-borang yang tidak lengkap diisi dan telah di fotokopi secara berwarna tidak akan diproses. Kedua-dua borang tersebut hendaklah dibuat dalam 3 salinan.

2.4    Laporan perubatan hospital hendaklah dibuat di Klinik ataupun hospital kerajaan. Borang laporan perubatan yang dibuat di klinik dan hospital swasta tidak akan diproses.

2.5    Setiap sekolah hanya boleh menubuhkan 2 platun kor kadet  polis sahaja iaitu (1) platun lelaki dan (1) platun wanita. Sehubungan itu setiap platun dibenarkan hanya (2) orang guru penasihat yang berpangkat insp mengikut kategori platun yang telah ditubuhkan. Guru-guru penasihat kor kadet polis tersebut juga perlu dilantik secara sah dan mendapat kelulusan daripada pegawai pemerintah dengan mengisi borang pelantikan Jadual Ketiga (Kaedah 7)

2.6    Setiap platun kor kadet polis dianggotai seramai 34 orang ahli kadet yang berdaftar sahaja dan syarat-syarat kelayakan adalah seperti yang termaktub dalam Buku panduan Pengurusan dan Latihan Kor Kadet Polis Sekolah terbitan tahun 1998.

2.7    Mana-mana guru yang akan bertukar ke sekolah lain dan akan meletakkan jawatan, notis bertulis dalam bentuk surat rasmi hendaklah dihantar ke JPPJ kontinjen dan seterusnya surat tersebut hendaklah dimajukan ke Ibu Pejabat ini.